Tak Macho Pun Pakai Benda Alah Ni. Tetapi HANCUR. Percayalah!

by - May 12, 2010



Assalamualaikum w.b.t

(tenguk air dulu)

Done!

Telah diuar-uarkan di Twitterku bahawa entri kali ini menyentuh perihal lelaki. Wah wah wah. Apakah? Rileks rileks. Tapi kalau dah baca tajuk entri pun sedikit sebanyak dah dapat beri gambaran kepada anda apa yang bakal ku persembahkan ini.

Cerita bermula. Bertempat di sebuah rumah perkahwinan.

"Bangle kat tangan RM500 lebih-lebih, cincin emas RM400 lebih-lebih, rantai emas tu RM100 lebih-lebih jugaklah. Total kira sendiri."

Kata sang sahabat padaku.

Aku hanya mampu meng'OOO'kan sahaja di samping senyuman sinis singgah di pinggir bibir. Juga diikuti dengan gelengan kepala 180 darjah.

Sang sahabat seolah-olah kagum dengan barang perhiasan yang dimilikinya. Sang sahabatku itu ialah seorang insan yang mempunyai jantina serupa denganku. Ya kaum Adam. Lelaki maskulin walaupun dia tak pernah masuk dalam Majalah Maskulin edisi terbaru.

*sigh*

Persoalan yang berlegar di otak si pemakai barang kemas! (lelaki la, bukan perempuan)

"Huih gua terasa diperhati ni. Bangga bangga! Tak sia-siaku pakai barang-barang kemas ni semua. Tampak gah di situ" (sambil mendabik dada yang tak berapa bidang)

Jawapan orang yang memandang insan yang rasa bangga tu. Aku la, sapa lagi!

"Lor, aku ingat mak nyah mana la tadi. Muka brutal gila. Pakai rantai pulak. Uweaak! Sumpah hancus gila!" (hanya telahan di dalam hati)

Cukup la kutukan itu dilakukan. Selebihnya aku simpan sendiri.

Wahai kaum Adam, ya kamu yang bernama Adam pun dengar sini. Hampa semua tau dak lelaki diharamkan memakai segala bentuk perhiasan yang menyerupai emas. Eh eh bukan menyerupai. Tetapi emas. Diulang! HARAM!


Dalam hadis Nabi ada menyebut :

Saidina Ali Abu Talib ra berkata :

"Rasulullah saw mengambil sutera, lalu meletakkannya di sebelah kanannya dan mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas Baginda bersabda : kedua-dua ini haram buat orang lelaki dari umatku (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah). Dalam riwayat Ibnu Majah, ditambah : "Halal kedua-dua ini bagi perempuan".

Jangan tanya aku HARAM tu apa pulak. Dah sah-sah haram, kalau kamu buat juga apa maknanya murid-murid...?

BERDOSA CIKGU!!

Anak-anak murid Darjah 3 pun tahu jawapan dia. Ni kamu yang baru nak masuk umur 33 pun masih terkapai-kapai kelemasan. Malulah beb! Siapakah yang berumur 33 itu? Err, contoh la. Gua tak mention sapa-sapa pun. Harap mereka yang sedang berumur 33 tahun ini tidak terasalah ye.

Selamat selamat. Nasib baik aku pakai rantai silver. Yay! Aku tak berdosa. (melonjak keriangan)

Haih, dia pikiaq kot situ la pulak. Sabaq sat.

Berdasarkan hadis, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah berkata :

"Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya."

Mengerti kamu?

So, tak kisah la kamu pakai emas ke, suasa ke, silver ke dan apa-apa saja. Kalau barang perhiasan anda itu menyerupai kaum wanita, maka dilarang dan ditegah sama sekali.

Ada juga yang cakap macam ni :

"Muka aku nampak macam wanita ke pakai rantai ni?"

(Muka kongsi gelap stok pecah rumah. Sah sah tak nampak wanita)

Haih, soalan sebegitu tak perlulah tanya jikalau hanya untuk nampak gah. Itu lebih soalan yang sudah tahu jawapannya. Lebih kepada ingin menampakkan kebanggaan yang tidak perlu dibanggakan.



Gambar Hiasan

Gambar Dosh Duhamel memakai rantai. Mamat ni takpa la. Bukan Islam. (Gambar Hiasan)


Entri ini sebenarnya kesinambungan entri seorang sahabat blogger yang telah terlebih dahulu menulis entri mengenai ini. Ini blog sahabat FIRDAUS. Bagus rakan blogku ini. Antara blogger yang keep in touch dalam penghasilan buah fikiran. Juga kupasan entri-entri di dalam blog beliau sangat membina dan memungkinkan mendapat manfaat bersama.

Kesimpulan yang dapat aku katakan ialah sikit pun anda tak nampak macho bila memakai sebegitu. Hancur yang aku nampak. Serius sangat sangat mengjengkelkan sesiapa yang melihat anda apabila memakai benda alah itus. Maka, percayalah cakapku. Hukum tetap hukum.

Tak usah terlalu nak ikut trend peredaran zaman sehingga menghalalkan yang haram dan sebaliknya. Sangat sedih melihat muda-mudi yang sebegini. Ya aku sedih. Anda bagaimana? Silalah jangan kata anda gembira melihat gejala tidak sihat ini. Tak untung pun. Mungkin anda dipandang hebat oleh rakan seangkatan. Tetapi anda akan dipandang jelek oleh masyarakat sekeliling.

Ini yang sering kita lihat. Artis lelaki dan pemakaian benda alah ini. Aku tidak melabelkan mana-mana artis. Anda lihat, anda kaji, anda nilai. Itu pun masih ramai yang cuba menjadikan artis sebagai idola. Adakah mereka yang sebegini mampu menjadi idola anda? Jawapannya pada anda.

Aku tidak mengatakan diriku baik dan sempurna. Hakikat tiada yang sempurna selagi ia insan yang bergelar manusia. Jesteru, aku menasihati diriku terlebih dahulu. Yang baik kita jadikan panduan dan sandaran. Yang tak baik buang jauh-jauh (macam ada yang tak kena dengan pepatah ni)

"Peliharalah ALLAH, nescaya kamu akan mendapatiNYA dihadapan kamu. Kenalilah ALLAH ketika kamu senang, nescaya ALLAH mengenali kamu ketika kamu susah. Ketahuilah pertolongan berserta dengan kesabaran, kelapangan berserta keperitan dan bersama kesusahan mendapat kesenangan" [Riwayat al-Tirmizi]

Wallahu'alam.

Wassalam ~

Post Script : InsyaAllah sekiranya ada kelapangan, akan ku cerita perihal Kaum Hawa pula.

Share/Bookmark

You May Also Like

71 comments