Posts

Showing posts from June, 2017

"Bro, Betul Ke Takaful Ini Sebuah Komitmen? Kalau Tak Mampu Macam mana?"

Image
"Hami, aku tengok bukan orang tak nak Takaful. Tapi kadang-kadang dia tak mampu."

Tiba-tiba terpancul ayat dari seorang sahabat. Air kopi di depan mata dihirup lambat-lambat. Sedang bersesi moreh atau bahasa hipsternya adalah lepak.

"Amboi memang sangat tiba-tiba hang ni. Sebab tu la Takaful ni untuk orang yang mampu. Kalau orang tu tak mampu, aku akan suruh dia utamakan hal-hal yang lain dulu."

"Macam mana kalau orang tu nak sangat Takaful tapi dia tak mampu? Awereness dia tinggi, tapi dia betul-betul tak mampu."

Banyak pulak soalan member aku ni. Selalu tak mau sembang pun pasal Takaful. Malam ni dia naik syeh pulak. Takpa kita layan.

"Kalau awereness dia tinggi, tapi dia tak mampu, aku akan ajak dia jadi Ejen Takaful. Hahahaha."

".........."

"Okay tak kelakar. Okay macam ni la bro. Boleh dak hang senaraikan pada aku keperluan asas hang dan komitmen hang setiap bulan? Yang kalau hang tak bayaq komitmen hang ni hang akan rasa hi…

Aku Dan Nescafe

Sakit kepala.

Kepala pening bervertigo.

Peluh bercerau-cerau.

Benda ini jadi balik. Biasanya akan datang time petang-petang. Aku selalu akan sambar panadol actifast. Telan dan 2 minit kemudian akan lega. Tapi kadang ambil masa agak lama untuk reda. Aku tau bukan elok pun kalau ambil panadol ni. Tapi itu je la solution yang aku selalu buat. Eh tak tak. Solution terpantas aku selalu ambil adalah NESCAFE.

Okeylah aku terpaksa buat pengakuan. Aku dan Nescafe memang kawan baik pun. Sehari aku tak nikmati nescafe badan dah lesu semacam. Sekurang-kurangnya kena ambil 2 cawan nescafe sehari. Pagi dan petang. Itu sekurang-kurangnya, kalau selebih-lebihnya bercawan-cawan, bergelas-gelas, bertin-tinlah nescafe setiap hari.

Teruk kan? Aku ni dah tahap addicted tahu.

Korang mengalami macam aku tak? And ada solusi tak terhadap permasalahan ini? Kalau ada cer try bagi suggestion tengok.