Pemenang-Pemenang Contest Aku. Tahniah!

by - March 19, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Minta maaf. Baru sekarang dapat update. Alasan sudah dikemukan sebelum ini kenapa aku tak boleh selalu update. Di saat entri ini ditaip pun, masih banyak benda menanti. Sakit kepala.

Okey, aku perlu melunaskan janji. Usaha telah dipateri. Hanya ganjaran saja yang masih belum diterimai. Sebenarnya, sebelum ini aku ingat nak buat sistem memilih pemenang secara undian. Tapi rasanya tidak adil bagi sesetengah blogger.

Apa pun, ucapan terima kasih didahului untuk mereka yang telah join Contest Tak Seberapa Ini. Telah ku katakan, Contest anjuran aku ini lebih kepada perkongsian pengalaman yang memungkinkan dapat diambil ikhtibar dan pengajaran dari penceritaan anda. InsyaAllah.

Keputusan pemilihan 100% di tangan aku. Keputusan muktamad. Okey aku umumkan terus siapa blogger yang menjadi pilihan aku :




1. http://thechapterbegin.blogspot.com


2. http://swingingtothe7thsky.blogspot.com


3. http://zahari84.blogspot.com



Tiga penceritaan blogger di atas menarik perhatianku. Tahniah di ucapkan! Tetapi setelah difikirkan balik, ada lagi contender yang bagus penceritaan mereka. Dengan ini aku rasa, aku tambah tiga lagi blogger. Hadiah sagu hati. Dan mereka ialah :


4. http://nurhanisahsafian.blogspot.com


6. http://haida-hida.blogspot.com


7. http://hanspunyablog.blogspot.com


Kepada mereka yang tak menang, bukanlah bermaksud penceritaan anda tidak bagus. Tidak sama sekali! Mungkin tidak menepati tema dan penceritaan yang kurang menarik (bagi aku). Diharap kalian tidak berkecil hati. Terima kasih sebab sudi join. Sangat hargai.

Dan kepada yang menang, sekalung TAHNIAH diucapkan. Hadiahnya aku bagitau dah sebelum sebelum ini. Aku bagitau sekali lagi. Pemenang bakal membawa pulang satu set :


(sila klik untuk ke laman web ini)

Jenis wangian aku yang tentukan. Dan pemenang sagu hati akan menerima set wangian PURE MEDI. Wangian ini setnya lebih kecil.

Para pemenang di kehendaki mengemelkan ALAMAT anda berserta NO TELEFON untuk tujuan penghantaran. Tetapi bagi mereka yang berada di sekita Shah Alam tak perlulah. Aku boleh hantar sendiri. Bolehlah mengemel ke :

hami_asraff@yahoo.com

Dan aku tak janji bila hadiah ini akan sampai ke tangan anda memandangkan aku sedang mengalami minggu-minggu yang sangat sibuk. Tapi akan di usahakan.

Itu saja aku rasa. Tahniah sekali lagi diucapkan. InsyaAllah kalau anda Contest lagi, aku cuba usulkan. Sekian.


Wassalam ~

You May Also Like

17 comments