Hasad Dengki Mampu Membunuh Setiap Jiwa
May 17, 2010(Gambar Hiasan)
Assalamualaikum w.b.t
Sudah berada di kampus. Ya aku cuti hanya seminggu sahaja. Sedang meneruskan perjuangan. Perjuangan dalam menggalas impian. Impian yang masih jauh kelihatan. Harapan terus disandarkan.
Ah, dengan kata lain aku sedang buat intersesi sekarang ni. Atau lebih dikenali sebagai short course. Kenapa short? Sebab sesi pembelajaran hanya berlaku sebulan sahaja. Silibus masih sama. Cuma masa dikurangkan. 1 bulan. Juga perlu membayar untuk subjek yang kita ambil.
Ramai tahu kot apa itu intersesi. Maka, aku tak payah cerita panjang la ya.
Bukan ini yang hendak dicerita. Hanya mukadimah, penyedap rasa. Tapi yang ini.
Benda ini paling ramai dimiliki oleh setiap orang. Ya, paling. Paling itu menunjukkan sesuatu yang agak 'besar' dan 'banyak'. Sebab itulah penggunaan paling digunakan sebab ia menunjukkan 'besar' dan 'banyak'. Okey stop!
Straight to the point. Perasaan Hasad Dengki. Oh bulan! Tak kisahlah perasaan itu tumbuh dari apa cara sekalipun. Yang pastinya melekat di hati sanubari insan yang bergelar manusia.
Aku masih tak faham. Masih menjadi tanda tanya hingga kini. Manusia itu sering dan sering mencari kesalahan dan kesilapan orang lain, nan seperti tidak menampakkan kesalahan diri sendiri. Ah, tiada siapa sempurna beb!
Tak payah sibuk-sibuk nak tengok bangsa lain. Tengok bangsa kita sendirilah. Masyarakat sekeliling kita. Kawan-kawan yang berdekatan dengan kita. Ya sila lihat sekarang.
Mungkin kita pernah mendengar sebegini :
100 kebaikan yang ditaburi dilesapkan dengan hanya 1 kesilapan sebesar zarah. Lumrah manusia itu sendiri. Selalu menampakkan yang buruk lagi dari yang baik. Terus-terusan mencari dan terus mencari kesilapan orang. Kebaikan orang tu 'simpan' diam-diam. Aku tak faham.
Perasaan hasad dengki ini punya cabang kejahatannya sendiri. Tak kisah ianya lahir dan dizahirkan dalam segala bentuk. Tapi yang pastinya sebuah penindasan. Penderaan mental dan juga fizikal. Malahan membawa maut. Banyak kes begini berlaku.
Kisah benar.
Kawan kepada abangku. Seorang lelaki. Memiliki rupa-paras yang biasa-biasa sahaja. Sederhana. Dapat berkahwin dengan seorang gadis yang cantik rupawan. Memang sangat cantik untuk dibandingkan dengan sang lelaki. Ramai yang tidak puas hati dengan sang lelaki. Sehinggakan sang lelaki menemui ajalnya. Diracuni racun tikus (kalau tak salah). Sebab? HASAD DENGKI!
Aku tahu. Perasaan hasad dengki yang tumbuh itu datang dari bisikan iblis laknatullah jua. Hanya iman dan takwa penguat segala. Kalau kita bertuhankan iblis, maka kisah benar di ataslah yang akan terjadi. Banyak lagi contoh rasanya. Malahan, ramai orang yang ada kisahnya tersendiri.
Tak usahlah kamu sibuk pasal orang. Jagalah kain batik dan pelikatmu sahaja. Percayalah tiada langsung keuntungan yang dikaut daripada hasil hasad dengki yang bertaut. Mungkin hanya kepuasan yang sementara. Hakikatnya penderitaan yang berpanjangan.
Status di Facebookku sebelum ini :
Selagi insan itu bergelar sang manusia. Selagi itu hasad dengki bermaharajalela di hati. Kenapa? Jawapan pada kamu sendiri!
Ya, kamu! Tak usah tunding jari kepada orang lain.
Tak usah turut kata hati yang boleh membunuh setiap jiwa itu! (pernah guna pakai ayat ini pada entri sebelum ni). Kembali padaNYA. Berprasangka baiklah dengan Sang Pencipta kita. InsyaAllah ketenangan akan dirasai.
Itu sahaja. Wassalam.
Post Script : Rumah sewaku tiada internet buat masa ini. Aktiviti berblogging akan slow kini. Harap maklum!
39 Comments
hasad dengki ni memang dah bermula dalam diri manusia sejak manusia pertama diciptakan lagi. jadi tak hairanlah sampai sekarang pun perasaan tu semakin bercambah subur dalam diri manusia.
ReplyDeletesemua bertuhankan nafsu dan syaitan. tidak pernah menggunakan iman untuk mencorakkan tindakan. manusia memang selalu nampak yang buruk sahaja. perkara yang baik pun dipandang dari sisi buruk.
berdoalah kita supaya terhindar dari segala sifat terkutuk ini.
p/s : selamat menjalani intersessi ya.moga dapat keputusan yang baik
oh! manusia mmg penuh dgn perasaan ini..
ReplyDeleteItulah yang dinamakan manuia ~
ReplyDeletedengki nih dibolehkan pada benda2 yg berfaedah sahaja seperti bersaing menuntut ilmu
ReplyDeletekalau dengki macam ekau kata tu memang xboleh
entah
manusia suka berdengki
betullah tu
melayu xboleh tengok melayu senang
ada jer benda nak dicantas
aku pun xfaham
orang kita memang kuat hasad dengki..kenapa entah
ReplyDeletehmmm..smoge kite djauhkn dr segala sifat2 mazmumah n sentiase hiasi dri ngn sifat2 mahmudah :) aminnn
ReplyDeletePHD.. memang susah nak kikis.. sedikit sebanyak ada dalam diri.. terpulang pada diri tu sendri camna nk atasi perasaan PHD tu.. moga kita dijauhkan dari PHD org lain..
ReplyDeleteada seketul daging yang boleh menjadi terlalu busuk dalam diri manusia
ReplyDeletebayangkan kalau tiada hasad dengki..
ReplyDeleteoh begitu aman hidup bermasyarakat
PHD yg sgt xpatut ada oleh stiap org..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletebagus entri ni..
kalo kita tgk sekarang, segelintir org yg lemah iman sering menggunakan cara2 salah seperti bomohla, ape la..semata2 utk memuaskan hati dengan pangkat pHD yg ada dalam hati tu..
itulah sikap tidak pernah bersyukur dan puas dgn apa yg ada..
semoga kita semua dijauhi..
ameen.. =)
nice entri akhi.
ReplyDeletekeep up the good work =)
Ayatt kamu ! Arrgghh,tidak dapatku ungkapkan pada waktu ini. Kagum dengan cara penulisanmu. Ikhlas dari hati...Encik Tikus :)
ReplyDeletebetul tu..selagi bernama manusia pasti ada sedikit sifat2 begitu..bergantung ke atas diri kita bagaimana nak mengawalnya supaya tidak terjadi sesuatu yang buruk..
ReplyDeletetapi teguran yang baik seperti menegur supaya menutup aurat adakah dikategorikan dalam golongan PHD ni??saja nak tahu pendapat..sebab pernah dimaki dengan perkataan yang kurang ajar dan dituduh sbg seorang yang hasad dengki dan suka jaga tepi kain orang kerana menegur saudara sendiri supaya menutup aurat..berdosakah saya??salahkan teguran saya itu??
Hami..saya nk amik kata2 renungan di atas..hehe boleh kan..nk tempek kat n3 sy jugak..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletememanglah, benda yg buruk itulah manusia akan bercakap2 tentangnya..kwn ana ckp, abaikan ape yg org ckp, yg pnting apa yg kita wat tu x salah..
kalau sume benda nk ikut org, sume bnda yg kita buat dia akan cari salah je..walaupun yg betul tu sebesar gajah, tp kuman yg mikro pun dia leh nmpk...
hmm..pasal dengki tu, xtau la nk kata ape..manusia ni mmg x leh nmpk org len senang, ini sume penyakit hati, penyakit mcm ni penawar dia tak lain x bukan selalu dekat dengan Allah, dgn zikir, mjlis ilmu, amal2 sunat..
tp cuba fikir, org2 mcm ni nak buat ke benda ni?hmm..ntah la, lain la kalau dia btul2 insaf, dapat hidayah Tuhan..baru la boleh berubah..pendek kata semuanya ayas diri sendiri..Allah dah kurnia akal, Allah bagi wahyu dari Quran dan Sunnah, guna la sebaik2nya..
Salam. :)
ReplyDeletememang titik hitam ni selalu je singgah dekat hati.kan bagus kalau kita tak kenal pun perasaan hasad dengki ni.How i wish.. :)
nurul takut. takut dgn org yg ada hasad dengki, dan takut dgn diri sendiri yang akan berdengki pada org lain. takut. tp sedaya upaya cuba utk tidak jadi seperti itu.
ReplyDelete|En iLham|
ReplyDelete----------
Sokong dengan kenyataan anda. Kebanyakan manusia bertuhankan syaitan. Dan saling menyalahkan orang lain atas perbuatan diri sendiri. Memang tak paham. BTW, thanks for the wish.
|tOm|
------
Hemm. Memang!
|Aftiey|
--------
Yup! Macam nak sebati dengan manusia.
|ain fathihah|
--------------
Seperti sinonim. Melayu dan hasad dengki.
|hans|
------
Kalau dengki pasal pelajaran aku sangat setuju. Tapi dengki dalam pelajaran ni dengki yang sihat la. Janglah buat sesuatu yang memang langsung lari dari etika.
|☺[ai][sUmi]☺Chan|
------------------
Orang kita tak ada degree pun, tapi ramai yang ada PHD. Huih, tak paham.
|tehr|
------
Itulah hati! :)
|amirah|
--------
Dunia aman dan damai sekiranya PHD tiada. Mungkin.
|aly|
-----
Sudah di jawab di atas :)
|mengenaldiri|
--------------
Salam. Terima kasih. Semoga kita dijauhkan.
|Ruqaiyah|
----------
Thanks. InsyaAllah :)
|encik tikus|
-------------
Arghh kembali. Biasa2 ja dong!
|♥CIK SHA♥|
-----------
Teguran kamu itu betul. Malah, sangat diperlukan. Biarlah tentang kawan kamu tu. Dia seorang yang belum faham apa itu agama. Mungkin. Atau faham yang buat-buat tak faham. Teruskan menegur benda-benda yang baik. Tapi pastikan ianya sehikmah mungkin :)
|sweeTSour|
-----------
Kata-kata yang baik, kita kongsi bersama. InsyaAllah :)
|محمد فردوس سعد|
----------------
Salam. Itu yang ku cuba praktikkan. Abaikan apa yang orang lain cakap. Selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat, maka teruskan :)
|I*K*T*I*R*A*F|
---------------
Salam. Itulah. Tetapi kita dah terlebih kenal dengan PHD ini.
salam ;)
ReplyDeletetertarik dan sangat bersetuju dgn post ini..(even post2 hamiasraff yg lain sebelum ini pun mmg sangat setju..buah fikiran yg memberi ilmu..)
dgn keadaan yg saya alami, terbaca pula post terbaru hamiasraff, mmg betul la tu.
saya ade link hamiasraff di blog dan post (beri pendapat ttg blog hamiasraff dan letak link sekali)
(blog-walking..http://lovetaharah.blogspot.com)
;) salam..
sebab tu kalau ku kena begini, ku diam je~
ReplyDeletemalas layan kan bang?
phd ya
ReplyDeleteperasaan hasad dengki
kadang2 die datang sendiri
susah nak elak
sebab banyak sangat setan yg menghasut
kena lakukan sesuatu spy setan p jauh2
Menarik! aku teringat pesanan Lecturer aku, 5 benda akan buat org dengi dengan kita:
ReplyDelete1. Jika kita kaya/berharta
2. Jika kita bahagia
3. Jika kita dapat pasangan hansem/cantik
yang ke-4 dan ke-5 aku tak ingat dah..huhu..
Penyakit nie sangat berbahaya..Semoga rakyat kita cepat berubah dan kembali ke jalan yang benar. Amin.
yups
ReplyDeletedengki kan banyak jenis
amik yg positif jer
negative buang jauh2
MM duk cbuk dgn kem dan kawad konvo,,,huhu lama lg nak balek...
ReplyDelete|Lala =)|
ReplyDelete--------------
Salam. Terima kasih. Juga dah view your blog :)
|LORD ZARA 札拉|
-----------------------
Tak usah layan manusia sebegini. Pekakkan telinga.
|joegrimjow|
-------------------
Itu sangat setuju. Memang PHD ni datang secara automatik. Heran kan? Biasalah, dah ada setan di seliling kita, jadi macam tu la.
|hafizul|
--------------
Sangat setuju dengan kata-kata lecture kamu. Nanti kalau dah ingat nombor 4 & 5 bagitau ya :)
|hans|
-----------
Totally agreed! :)
I am Coming.....
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletejeles n dengki tu same tak ?
wwaa amik short course.. mesti nak cepat grad nie.. hehehe
ReplyDeletebesa laa.. org yang ada phd nie ramai... kat pejabat mie ada jee.. apa yang di phd kan sangat tuh pun tak tau lee.. mie buat tak tau je mereka mereka ini.. tak payah dilayan sgt.. nanti pening kepala.. huhuhu
tiada hasad tiada dengki..tq kerana meng view blog saya..
ReplyDeletenice post bro..pasal tutoril tu nnt aq wat k??
ReplyDeletehati yang kotor sukar di cuci. even kalau guna clorox pun masih ade sisa yang tertinggal. hihi...:)
ReplyDeletesemoga dijauhkan daripada phd ye. Tapi kalau pHD yang dapat dekat universiti takpe. :D
Hasad dengki dh jdi mcm kebiasaan lak dlm msyrkat kite. What to do.. T-T
ReplyDeletesemoge dijauhkan sifat hasad dengki dalam diri ni. even, org sekeliling selalu dengki. layan kan jek selagi bole tahan.
ReplyDeletetu la pasal
ReplyDeleteskrg blogger pn berhasad dengki kt blogger len
pelik2
huhuhuuh
manusia mmg macam2.
salam, manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain2 so pikir2 kan lah ;)
ReplyDeletesalam ziarah sahabat...kerana hasad dengkilah sesetengah orang melayu tak berjaya...
ReplyDeletePHD sentiasa menjadi duri dalam daging kepada masyarakat kita pd zaman sekarang nie...
ReplyDeleteperasaan inilah yg sebenarnya menghalang bangsa kita dari menongkah arus menggapai kejayaan lebih tinggi drpd apa yg kita mampu kecapi saat ini...
hurm... bila la penyakit ini akan pupus ditelan dek zaman ?? ;)
hurmmmm...2 lar manusia...saya pown xfaham..n saya pown selalu menjadi mangsa drpd hasad dengki org...walaupun tidak seteruk mcm kisah benar di ats,,tp ia cukup sakit untuk dihadapi....sbb ia dtg dr kwn baik kita sndri...seksa hidup...
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)