Sesi Monolog Dalaman

Friday, April 30, 2010

Minta Maaf Atas Keterlanjuranku Berkata Sebegitu Dahulu

Assalamualaikum w.b.t
Suasana hiruk pikuk kota, pekik tawa bergema, manusia sedang bercanda. Ya itulah yang dirasa di saat entri ini ditaip. Di saat entri ini ditaipku di sebuah pasaraya terkemuka. Ah tipu sahaja terkemuka. Tapi yang pastinya terletak nun jauh di utara. Bagaimana boleh aku menaip tika berada di pasaraya? Hemm, biarlah jadi tanda tanya. (aku suka sebegitu)
Perkara ini sudah lama terperam. Sudah lama tertangguh. Sudah lama terbiar. Mungkin hari ini segalanya akan diceritakan di sini. Biarlah. Aku dah penat. Dah sarat menanggung segalan tekanan. Aku dah capek. (capek is penat)
Banyak-banyak tempat, suasana hingar bingar ini juga yang dirasakan masa yang sesuai untuk meluah segala. Ya suasana ini seolah-olah mendesak aku. Desakan yang kuat untuk melancarkan penaipan. Aku terbejat. Jiwa terdampar.
Justeru permonolongan dalaman segera berlaku.
Ah, perlukah aku mengkhabari segalanya di sini? Adakah aku akan berpuas hati setelah aku coretkan di sini? Bagaimana sekiranya sebaliknya yang berlaku? Aku sanggup menanggung risiko? Sanggup atau tidak belakang cerita. Yang penting biarlah semua orang tahu. Biarlah satu dunia tahu. Biarlah segala pekikan hati yang tiada siapa mendengar ini terlepas di sini.
Jadi, aku perlu ambil risiko. (berfikir sedalam-dalamnya)
Baiklah. Aku akan cuba bercerita. Akan cuba sedaya upaya. Walaupun masih teragak-agak. Aku bulatkan tekad. Aku sematkan fikiran dan pasakkan keazaman. Sebelum segalanya hilang dari lintasan minda, aku perlukan segera.
*sigh* (mengeluh berat)
Begini. Aku tidak akan berselindung lagi. Benda ini berlaku 2 bulan yang lalu. Tetapi hanya 1 bulan sahaja dapat bertahan. Entah. Aku terpilu.
1 bulan yang begitu mengujakan. Begitu membuahkan rasa. Sangat menggembirakan. Sangat menggembirakan sehingga aku sanggup meninggalkan CM. CM yang begitu setia di sisi saban hari.
Itulah yang terjadi setelah ku dapat CL. Aku telah ‘bersama’ CM hampir 12 tahun. Ya 12 tahun bukanlah 1 tempoh yang singkat. 12 tahun CM membantu aku sehingga aku ke menara gading walaupun tiada gading sebenarnya di sini. Ah tiada masa nak buat lawak.
Aku dengan rakusnya sanggup meninggalkan CM hanya kerana CL. Hanya 1 bulan bersama CL tapi aku telah meninggalkan CM. Bukankah itu dinamakan kejam? Ya, aku sedar aku bersikap kejam. Tapi segalanya berlaku diluar kawalan. Aku tak mampu menahan.
Segala bentuk alasan memang sukar diterima sekarang ini.
Aku faham. Aku mengerti. Aku juga sedari. Itu yang sering terjadi. Aku faham dengan situasi. Aku mengerti dengan sekeliling. Aku juga sedari dengan mata hati. Adakah aku belum terlambat untuk segalanya?
Diam tanpa kata nista.
Sekarang aku perlukan CM. Minta maaf CM atas keterlanjuranku berkata sebegitu dahulu. Apa yang aku telah katakan?
“Aku dah tak perlukan CM. Aku dah ada CL. CL lebih memberikan kepuasan. Ya! Selamat tinggal CM”
Itu sahaja. Hilang kata-kata.

********

Err, kenyangnya. *tetiba*
Eh apa khabar readers semua? Sudah makan? Sudah minum? Amacam hari ini?
(cuba tidak mahu hubungkait dengan cerita di atas)
Wey wey, apa ni cerita tak habis.
Cerita apakah? (masih cuba berselindung)
Siapa CM dan siapa pulak CL? Cepat bagitau! Kami tak suka hang cerita tak habih ni.
CM? CL? Apa hampa semua merepek ni? Cari Makan? Cari Lubang? (masih dan masih bersembunyi di sebalik kebenaran)
PANGGG!!!! (sebilah penampar kepunyaan Mak Cik Senah hinggap di pipiku)
Err, baiklah baiklah!(sambil berjalan terhoyong-hayang) CM dan CL ialah ……
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---


CM = Cermin Mata & CL = Contact Lense


Okey, puas hati korang?
Aku rasa aku perlu chow dahulu sebelum penampar Mak Bedah pulak singgah di muka gebuku ini. Okey, cancincalok!
Wassalam ~
Post Script 1 : Sebenarnya entri ini ialah kesinambungan daripada entri Aku Nekad. Nak tahu? Klik di sini --> [link]
Post Script 2 : Kepada sesiapa yang masih berminat nak exchange link dengan blog tak seberapa ini, bolehlah berbuat sedemikian di sini --> [link]


Share/Bookmark

Thursday, April 29, 2010

Terasa Ingin Diterjah Juga Blog Tak Seberapa Ini

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini bersifat tergesa-gesa seperti larian merentas desa. Entri kali ini tidaklah sepanjang entri-entriku yang lain. Ah, tengok tajuk sudah dapat agak. Ushar je la siapakah Encik di bawah.



Encik Ben Ashaari. Ya itulah nama jejaka yang bergaya ini. Kalau para blogger tidak mengenali beliau tak tahulah. Ya beliau sangat terkenal dengan siri penjelajahan terjah menerjah blog seantero negeri. Mungkin beliau agak menggemari Siri Penjelajahan Doraemon barangkali. Err, gurau-gurau je Encik Ben.

Syarat untuk diterjah?

1. Meletakkan header Encik Ben. Okey sudah.

2. Terangkan serba sedikit nama dan perihal blog. Okey, nama samaranku HAMI. Nama blogku telah tertera seperti di atas. Namaku sendiri, HAMI ASRAFF. Hemm, blogku ini tiada tema tertentu. Menulis apa yang terlintas di minda. Cetusan idea dan pendapat spontan. Tetapi lebih kepada cuba memanfaatkan diriku dan pembaca barangkali. InsyaAllah.

3. Dari mana tahu segmen ini? Dari Kelab Blogger. Oh Kelab Blogger Encik Ben juga ownernya.

Ingin menambah.

Salah satu sebab kenapa ingin diterjah blog tak seberapa ini ialah : ( Tengok je la gambar di bawah )




Secara kebetulan. Tadi buka blog Encik Ben. Follower Encik Ben sama dengan blog aku. Eh tapi confirm-confirmlah sekarang ini followernya meningkat naik dan terus memintas dengan lajunya. Tiada maksud kebanggaan di situ. Cuma kebetulan yang tidak disengajakan.

Tapi sebenarnya tujuan aku buat entri ini lebih kepada ingin bertanyakan pendapat dan pandangan pembaca seperti Encik Ben untuk memberi sedikit pandangan tentang blog picisan ini ( oh aku telah gunakan picisan ).

Yang tu je la. Sekian.

Wassalam ~

Post Script : Menunggu akan terjahan itu dilakukan :)


Share/Bookmark

Tuesday, April 27, 2010

Terima Kasih Sudi Baca Blog Ini. Jom Exchange Link.



Assalamualaikum w.b.t

Toleh kanan laptop. Toleh kiri TV. Ku toleh kanan kembali. Oh nampaknya laptopku lebih menarik perhatian. TV? Macam sudah lama aku tidak bernafsu untuknya. Di rumah sewa aku tu ada je TV. Tapi memang tersangat jarang buka. Dan kurang dari 5 kali aku buka untuk semester ini.

Mungkin ianya terkesan sehingga terbawak balik ke rumah ayah bonda tercinta. Rancangan kegemaran? Entah dah lupa. Lebih kepada rancangan yang berunsur download. Ku tahu memasing sibuk dengan Adamaya & Asmaradana sekarang ni. Tadi pertama kali menonton Adamaya. Oh rancangan ini telah menambat dan tertambat anak-anak buahku melekat di kaca televisyen. Dan memasing sibok setori kat aku. So aku pun terlayanlah seketika.

Entri pasal apa ya kali ni? Bila sekali sekala post new entri beginilah jadinya. Tadi buka Facebook. Ada seseorang hantar mesej di kotak inboxku. Agak kelakar jugak. Mesejnya begini :


En.Hami..hihi..mak saya suka blog encik Hami..Mak kirim salam..haha Jangan risau..Mak tak nak amik sebagai menantu pun..hihi


Err, terkedu. Nak tergelak pun ada. Eh eh malu juga! *blushing galak*. Siapa orangnya? Tak perlulah mention di sini ya. Mak dia baca blog aku? Makcik, terima kasih la ya. Blog saya ni biasa-biasa aja. Menulis apa yang dirasa keluar dari kotak minda. Apa pun terima kasih banyak sudi baca. Saya hargai :)

Mesej dari yang lain pulak. Dah lama dah ni :


hye...i read ur blog..nice way of thinking..teruskan perjuangan..=)


Yang berkaitan juga :


Saya suka baca blog awak. teruskan perjuangan awak tu k! hehe (^_~)V


Cukuplah contoh yang diberikan. Takut menimbulkan riak secara tak sengaja. Harap dijauhkan. Terima kasih dan terima kasih lagi sudi baca blog saya yang tak seberapa ini. Tiada apa yang istimewa. Masih bertatih dalam dunia blog ini. Belum genap setahun lagi.

Sebagai tanda menghargai pembaca, ya sesiapa yang membaca expecially para blogger, anda bolehlah TUKAR LINK dengan saya. Oh blogku ini bukanlah menjana trafik terlalu tinggi seperti blog yang lain.

Kadang-kadang tu ada yang letak my link dalam blog mereka, tetapi saya tak berbuat demikian. Tak adillah begitu kan?

Maka, sesiapa yang ada link saya dalam blog anda, boleh tinggalkanlah link anda di sini. Yang berminat nak tinggalkan link pun boleh. Sesiapa sahaja. Itu pun kalau sudilah. Tidak memberi jaminan apa-apa. Lagipun blog ini bukanlah terlalu mahsyur dan dikenali ramai.

Semoga kita para blogger terus mempertengahkan isu yang bernas untuk santapan minda. InsyaAllah. Itu yang diutama dalam menggorak langkah sebagai insan yang berjaya.

Itu saja la kot. Silalah tinggalkan link anda ya. Nanti aku letakkan satu lagi ruangan untuk TUKAR LINK on the right side.

Wassalam.

Post Script : Nak guna cuti puas-puas sebelum kembali bertempur :)


Share/Bookmark


Monday, April 26, 2010

Study Study Juga. Solat Jangan Dilupa. Eh Solat Lagi Penting La.







Assalamualaikum w.b.t


Bertemu lagi kita dalam perbincangan waktu dan hari yang sama. Ah, seminggu sekali update memang seminggu la berjumpa kembali. Biasalah gua kan student. Memang dua hingga tiga minggu ni gua dan member-member gua tidak termasuk Gua Kelam dan Gua Niah sedang bertempur di medan peperiksaan.

Alhamdulillah, aku sudah habis satu paper tadi.

"Amacam, senang ke susah paper tadi?"

Soalan paling majoriti yang dilontarkan. Eh, gua pun macam tu jugak kot. Biasalah kami kan student. Itulah soalan-soalan student seperti kami setelah selesai exam.

Jawapan pula. Oh jawapan memang selalunya begitu menyerlah. Standard charted.

"Susah la wey." (muka monyok)

"Ala, rugi dol aku tak study bab tu! Hampeh!" (muka separa tenshen)

"Entah la. Rasa macam boleh buat je. Tapi careless mistake banyak juga la." (muka ceria tak ceria)

"Senang je. Tak sia-sia aku study sampai lebam." (muka lebam kena tumbuk)

"No komen." (muka artis! err...)

Antara jawapan aku dan mereka. Ya la kami kan student. Kekadang tu boleh jawab dengan cemerlang, tetapi atas dasar humble yang tertanam dalam hatinya, maka jawapan pun kelihatan humblelah.

"Boleh la. Tunggu dan lihat je la nanti." (muka konfiden gila)

Itulah The Beauty Of The Exam! :)

Eh eh dan eh lagi. Tajuk entri kelihatan sangat mengujakan. Dimanakah part yang akan memotifkan terus dengan tajuk entri ini. Ala, rileks lah. Itu baru intro. Setorilah sikit apa yang berkaitan.

Okey mari bertemu dengan motif tajuk entri. Rasanya baca tajuk entri pun dah boleh dapat kot mesej yang ingin disampaikan. Okeylah kalau macam tu. Aku tak payah explain la ye. Oho ~

Aku explain juga. Hemm, rasanya ramai sedar. Rasanya ramai tahu. Rasanya ramai juga pernah alami. Dan juga rasanya ramai pernah menyaksi. Oh begitu banyak rasa anda. Tapi sebenarnya rasa kita ada enam sahaja. Silalah buka buku Sains Darjah 5. Ke 6. Okey buka dua-dua.

(Dia ni kalau tak merepek sangat tidak sah)

Ada sesetengah orang begitu bertungkus-lumus, berhempas pulas, berakit-rakit ke hulu dan berenang-renang di tepian demi untuk STUDY. (Memang begitu mesra dan sinonim mengguna pakai STUDY berbanding BELAJAR)

Eh bagus la macam tu. Dah nama pun student, mestilah kena berhempas pulas tergeliat semua. Dengan harapan mendapat keputusan yang best. Result yang boleh dibanggakan. Orang Kedah kata,

"Kecik pala-pala haih, pulun stadi."

Cuba menunjukkan begitu tekun dan gigih study. Sangat respek kepada mereka yang bekerja keras demi itu. Mencari dan mendalami ilmu pinjaman Illahi ini dengan cara melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.

Tapi sayangnya Mak Limah. Okey okey sayang Mak Bedah jugak. Eh mak aku nak letak mana? Dan of courselah sayang Mak aku sedalam-dalamnya. Okey sekali lagi. Tapi sayangnya Mak aku, tak ramai orang begitu menekankan perihal ini. Perihal apakah?

STUDY BAGAI NAK RAK ALMARI SEMUA, TETAPI SOLAT ENTAH KE MANA.

Gambar Hiasan

Hemm, anda begitukah? Tidak? Alhamdulillah. Aku tau reader semua baguih-baguih belaka. Yang ni yang kita nak. Tidak hanya mengejar dunia. Tetapi akhirat yang diutama.

Ya, pernah saksikan di kaca mata. Anda pun mungkin juga. Sang pencinta buku begitu gigih menuntut ilmu. Ya sangat gigih sehingga mengabaikan masanya untuk solat yang hanya 5 minit sahaja. Alangkah sayangnya, kegigihan yang tidak digunakan di tempat yang sepatutnya.

Kelakar pun ada. Sang pencinta buku sedang tekun mengejar dunia. Menuntut ilmu dengan harapan membawa kejayaan kelak. Tapi tak sedarkah bahawasanya ilmu yang sang pencinta buku sedang menuntut itu pinjaman Illahi? Ya semua Ilmu datang dari Yang Maha Khaliq.

Ala kamu kalau ada pinjam barang pun, setelah pulangkan pada tuannya pasti ucapkan terima kasih. Inikan pula kepada Sang Pengcipta kita. Lagi bertambah-tambah dan sangat-sangat perlu memanjatkan kesyukuran padaNYA dengan melakukan apa yang disuruh. Mudah sajakan? Tapi mungkin susah bagi sesetengah orang.

Aku fokuskan di sini perihal solat sudahlah. Keberkatan belajar itu bukankah datang darinya jua? Ya pasti! Maka, tunaikanlah kewajipan itu. Solat sangat penting sehingga disebut sebagai tiang agama. Menuntut ilmu juga penting sehingga diuar-uar, menuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Maka, perlulah seiring antara keduanya.

"Eh Si Polan tu tak solat pun tapi result dia gempak juga. Macam mana tu?"

Oho ~ Ini yang susah ni. Kesalahfahaman. Terus-terusan salah faham. Tapi tak tahulah kalau betul-betul salah faham. Allah SWT memberi kenikmatan bukan sahaja pada mereka yang beriman. Tetapi sebaliknya juga. Itu dipanggil 'ISTIDRAJ'. (klik pada tajuk untuk mengetahui maksudnya)

Bukanlah dengan berkata sebegini hendak mengkhabari satu dunia yang aku ini sangat bagus. Oh sila buang jauh-jauh telahan anda itu. Suka dan berkali-kali aku tegaskan dalam setiap entri aku, apa yang aku utarakan ialah lebih kepada perkongsian dan ingat-mengingati sesama insan. Dan terlebih-lebih dahulu nasihat diriku yang kerdil dan khilaf ini dahulu. Mengerti?

Penghabisannya, janganlah abaikan solat. Solatlah sebagai penyelamat kita di akhirat kelak. Study study jugak beb! Tapi solat pun kena jagalah. Baru la betul. Haa tau pun kan?

Aku nak berkongsi sedikitlah Doa aku amalkan untuk STUDY. Kat bawah ni :

Ya ALLAH
Keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu
Kurniakanlah aku dengan sinaran kefahaman
Bukakanlah bagiku pintu ilmu dan hiasilah
aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang
Ya ALLAH
Sinarilah hatiku dengan cahayaMU
Seperti ENGKAU menerangi bumi dan langit dengan rahmatMU
Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Dan Penyayang


Itu sahaja. Selamat berjuang untuk semua yang sedang menduduki peperiksaan. Eh yang tak exam pun selamat berjuang juga. Kecik hati tak sebut. Berjuang pergi ke kedai membeli choki-choki di tengah hujan lebat sambil kilat sabung-menyabung adalah sebuah perjuangan juga. (-_-")!
Wassalam ~

Suka kartun ni :)
Post Script : Gua balik kampung halaman terchenta hari ni (Isnin) memandangkan gap banyak hari untuk next paper :)

Share/Bookmark

Tuesday, April 20, 2010

Jangan Sesekali Merendahkan Orang Lain Dengan Niat Jahat


Assalamualaikum w.b.t

Ya sayalah Hami Asraff yang dimaksudkan. Dan blog ini masih blog beliau. Sila jangan tukar channel lagi. Cuba dan terus mencuba memberitahu audiens bahawasanya diri ini sangat busy sehingga terpaksa mengabaikan blog ini. Ya terpaksa. Kerna perlu melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai seorang pelajar.

"Ala, paper tu senang je beb"

Kata-kata seorang sahabat. Oh memanglah jikalau kita sudah pun mengambil paper berkenaan, maka terasa senanglah. Aku pun akan berkata sedemikian juga kot. Hemm, maybe modified sikit la.

"Paper tu? Boleh la. Lulus ngam ngam je"

Ini dinamakan sindrom sudah habis paper yang susah.

Aku sangat busy dan kalut dengan projek. Alhamdulillah sudah selesai presentation siang tadi. Walaupun sebenarnya masih perlu dibaiki. Oh tidak mengapa. Tinggalkan ia sejenak di situ.

Eh, bukan ini sebenarnya yang ingin dikongsi. Ah, biasalah aku. Mukadimah tidak mahu mengalah. Ada saja ingin ditokok tambah. Supaya ia lebih menyerlah dan indah. Okey cukup bermadah.

5 hari lepas kalau tak silap aku, kalau aku silap pun tiada masalah rasanya. Aku buka emel. Seorang sang sahabat mengepost emel dari jauh. Ya agak jauh. Dari bumi Penang. Lebih 300km jaraknya.

Emel yang diutusi merupakan sebuah artikel. Sebuah artikel yang membuat aku insaf. Insaf yang membuat aku berfikir. Berfikir yang membuatkan aku rasa ketakutan. Ketakutan supaya dijauhi oleh segala bentuk kejahatan.

Wah wah kedengaran agak serius di situ. Tapi ini serius! Walaupun kedengaran ala-ala Wonder Pets, tetapi sangat menginsafkan aku dan para pembaca barangkali.

Mana mana artikel tuh? Haih tak sabaq nampak. Nah! Baca kat bawah ni dulu.



Kelik untuk tumbesaran gambar rajah

Sudah bacakah anda? Eh, mestilah sudah kan? Amacam insaf tak? Apa? Tak insaf pun. Aduyai ~ Tak kena tune gamaknya aku hantar ni.

Maybe some of you dah pernah terbaca kot artikel ni. Kalau yang dah pernah terbaca pun, bacalah sekali lagi. Tak rugi pun.

Kekadang kita tidak sedar. Kita tidak sedar kita telah melakukan sesuatu diluar jangkauan. Yang memungkinkan mendapat dosa daripadanya. Lidah senjata paling 'merbahaya' jikalau tidak digunakan pada tempat yang betul.

Kekadang juga kita begitu seronok dan teruja mengkeji dengan harapan sang dikeji terasa disakiti. Walhal, ianya akan memakan diri sendiri suatu hari nanti. Ya kisah di atas adalah kisah benar. Keratan akhbar.

Maka, ambillah kisah benar ini untuk dijadikan panduan dan ikhtibar. Marilah sama-sama meminta maaf sekiranya kita ada merendahkan orang lain. Tak kira sesiapa sahaja. Eh eh toksah dok tunggu Hari Raya untuk nak minta maaf. Do it right now!

Itu sahaja aku rasa. Maka, aku minta maaf la ye kot-kot ada reader yang marah dengan penulisan aku ni. Mana nak tau kan? Aku juga hanya manusia biasa seperti kamu jua. Yang acapkali melakukan kekhilafan.

"Lebih baik berdiam diri daripada berkata perkara-perkara yang sia-sia"

Wassalam ~

Post Script : Final Exam ku start 25 hari bulan ni. Please pray for me.

Share/Bookmark


Sunday, April 11, 2010

Surat Daripada Syaitan


Gambar Hiasan
Assalamualaikum w.b.t

Okey fine! Aku mencuri. Aku terpaksa. Aku terdesak. Semuanya hanya sebab blog ini. Aku tak nak ianya terus bersawang walaupun pada hakikatnya tak nampak pun sesawang itu. Woi woi hampa toksah dok pikiaq yang bukan-bukan. Aku mencuri masa untuk mengupdate blog ini la. Apa daa.

Tajuk entri kelihatan menggerunkan bukan? Err, tak pun. Kelakar ada la. Perghh dia sebut kelakar tu. Sat nah, aku nak setori kat bawah.

Sebelum tu, perasan tak entri aku bawah yang sebelum ni? Itulah entri terpendek pernah aku hasilkan. Saja nak mencuba sesuatu yang baru :) Entri-entri aku ni tak mencecah 50km sejam memang tak sah. Ceh tak laju langsung!

Okey begini. Sila jangan takut lagi. Dulu aku pernah hasilkan entri Surat Untuk Encik Maxis. Now Surat Daripada Syaitan pula. Oho!

Mari teruskan pembacaan. Sila khusyuk ye membaca.

Hai manusia yang tersayang,

Sewaktu engkau mahu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat kursi. Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingat apa-apa. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa tidurmu.

Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman. Jangan engkau susah-susah bangun dan memendekkan masa tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Janganlah engkau pedulikan azan subuh yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku juga melihat engkau suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Bagus sahabatku. Seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Pasti mata-mata juga terpesona melihat kecantikanmu. Sesungguhnya kecantikan yang dikurniakan kepadamu hendaklah ditonjolkan kepada tontonan ramai.

Aku juga melihat engkau jarang membaca Bismillah sewaktu menjamah makanan. Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Aku juga melihat engkau makan dengan lahapnya. Makanlah sepuas-puasnya sayangku. Inikan rezeki dari Tuhanmu.

Sahabat, aku juga melihat engkau bergembira menghabiskan duit dengan bershopping dan membeli kemewahan dunia. Syabas sahabatku. Engkau telah membelanjakan rezeki yang kamu perolehi dengan jalan yang betul daripada memberi sedekah kepada orang lain. Duit engkau hanya untuk engkau. Tidak perlulah bersusah-susah untuk orang lain.

Aku lihat engkau bertemu sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan 'Assalamualaikum', tetapi engkau mengucapkan 'Hi...Hello...Oitt...'. Ini juga bagus kerana engkau seorang yang seorang tidaklah nampak kekampungan. Engkau telah mengikut 'trend' semasa.

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat bersama-sama berjalan. Kita berpegangan tangan menuju ke neraka jahanam. Betapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sayangku.

Sahabatmu yang tercinta...

Syaitan

Siapakah di antara kalian sahabatnya? Sila angkat tangan! Err, siapa la berani angkat tu bertuah sangat la. Actually artikel ini aku terjumpa dekat Fakulti aku. Dah lama dah. Baru sekarang terasa nak mencoret di sini. Disusuli ada penambahan sedikit dari aku :) Tujuan? Memperingati diriku terlebih dahulu dan kalian yang membaca. InsyaAllah.

Maka, janganlah kita menjadi sahabat Syaitan ini. Nak jadi jugak? Silalah. Sekian.

Wassalam.


Ini pun gambar hiasan juga

Post Script : Penutup terpendek pernah dihasilkan.


Share/Bookmark

Monday, April 5, 2010

Sedarlah Wahai Insani


Permainan duniawi itu tidak pernah kalah dengan hasutan yang menyesatkan. Tak ramai yang ambil peduli walhal ianya sesuatu yang wajib difahami. Manusia insan yang selalu harus dinasihati.


Share/Bookmark

Sunday, April 4, 2010

Ciri-Ciri Entri Berkualiti Bagi Anda






Sekadar gambar hiasan. Buang NO, jadi ENTRY :)

Assalamualaikum w.b.t

Ya, memang aku sentiasa memberi salam di setiap nukilan entri aku. Memberi salam itu sunnah Rasullullah SAW yang di mana apabila melakukannya mendapat pahala dan menyambutnya pula ialah Wajib, diyakini apabila tidak menjawab berdosa. Cepat jawab! :)

Aku ingin mulakan peraduan (bukan contest, tetapi beradu yang ditambahkan imbuhan). Seperti biasa, diriku bukan tapak sulaiman, tetapi seorang Insomnia. Dan sesungguhnya setiap hari aku hanya tidur 2 hingga 3 jam sahaja walaupun kelasku bermula 8:30 pagi :'(

Banyak benda hendak diungkap. Banyak perkara hendak dimadah. Banyak idea hendak dicurah. Tetapi seperti kebiasaan, ianya seperti disekat. Dicantas oleh hunusan pisau dapur yang tajam. Darah berlumuran di lantai. (err, sungguh over ayat terakhir itu)

Entahlah aku nak cerita pasal apa untuk entri kali ini. Aku kalau boleh setiap entri yang dihasilkan mempunyai identiti dan kualitinya. Maka, persoalannya di sini, adakah entriku berkualiti?

Okey sila jawab. Sekian.

Haha. Okeylah dah terlanjur terbabas di sini apa kata mari bercerita pasal Entri Berkualiti.

Okey cerita cepat!

Sabaq-sabaq. *tengah memerah kerahan idea*

Okeylah aku buat segmen bertanyakan pendapat je la ek.

Pada pendapat anda, bagaimanakah ciri-ciri entri berkualiti? Dan perkara apakah yang perlu dititikberatkan? (pergh memang soalan skematic diagram ni)

Anda boleh menjawab di ruangan 'BERI BUAH FIKIRAN'ku.

Okey ini jawapan spontan dariku. Ala mungkin sebelum ini pernah terfikir. Kira aci la tu.

1. Bagi aku Entri Berkualiti ialah Entri yang dapat memberi manfaat pada si penulis dan juga para pembaca. Tak kisahlah manfaat itu terhasil daripada bentuk fizikal mahupun batin. Janji ianya memberi impak dan kesan hingga terbekas di hati para pembaca. Apabila sudah berbekas di hati, maka dapat dizahirkan dengan tingkah laku dan perbuatan.

2. Entri yang membawa mengingatkan pada Hari Kebangkitan. Bunyi Hari Kebangkitan itu sangat menggerunkan. Ya memang. Dengan kata lain ialah tentang Akhirat. Oh aku rasa ini yang Paling Diutamakan. Memang itu pun kesudahan dari perjalanan insan yang bergelar manusia. (eh dah paling utama, kenapa di tempat ke-2? err, anggaplah ia di tempat 1)

3. Hemm, apa lagi ya. Ini juga agak penting. Entri yang berpesan-pesan kepada kebaikan. Oh ini tersangatlah dianjurkan oleh agama suci kita, Islam. Bagaimana nak buat tu? Err, cubalah hasilkan dengan cara anda tersendiri. Penyampaian anda sendiri. Tapi pastikan ianya bersulamkan ajakan kebaikan itu.

Rasanya 3 cukup kot. Dan ketiga-tiga di atas tu memang ada hubungkait antara satu sama lain.

Aku tahu kebanyakkan daripada kita suka menulis apa sahaja. Dengan kata lain personal. Cerita pasal makan apalah, pergi manalah, esok nak buat apalah dan sebagainya.

Eh tak bolehkah melakukan entri sedemikian?

Err, dimanakah ayat aku di atas yang mengatakan TIDAK BOLEH? (Tengah cari-cari. Fuh nasib baik tak ada). Boleh. Tulis je la apa pun. Dah nama pun blog. Coret dan sentallah sesedap rasa anda. Tapi perlulah ada etika dan hadnya.

Blog aku ni pun banyak juga merepeknya. Aku paling merepek sekali kat Twitter aku. The Twitterer yang dok berlawan Tweet dengan aku tahu la sejauh mana kemerepekkan aku. Holiou! (memang Twitterlah tempat paling lama aku melepakkan diri)

Okey silalah beri pendapat anda mengenai persoalanku di atas. Aku salin balik.

Pada pendapat anda, bagaimanakah ciri-ciri entri berkualiti? Dan perkara apakah yang perlu dititikberatkan? (pergh memang soalan skematic diagram ni)

Sila-sila bentangkan pendapatan anda yang bernas itu. Mana tahu boleh memartabatkan blogger kita di mata dunia. (haih jangan gelak!)

Okey, gua pun dalam proses hendak memaksa diri gua tidur dengan jayanya. Pesan gua kalau hampa dah lewat tidur dalam pukul 4 or 5 pagi, JANGAN TIDUR LAGI! (bukan kat TV3 tu). Sebab kalau tidur confirm-confirmlah anda akan terlajak Solat Subuh. Percayalah cakap insan kerdil ini.

Itu sahaja. Wassalam ~

Hiasan jua.

Post Script : Minta maaf kepada para pemenang Contest aku. Belum berkesempatan untuk mengepost Hadiah kalian. Bukan sengaja. Tetapi terpaksa. Sekali lagi ditegaskan, InsyaAllah akanku usahakan.



Share/Bookmark


Thursday, April 1, 2010

Masa Kalau Tak Guna Betul-Betul Habislah

Assalamualaikum w.b.t

Hami Asraff ada blog? Ya masih. Dulu bukan main lagi satu hari update sampai dua, tiga entri. Sekarang 1 minggu satu! (-_-") Inilah yang dinamakan kekangan masa. Sebut betul betul, bukan kangkangan, tetapi kekangan.

Teringat lagu Raihan ketika entri ini ditaip (pukul 3.03 pagi) iaitu Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara. Aku fokuskan sekarang hanya satu sahaja. Lapang Sebelum Sempit. InsyaAllah kalau ada masa nanti aku cuba ketengahkan yang lain pula.

Sekarang mari bercakap mengenai Lapang Sebelum Sempit (bukan Adnan Sempit). Ala, bahasa mudahnya free sebelum busy. Cenggitulah. Ini yang selalu terjadi kepada para manusia akhir zaman ini.

"Lor sat ja esok dah hari Khamis. Macam baru saja hari Khamis."

Ya, itulah yang dinamakan masa. Orang Kedah kata tak perasan pon dia mai, tengok-tengok nak balik dah.

Jelas dan ketara. Bukti telah terpapar dan terbentang luas. Cuma kita para manusia masih leka, alpa, leka, cuai dengan 'benda paling bernilai' ini. Sebab apa? Sebab we can't predict the future.

"Ala, rileks ar beb. Assignment je pun. Lambat lagi. Minggu depan baru submit."

Esok nak submit, hari ni baru kalut nak buat. Aku pun sebegitu.

Itulah kita dan masa. Begitu juga aku dan masa. Tak kurang juga kamu dan masa. Dan sesiapa sahaja dengan masa. Aku sebagai pelajar. Ya hujung-hujung penghabisan semester, banyak benda perlu dilaksana. Perlu diselenggara dengan jayanya. Ya perlu. Semua yang pernah merasai saat dihimpit oleh tekanan masa ini. Saat masa meninggalkan kita yang masih terpinga-pinga.

Lambat laun pengakhiran akan temui destinasi. Destinasi yang kekal abadi. Tapi alangkah sayangnya ramai mengimpikannya, tetapi ramai yang tidak cuba mendapatkannya. Semua orang tahu. Semua orang sedari. Tetapi masih dan masih tidak cuba gagahi dan fahami.

Maka, sedarlah wahai pemuda-pemudi. Dunia ni dah tak lama lagi. Bila bercakap pasal Hari Kebangkitan semua orang takut. Tetapi berapa ramai yang ambil peduli dan masih bertahan di hati? Bukanlah ingin mengkhabari bahawa diri ini sudah cukup keimanan di hati. Tidak sama sekali. Cuma menasihati sesama insani.

Haih aku nak cakap pasal masa je pun. Waktu lapang hampa tu gunalah sebaiknya. Mai time busy satu benda tak dan nak buat. Capai itu dan ini seperti tak kena. Dan itu yang sedang aku alami sekarang ni. Biasalah. Lumrah.

Okeylah, gua sudah ngantuk. Aku ni memang kelawar man. Bebudak rumah dah bermimpi sampai Itali dah. Esok dan hari-hari seterusnya padat dengan aktiviti. Memang sarat dan padat. (eh kamu ingat artis je ke busy?)

Dengan ini, aku tinggalkan anda dengan sebuah lagu nyanyianku. Aicehh ~ Tak tak Lagu oleh kumpulan Snada bertajuk Demi Matahari. Sebelum tu hayati dulu lirik lagu ni. Diulang, hayati!


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari

Demi bulan apabila ia mengiringi

Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah








Lagu ini pernah dinyanyikan time aku join program kat U aku ni. Siap ada gaya lagi nak nyanyi. Tapi best.

Eh rasanya ada satu lagi nak post lagu. Okey try yang ni pula. Lagu oleh Shaffix bertajuk Keimanan. Aku cari lirik lagu dia tak jumpa. Hampa layan sudah. Nanti time dia nyanyi hampa salin la noh lirik dia. Hoho ~ Nah bawah ni lagu dia. Sekali lagi hayati bait-bait lirik lagu ni. Sangat bagus dan menginsafkan.




Itu saja. Selamat untuk semua. Semoga kita sentiasa meningkatkan amalan dan mendapat rahmat dariNYA. InsyaAllah.

Wassalam ~

Post Script : Aku selalu update di Twitter. Ada di ruangan side bar kanan di 'CORETAN HARIAN'. Bolehlah untuk sesiapa nak join conversation dengan aku di situ. Atau klik di sini. HamiAsraff