Surat Untuk Encik Maxis

by - March 02, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kesamaran mungkin ada cahaya menyuluh jalan? Merujuk pada update di Facebook dan Twitter aku sebelum ni. ( Kalau ada yang perasan la ). Bunyi kelihatan serius di situ. Taklah serius sangat. Sebenarnya tak ada kaitan kot dengan apa yang bakal aku persembangkan di bawah ni.

Lately, ( wah teringat entry Lately sebelum ni ) aku disimbahi dan dilimpahi dengan berpuluhan mesej ke kamar henponku. Oh keterujaan aku untuk membaca terhalang dengan mesej-mesej yang tak ku upaya layani. Keterujaan hilang dalam kelemasan. Kelemasan membuahkan kerimasan sekaligus proses penyah arus-ulang alik berlaku. ( Kepada yang tak faham, sila abaikan! )

Siapakah yang telah membuat onar itu? Siapa lagi kalau bukan Encik Maxis yang ku sayangi. Nak tengok Encik Maxis hantar mesej padaku? *sedang buka dan mencari-cari mesej yang bertimbun yang telah dihantar oleh beliau*


Servis Baru : Aktifkan MMS/GPRS & dapatkan video 3GP/MP3 yang sensasi! Utk aktifkan 3G/GPRS, sila sms ON MMS ke 32221. Pendaftaran percuma!

Ada lagi...

Sebagai tanda penghargaan di atas kesetiaan anda, nikmati wallpaper dan nada bunyi/video terbaru tanpa yuran pengaktifan! Muat turun sekarang!

Oh cukup la ye 2 contoh. Hemm, *sigh* Mengeluh sat. Okey sambung. Maka, aku dapat la idea untuk tulis entri ni. Aku ingat nak tulis surat untuk Encik Maxis la. Okey, aku cuba karang kat bawah :


Kehadapan Encik Maxis yang dikagumi dan disayangi. Sudah lama tidak ketemu Encik ( ceh bila masa ku ketemu beliau ). Aku sangat, eh tukar tukar, bagi sopan sikit. Okey, okey. Saya sangat berbesar hati dan berulam jantung dengan kesudian Encik Wimax menghantar berpuluh-puluh SMS sehingga memenuhi ruangan 'dalam kotak' mesejku. ( Eh aku cakap Encik Wimax? Err, layan sudah! ). Memang tidakku mampu membalasi anjakan paradigma Encik. Bukan aku tak cuba. Aku dah cuba dan usaha sedaya upaya aku untuk memberikan yang terbaek punya untuk Encik Maxis. Tapi ketahuilah wahai Encik Maxis yang budiman lagi baik hati, diriku bukan tapak sulaiman tapi diriku seorang insomnia. *ini ialah iklan*. Okey serius! Diriku hanya mengguna pakai henpon seperti gambar yang tertera di bawah :





Henponku ini diberi nama Cik Nokia 1110. Tetapi henponku tidaklah seanggun seperti gambar di atas. Keypadnya sudah hancur luluh sehingga tidak meninggalkan kesan langsung nombot yang tertera menyebabkan aku SMS sambil pejam mata sahaja. Tambahan pula, hanya 63 mesej saja yang sanggup dimasukki ke dalam 'dalam kotak'. Jenuhlah aku mendelete untuk memberi peluang pada kemasukkan mesej yang baru. Dipendekkan cerita ini, henponku tidak berskrin kaler, tidak boleh gigi biru, tidak boleh mengeluarkan lagu Faizal Tahir dan diyakini tahan lasak *hempap kat simen tetap cool*. Ringtone di dalam henponku masih mengekalkan lagu Classicnya ( ala, buat-buat tak tau pulak ). Oh itu saja aku rasa. Diharap Encik Maxis faham situasi yang menjatuhkan aku sikalang ni. Err, okey full stop!


*Dan secara tiba-tiba mesej dengan banyakknya meluru masuk* (-__-")

Sekian entri suka-suka dariku. Sebelum menggostankan diri, janganlah anda lupa mengenai Contest di bawah. Kalau lupa juga nasib la. Tak mampu aku membantu mengembalikan daya ingatan anda. Oh ini betul sekian. Sekian.

Wassalam ~

Post Script --> Sebenarnya Encik Wimax dan Encik Maxis adik beradik. Lorh hampa tak tau ka?


You May Also Like

32 comments