Sesi Monolog Dalaman

Saturday, September 25, 2010

Naik Moto Dengan Pasangan Tidak Halal Boleh Mengundang Musibah




Gambar hiasan


Assalamualaikum w.b.t

Asyik pospone je. Itulah aku apabila menulis entri. Idea tu ada, cuma Encik MahMood tu yang selalu tiada. Eh jangan taktau, menulis pun kena ada mood. Kena ada feel. Barulah entri yang bakal disajikan memberi kepuasan. Ye kepuasan diri yang perlu diutama. Tapi berTWITTERing sentiasa pulak ada Encik MahMood ni. Heran betoi! Dan satu lagi makin bergiat cergas dalam arena TUMBLR pulak. *promote*

Okey baiklah. Mari terus ke agenda. Agenda entri yang ingin dikongsi di sini. Sebuah perkongsian yang kebanyakan orang dah tahu tetapi sering lupa. Yang sering buat-buat alpa pun tak kurang jugak. Itulah namanya manusia.

Kejadian berlaku di hari raya ke-7 kalau tak silap aku. Ye tak silap, hari raya ke-7. Sebuah kemalangan berlaku di susur keluar tol Alor Setar Utara. Kemalangan motosikal yang melibatkan pasangan tidak halal bersama sebuah kereta.

Pasangan tidak halal? Okey aku takmau serkap jarang walaupun sah-sah nampak yang mereka bukan suami isteri. Budak belasan tahun. Tapi dek kerana tidak mahu serkap jarang, assumelah mereka suami isteri. Si wanita memang cedera parah. Difahamkan patah tengkuk dan pinggang. Si lelaki kelihatan cuak sekali dan tak mampu buat apa-apa. Nak buat apa lagi kan?

Ambulans datang dan berlalu pergi. Tinggal sang lelaki dengan raut wajah seribu penyesalan barangkali. Timbul tanda tanya dalam diri. Macam manalah bakal lelaki ni nak jawab dengan ayah perempuan yang garang (tambahan) tu. Tak kena penyepak, paling tidak sebilah penampar bakal hinggap di pipi. Patutlah muka cuak tu.

Sekarang mari kita sama-sama melihat dunia hari ini yang kononnya menjadi sebuah trend. Naik moto bersama pasangan tidak halal. Macam perkara biasa walhal sesuatu yang luar biasa. Sebab? Sebab ramai orang buat dan tak nampak pun akan kesalahan dia. MasyaAllah.

Adik-adik, abang, kak chik, kak long semua HENTIKANLAH segera yang dok suka naik moto bersama pasangan tak halal anda tu. Sumpah langsung tak elok. Serius sangat tak bagus. Yakinlah itu hanya sebuah keburukan. Percayalah tiada manfaat yang dapat melainkan kerugian.

"Ala, kalau nak eksiden, sorang-sorang pun boleh jadi beb. Semua tu kuasa Allah."

Ada orang telah memberi kenyataan ini. Aku dah agak dah akan ada orang bakal keluarkan statement ni. Tak payah dok habaq la cek oi. Semua orang tau. Ye ajal maut semua di tangan Allah jua. Kekadang tu kita dah habis berhati-hati dah. Ada orang lain menghentam kita. Ada jugak yang macam tu.

Sebab tu lah adanya istilah : "Mencegah Lebih Baik Dari Merawat"

Sebab-sebab inilah.

"Ala, saya tumpangkan makwe saya sebab beliau takdak kenderaan nak pergi kelas."

Pun aku dah agak dah statement ini bakal dilemparkan. Bagilah pelbagai alasan yang berbagai-bagai, jawapan telah terhidang pun. Cuma kamu tidak mengunyah lagi intipati matlamat tu. Fahamkan?

Tak faham? Beginilah, senaraikan 10 sebab kenapa suka sangat naik moto dengan pasangan tidak halal anda tu. Tak payah 5 sebab sudah cukup. Tapi pastikan sebab-sebab anda tu merangkumi semua aspek yang dilandaskan syariat.

Aku tidak mengutuk sesiapa. Tidak melabelkan sesiapa. Ini hanya pandangan dan pemerhatianku terhadap dunia metafora yang sedang berlaku di kalangan masyarakat kita yang tak pernah padam. Masyarakat langsung tidak memandang akan ini sebuah perkara yang perlu dititik-beratkan sebab ianya sudah terbiasa.

Tipulah kalau naik moto bersama tidak berlaku acara sentuhan. Bermula dengan pegang tangan. Bersentuhan ringan-ringan sehingga sampai satu tahap yang besar. Lepas tu keluar berita kes pembuangan anak. Masing-masing salah kan masing-masing dan akhirnya tunding jari kepada diri sendiri.

Dan ini adalah sebuah pengakuan dari seseorang. Kisah benar:

"Pernah berlaku satu kejadian satu masa dulu, pasangan tak halal ini membonceng bersama-sama dan nak dijadikan cerita kemalangan. Pasangan wanita mati di tempat kejadian dan pasangan lelaki di pukul sampai mati oleh famili pasangan dia. Nauzubillah..."

Sebuah kisah benar yang cukup beri pedoman. Bukan berkutbah atau bersyarah, ingin betulkan diri juga. Sekiranya ada salah, sila betulkan. Sama-samalah kita mencari keredhaanNya. Buat apalah kita buat sesuatu yang tidak manfaat yang memungkin ada natijah di sebaliknya. Rugi bukan. Fikir-fikirkanlah hakikat ini.

Wallahu'alam

Wassalam.

Hami Asraff :

2. Sebenarnya naik kereta pun sama jugak. Lagi merbahaya dan tak nampak apa yang berlaku di dalamnya.

52 comments:

madihah said...

salam

zaman sekarang macam2 yang berlaku..terasa amatah bangga bila dapat naik motor bersama bukan muhrim..masya allah...harap kita semua tidak seperti itu..insya allah..

ada dira said...

bese la..diorg da anggap bnde ni kebiasaan...xpikir da hukum semua...berharap bnde ni di jauhi la dr sy..amin...

ada dira said...

bese la..diorg da anggap bnde ni kebiasaan...xpikir da hukum semua...berharap bnde ni di jauhi la dr sy..amin...

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@madihah:

Wsalam. Itulah kebanggaan yang tak sepatutnya.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@ada dira:

InsyaAllah moga dijauhkan.

amirah said...

emm...dh jadi biasa bnda 2 t anak2 generasi akan datang pon akan ikot sama dan xmustahil depa xtau itu adalah haram.sama kah bg pasangan xhalal yg nek kereta?

Nabiel said...

dorang tk pikir akibatnye bro..
pikir srnk jek bile atas moto tuh..
dlm keta toksah cite laaa..
selain musibah eksiden nie..msti transport tuh akn bt mcm2 hal..=)

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@amirah:

Sama jugak kesannya.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@Nabiel:

Tak fikirkan akibat dan fikirkan nafsu serakah.

Khadijah Nas said...

Setuju, kalau boleh elakkan la membonceng bersama yang tak halal. Boleh elak kan jika berkehendak. Stuju dengan kamu, jika jadi apa apa di ketika sedang membonceng macam kamu kata tadi, berlaku kemalangan. Memang kita tak tau bila nak kemalangan, bila nak mati. Tapi bila dah berlaku, tempias nya pada family. Orang akan berkata-kata dibelakang.

✿Bloodberry✿ said...

kadang2 mak bapak pon xkisah ank gadisnya membonceng dgn si jejaka.. hurmm mcm mana yaaaaa...
tepuk dada ty diri masing2 ye..
sme2 ingt mengingati yerk..

NARDtheNERD said...

naik putra LRT je.
kehkehkeh.

diana said...

bukan zaman ni je anak gadis suke bonceng motor lelaki yang tak halal..
zaman dulu pun ade..
lagi banyak sebab zaman dulu tak ramai orang ade kereta...
bezanye orang dulu bawak moto tak macam pelesit..ye la..bawak vespa mana boleh superman segala..
zaman sekarang bawak motor,tak kira
ade gepren kat belakang atau tak de..
gepren pun suke naik motor laju2 gitu..

syafiqa-belle said...

alamak naik kereta pun tak boleh ea .. huhu

shahirahkhairudin said...

Salam..

Setuju dengan kamu.. tapi yang dilarang, itu lah yang mereka suka. Suka nak bertenet.. (oopsss)

Kena bendung dari awal. Peranan Ibu Bapa penting. Dan lagi, program kesedaran di peringkat sekolah dan universiti mungkin dapat membantu..

[z@ck] said...

aku kurang selesa membonceng dgn lelaki..rasa kurang sopan.even dgn adik sendiri pun.prefer naik kereta lagi.biarlah orang nak cakap 'minah ni layan yang ada bumbung je', asalkan aku selesa.

=)

adilah said...

salam...
selagi namanya manusia,seringkali tidak endah...
tgk ajelah kwn2 yg terdekat dgn kita...kalo kita lihat,mmg nmpk baik,ttp aurat segala segi,tp bl naik motor ngan pakwe,hilang rase respect kat dorang...

senandung semalam said...

salam...
stju ngan antry ni n komen2...

Hasrol Nizam said...

itu la.mencegah lebih baik dari mengubati. tak payah nak bagi alasan dalih2.. haih...

hazman aka species1980 said...

penah sorang mamat tu ade jawab ...." takpe kitorang dah baca doa naik kenderaan '..... haish

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@Khadijah Nas:

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat itulah yang paling tepat.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@✿Bloodberry✿:

Itulah mak bapak yang tidak menitikberatkan etika agama dalam mendidik anak. Apa boleh buat kalau mak bapak tak larang.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@NARDtheNERD:

A'a, naik LRT kan senang :)

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@diana:

Naik laju boleh peluk. Tu yang makin suka tu.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@syafiqa-belle:

Yup, alasan telah dikemukakan pun :)

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@shahirahkhairudin:

Salam. Lentur buluh biar dari rebungnya.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@[z@ck]:

Baguih hang noh z@ck! :)

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@adilah:

Yup! Memang banyak Adilah.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@senandung semalam:

Salam. Terima kasih.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@Hasrol Nizam:

Alasan untuk mereka yang ingin buat. Sebab tu suka sangat bagi alasan.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@hazman aka species1980:

Lor macam tu pun ada! (-_-")

meowwmania said...

smoga kita dpt mencegah dr perbuatan yg dilarang dan Allah akan sentiasa melindungi hamba-Nya yg beriman

illianahidayah said...

dulu lec saya pnh cakap camni.. "cuba tgk pasangan yg naik moto bersama..klu awk nampak diorang dlm position yg rapat sgt maksudnya diorang tu kapel, kalau yang rilek and steady tu maksdnya dah jadi psangan yang sah..sebabnya pasangan yang sah blh bermesra2 di luar pandangan masyarakat"

Nur Hayaty said...

betul tu Halal tetap Halal || Haram tetap Haram...semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah swt..=_=

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@meowwmania:

Yup itulah yang diperlukan. InsyaAllah sama-sama kita berusaha ke arah itu.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@illianahidayah:

Suka dengan ayat lecture kamu. Meaningful! :)

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@Nur Hayaty:

Benda yang dah termaktub ramai yang suka mengubahnya. Moga kita sama-sama mendapat pertunjuk dariNYA.

ct kamila said...

semoga mereka yg berbuat demikian diberi hidayah dan petunjuk dari Allah untuk berubah..

amin ya rabb..

Nad said...

yup, sgt byk mcm ni. rmai dh cm tak kisah bnde2 cmni. nk pkir sronok, soal risiko sume tolak tepi.

mtk jauh sgt. insya-Allah. aminn..

sabree hussin said...

kalau nak sorang-sorang pun memang la boleh eksiden jugak, tapi itu kan lebih baik daripada eksiden time tengah buat dosa.

hifazphat said...

setuju sgt..
xmanis pn org tgk..huhu

naik kete ok sikit kot.. tp kna jaga la batasan kn.. lg elok kl de teman.. Allahualam...

"wa, xlayan la mat motor mcm lu bro.. wa, layan mat kete je bro..
yang ade bumbung".. :D

hifazphat said...

setuju sgt..
xmanis pn org tgk..huhu

naik kete ok sikit kot.. tp kna jaga la batasan kn.. lg elok kl de teman.. Allahualam...

"wa, xlayan la mat motor mcm lu bro.. wa, layan mat kete je bro..
yang ade bumbung".. :D

Ameena Muktar said...

salam....

artikel yg bagus wat peringatan pd mamat n minah yg suka naik motor yg dlm konteks 'pasangan x halal'. nauzubillah.......

~Miss_eiyDa ~ said...

nak naik kereta ngan lelaki pon yg bukn muhrim pon takut2..ni kn plak nk naik motor..huhuhuh

norfaridahanum said...

peringatan yang baik..
bukan apa,pakcik sy pernah pesan dulu cmnih..
"nnt ape2 jadi nnt,smpi ke kubur org duk mengata.."

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

orang laki kalo boleh bawa awek kat belakang naik moto bangga gila..

siap main brek lagi..

selalunya remaja la ramai.. duit tak ada nak pakai keta lagi..

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@hifazphat:

Naik kereta lagi bahaya. Tertutup. Tiada siapa yang nampak.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:

Biasalah. Memang bertujuan nak tunjuk kat orang pun.

Rama2Ungu said...

tak suka, tak berkenan dan tak akan membonceng motor lelaki bukan muhrim..even dengan muhrim sindri pun rasa janggal..
hairan dan pelik lihat muda mudi skarng ambik lewa je hal2 camni..

Rama2Ungu said...

tak suka, tak berkenan dan tak akan membonceng motor lelaki bukan muhrim..even dengan muhrim sindri pun rasa janggal..
hairan dan pelik lihat muda mudi skarng ambik lewa je hal2 camni..

Cik Ct Fadzil | Mytheora Grataful™ said...

salam.. skong3 kata bro tu!
skrng ni byk prkara hram yg dhlalkn..
astakfirullah...
p/ : moga kita smua djauhi dri prilaku mngkar & ddekatkn dgn sfat2 mhmudah..
bro.., truskn prjuangan mnegakkn yg bnar!
go acha fghting hait!
wassalam..

fatin qurratuaini said...

memang btui pun..