Posts

Showing posts from August, 2010

Mereka Antara Blogger Yang Sempat Beramah Mesra Seketika

Image
Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang telah menulis Gathering Berbuka Puasa Gengblogger dekat Dataran Shah Alam ni. Aku baru terpanggil nak tulis. Tapi aku cerita sorang-sorang blogger yang sempat beramah mesra. Sepatah dua kata.



Bergambar sebelum berbuka.





Ini hencek TOM KURENO. Dah kenal lama beliau. Gua set time dengan beliaulah nak pi gathering ni. Beliau ON saja, so allright! Mamat ni dah lama dah berblogging. Dah 5 tahun kan? Eh dah lebih? Tak sure la. Hampa tanya sendiri la. Klik kat nama beliau itu untuk terus menyusuri blognya.



Sebelum sampai Plaza Alam Sentral, mamat yang bernama MUNSYI inilah yang aku kontek dulu. Sempat sembang sekejap. Beliau busy main bowling. Lepas tu berpisah, jumpa dekat bazar ramadhan dan time berbuka hilang. Memang terus tak ketemu. Tak sempat nak sembang pasal GPS dengan ko bro! Next time! :)





ICHIGO MIRO. Okey ini agak kelakar. Satu fakulti aku. Ye Electrical Engineering. Senior aku. Tapi kalau in term of age aku lebih senior. Yang kelakar dekat fakulti sus…

Paderi Menghina Nabi Muhammad SAW dan Para Malaikat Kita

Assalamualaikum w.b.t
MELAMPAU! SANGAT MELAMPAU!
Dah la video mempersendakan zikir yang telah dilakukan oleh para gadis Melayu Islam belum reda, ini pulak muncul satu video yang sangat melampau.
Menggeletar aku saksikan video ini. Beliau menghina Nabi Muhammad SAW kita secara terang-terangan. Juga menghina para malaikat. Fakta-fakta yang dikeluarkan langsung tak sahih dan tak boleh terima dek akal. Nauzubillah.
Ikut nafsu amarah memang paderi bangang ini harus dibunuh! Dia membuat perbandingan dengan agama Islam, tapi bukan yang lain. Sangat dan langsung aku tak boleh terima. Kalian cuba lihat sendiri. Ni videonya :



Tengok dan nilailah sendiri. Adakah tiada pembelaan sewajarnya? Kebebasan agama diberikan bermakna kebebasan untuk mengutuk dan menghina agama lain? Islam tidak pernah mengutuk agama lain. Islam tidak pernah menghina amalan-amalan yang diamalkan oleh penganut agama lain. TAK PERNAH!
Fitnah akhir zaman semakin berleluasa. Tanda-tanda dunia sampai penghujungnya. Adakah kita mampu…

Bagaimana Anda Dapat Idea Menulis?

Image
Assalamualaikum w.b.t
Terabai atau serabai? Saya memilih terabai. Terignored secara tak sengaja. Kembali seperti dulu kala. Seminggu hanya satu sahaja mampu hasilkan entri. Kadang-kadang dua. Bergantung pada tahap ekosistem badan dan tugasan harian.
Sibuk dan pelajar ibarat aur dan tebing. Kadang buat-buat sibuk. Standard. Sibuk ini merangkumi semua. Hampa pun pernah jadi pelajar. Tak payah mention pun dah dapat jawapan. Kesibukan diteruskan apabila bakal menjelang cuti. Kekerjaan kesubmittan yang diberikan tidak pernah kepadaman.
Ada yang dah bertanya :
"Bila nak update blog?"
Err, sebelum jawab, nak terharu dulu. Okey terharu. Terima kasih yang bertanya. Apabila ada yang bertanya, maksudnya ada yang sudi baca karya aku yang picis ini. Terima kasih lagi. Jawapan dah bagi kat atas.
Ada lagi yang bertanya. Tapi dah lama soalan ini dikeudarakan.
"Bagaimana dapat idea menulis ya?"
Jawapan mestilah setimpal. Baru berbaloi dengan soalan.
Idea elemen terbesar dalam penghasilan s…

Kita Manusia Yang Berdosa

Tiap kali cuba melangkah, Tiap kali juga kita rebah, Rebah di persada yang bernama DUNIA.
Keinsafan yang datang ibarat dedaun kering, yang ditiup sang bayu dinihari, Datang dan pergi sekilas cuma, Sekerdip pandangan mata.
Meronta, tak usah, Keliru, pasti. Sakit, perlu.
Selagi punya akal yang sihat, Selagi itu kejahilan tidak beralas, Selagi nafsu dijadikan tuan, Selagi itu diri ditindas.
Mencari cahaya dihujung destinasi, Kerana apa? Kerana Kita Manusia Yang Berdosa.



Keinsafan begitu menjalar di hati apabila melihat video ini. Tetapi berapa lama mampu bertahan? KEIMANAN juga jawapannya.
Hami Asraff : Untuk mereka yang sudi Tukar Link dengan blogku ini, sila klik link bawah header saya, Tukar Link. Terima kasih.

Because He Is A Muslim

Image
Assalamualaikum w.b.t
Dah dapat lama dah emel mengenai ini dari seorang sahabat. Tapi baru hari ni dapat baca. Apabila baca terus terkesima. Apabila terkesima, terus rasa ingin kongsi di sini. Apabila rasa ingin kongsi di sini, maka di bawah inilah hasilnya.
Mungkin ada yang pernah baca mengenai ini. Kalau yang dah pernah tu, bacalah sekali lagi. Tak rugi pun. Tak semua gambar dapat copy. Cuba baca dan fahami intipati yang ingin di sampaikan.













Sumber dipetik dari sini --> [LINK]
Kat link tu semua gambar adalah.
Jesteru, apa pendapat kalian?
Pendapat aku sangat setuju dengan illustrasi dan jalan cerita yang digambarkan. Masyarakat dunia meletakkan stigma dan pandangan negatif terhadap ISLAM. Ini sangat tidak betul. Tapi itulah kebenarannya.
Islam tetap unggul di dunia.
Wassalam.
Hami Asraff : Entri aku yang terpendek dari segi penulisan.

Fenomena Cakap (Menulis) Lepas Di Facebook Membawa Kepada Pesongan Akidah

Image
Tak pasti, diam saja. Kan lebih baik.
Assalamualaikum w.b.t
Selamat berpuasa sekalian umat. Hari ini sudah 5 Ramadhan umat Islam seluruh dunia berpuasa. Sekejap sahaja masa berlalu. Begitu pantas meninggalkan kita yang masih leka dan terpinga-pinga. Masih.
Seperti biasa, hari ni aku bersembang-sembang dengan dengan rerakan mayaku di Twitter dan seorang rakan Twitterku, Cikgu Farha telah ping sebuah entri yang buat aku tersentap. Aku mengucap panjang. Nauzubillah. Entri Cikgu Farha --> [LINK]
Aku pun akan post di sini. Supaya ianya boleh jadi pedoman dan teladan bersama.

(Save dulu imej di atas ini dan baru boleh zoom untuk melihat)
Walaupun Cikgu Farha sudah beri komen, aku ingin menambah sedikit. Terus menjadi sebuah tanda tanya.
Siapa Salleh Gregor Samsa ini?
Apakah status agamanya yang sah?
Jadi persoalan.
Aku tak pasti dan sesiapa yang baca status yang ditulis tu pun tak dapat kenal pasti apa motif dan tujuan sebenar beliau. Motif status itu dilahirkan. Yang aku nampak lebih kepada tak …

Bukan Bulan Ramadhan Saja Untuk Buat Kebaikan. Bulan Lain Pun Kenalah Juga.

Image
Assalamualaikum w.b.t


Aku selalu mencuba untuk mengupdate blogku ini dalam sela masa yang agak singat. Sering kali. Tetapi biasalah, bila sang jari jemari mula menekan kekunci keyboard, ada sahaja perkara yang terlintas di fikiran. Lantas disalurkan dalam bentuk perbuatan. Dengan kata lain, utamakan yang mana perlu diutamakan. Kalau boleh aku nak cuba hasilkan setiap entriku bermutu. Bajet la kan? Tak naklah sekadar mengupdate 'lepas tangan'. Ya kualiti diperlukan, mengatasi kuantiti. Almasalahnya, macamlah entri-entri aku bermutu. Err, itu yang kita tak tahu. Ada juga tulis mengenaiCiri-Ciri Entri Berkualiti Bagi Anda. Ah, itu hanya pendapat aku sahaja. Orang lain dah dua, tiga post dah pasal Ramadhan. Yang aku ni satu pun masih belum kelihatan. Yer la, yer la. Nak tulis pasal Ramadhan la ni. Hemm, nak tulis berkaitan apakah ya? *pikiaq sat* *pikiaq lagi* Sudah dapat, sudah dapat. Eh tak la ada apa sangat pun. Cuma ini apa yang aku nampak dari sudut pandangan oblik aku lah terhadap …

Biar Gambar Pulaklah Bercerita

Image
Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak bercerita melalui gambar. Memang jarang aku buat. Ada sesetengah entri je macam yang INI dan INI dan INI. But now atas permintaan ramai (aicehh) aku cubalah buat ala-ala photoblog gitu. Takmau la story banyak. Biar Gambar Pulaklah Bercerita.

Kejadian berlaku minggu lepas. Rombongan sekolah ke Stesen Satelit Bumi yang terletak di Beserah Pahang.


Dengan Hadi dan belakang tu Adilah. Menunggu ketibaan bas.


Mereka pun sama. Baju putih Skip dan baju oren Deing Cullen (aku dah promote korang ni. Hahaha!)



Dalam bas Eagle.



Penumpang kat sebelah ni memang suka bergambar.



Makan at Hentian Temerloh.


Aksi sepontan.



Para lelaki yang gagah perkasa yang bersedia berkhidmat untuk negara.


Gadis-gadis. Pandai juga depa ni tangkap gambaq. Tak sangka.



Bacalah apa yang ditulis dalam gambar tu.




Inilah rupa bentuk Antenna yang berukuran 30 meter diameter. Apogee dan Perigee kelihatan nun jauh di sana. (budak Electrical Communications taktau Apogee & Perigee memang nak kena)



Reptili…