Tuesday, August 4, 2015

Adakah Insurans Kereta Lebih Penting Dari Insurans Nyawa?





Seronok apabila bersembang dengan klien yang memahami. Klien yang sedar kepentingan Takaful ini. Feedback yang diterima juga memuaskan hati. 2 hari lepas bersembang dengan seorang brader yang digelar sebagai prospek. Penyembangan berkisarkan kisah kehidupan. Tak kurang juga keluhan rasa dengan arus hidup yang menekan.

"Stress la weh. Kereta aku accident minggu lepas."

 Beliau memulakan perbualan.

"Oh! So teruk tak kereta bro?"

"Teruk juga la. Lagi teruk aku langgar kereta orang."

Beliau memulakan cerita. Dari riak wajah memang tampak risaunya. Yer la kan? Kalau jadi kat aku pun stress juga jiwa raga.

"Tapi ada insurans kan? At least insurans cover, tak la teruk sangat bawa keluar duit tu."

"Ha,ah nasib baik boleh claim insurans. Kalau tak kopak juga la duit aku ni."

Soalan berbasa basi. Biasanya kalau accident kereta, insyaAllah memang insurans akan cover. Cuma kena keluarkan duit dulu. Pay and claim.

"Insurans ni memang penting bro. Itu baru kereta. Kita dah rasa cuak sangat. Kalau melibatkan nyawa? Lagi tak tahulah nak cakap. Bro dah ada life insurans?"

"Errr... Err.. Hmmm... Belum!"

Lambat-lambat dijawabnya. Biasalah, mungkin terkena pada batang hidung sendiri, rasa terpukul juga. Tapi don't worry, soalan aku bukan untuk menguji, sekadar ingin tahu.

"Boleh tolong buat plan insurans Takaful ni kat aku? Aku kena start buat dari sekarang la bro!"

Belum sempat aku menjawab, beliau dah memintas. Alhamdulillah. Kesedaran itu timbul juga setelah sesuatu berlaku pada diri. Bukan kita meminta sesuatu yang tidak dingini berlaku, tetapi inilah langkah persediaan yang kita perlu buat. Dari sekarang. Tak dinafikan ramai di antara kita semua memiliki kereta dan merenew roadtax besertakan insurans setahun sekali.

Ya keluarkan duit untuk perlindungan kereta yang disayangi. Saya berani jamin, ramai yang punya kereta sendiri masih belum ada perlindungan Insuran/Takaful untuk diri sendiri.

InsyaAllah saya sebagai Perunding Takaful, untuk membantu kalian. Menyalur, menggandakan, menyelamatkan duit anda di saat tidak diduga. Tiada sesiapa pun mahu musibah. Tetapi adakah kita mampu meramalkan musibah yang datang melanda? Apa persediaan kita untuk hadapinya?

Tepuk dada, tanya hati dan minda. Boleh hubungi saya di nombor yang tertera di bawah. InsyaAllah kita boleh sembang, dan boleh tanya sampai kalian faham.




TEMUI SAYA DI SINI:

Hami Asraff Bin Ab. Halim 
Perunding Takaful
Prudential BSN Takaful
+6019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call) 
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com
Instagram: hamiasraff 
WeChat: hami_asraff

Friday, May 22, 2015

Rindu Saat Lalu






Plaza Metro Kajang, Plaza Antarabangsa bak kata member gua. Mahu tidaknya kalau pergi sana nak jumpa muka orang Melayu bukan main susah. Semua wajah-wajah "Antarabangsa" yang kelihatan. Muka Mat Bangladesh, muka Mat Mynmar, muka Mat Indonesia dan sewaktu dengannya. Saja singgah tadi sebab dah lama tak singgah. 

Aku rasa last time datang sini time kerja Project Engineer dulu. Jaga site dekat area Prima Saujana. Mengular pergi tengok wayang dengan member gua. Haha teruk kan perangai? So jangan ikut naa kerja tak murni ni adik-adik. 

Okey sebenarnya nak cerita pasal lain. Tujuan singgah dan bersiar-siar dalam Plaza Antarabangsa ni sebab nak tunggu member aku. Dia nak jumpa pukul 5.00 petang. Sekarang pukul 3.00 petang. Aku ada 2 jam nak membuang masa. Semuanya bermula bila member WhatsApp minggu lepas. 

"Salam bro. Lama gila tak jumpa ko. Jom lepak. Ada benda nak sembang." 

Aku ambil masa seminggu baru nak reply. Haha. Sebab hari ni baru rasa free. Kalau mesej macam tu mesti ada benda nak luahkan perasaan. So okeylah. Lama tak lepak dengan member aku tu. Awie nama diberi. 

"Okey Awie lepas asar jumpa tempat biasa. Lama tak pekena nasi goreng udang situ weh!" 

Tempat biasa, port yang akan lepak selepas seharian stress kerja di site, selepas seharian kena tiaw, so tempat biasa ni lah yang akan jadi port untuk lepak sambil story mory ambil angin petang. Syahdu weh. Kedai tepi jalan bawah pokok. Makanan best. Tambah nasi goreng udang dia. Pergh marvelous! Sampai sekarang terasa udang di kerongkong. Haha over. 

"Hang apa cerita Awie?" 

Sebuah soalan terpancul sambil menyantap nasi goreng udang sama teh o ais limau. 

"Apa ceritanya? Macam ni la aku Hami. Kerja site, macam ni je la. Tak ada apa-apa yang baru."

Soalan sekadar berbasa basi. 

 "Eh bukan hang dah nak kahwin ke?"

 "Hah ni jumpa ko ni aku nak bagi kad kahwin la!" 

Oh makin nampak agenda utama sebab apa mamat ni beriya-iya nak jumpa aku. Baguslah dah nak kahwin. Mempercepatkan sunnah Rasulullah SAW. Dia orang Kelantan. Bakal wife dia pun Kelantan juga. So memang kenalah. Dari satu topik ke satu topik yang lain. Penyembangan banyak menyentuh hal-hal kerjaya. Buat throwback masa aku kerja site dulu. Biasalah kerja site ni ramai yang tak bertahan lama. Mesti blah punya cari kerja lain. Contoh terdekat adalah aku. Haha. Tapi si Awie ni lain. Seorang yang tabah dan kental. Gila kentang, tahan dimaki. Memang gua salute la lu bro! 

"Ko bila lagi Hami?" 

 Aku dah agak dah soalan ni akan ditanya. 

"Bila apanya?" 

 Taktik. Standard. Soalan dibalas soalan adalah satu cara untuk mengelak. Haha. 

"Ah sudah la weh. Tak payah dok buat tak paham." 

"Haha. Takpa aku bagi hang kahwin dulu." 

 "Tapi kan Hami, sebenarnya aku ni cuak jugak nak kahwin." 

"Awat nak cuak pulak? Kahwin je pun. Hahaha!" 

Tak sangka. Boleh keluar macam tu dari mulut aku. Paling amazing. Hang silap banyak la Awie dok cerita masalah kahwin dengan aku yang belum kahwin. Confirm confirm cadangan boleh guna 10% dari 100%. Tapi tak kata kat siapa la kan? Kahwin kot. Bukan benda yang boleh dibuat main. Kena perlengkapkan diri dari segala serbi. Bukan main bedal je. 

 "Yer la Hami. Macam-macam aku fikir. Nak jadi seorang suami bukan senang." 

Aku akur. Memang betul. Tanggungjawab membimbing, tanggungjawab meneladani, suami terletak di bahu sang suami setelah termeterai ikatan perkahwinan. Semua dosa isteri suami akan tanggung. Bukan boleh dibuat main woi! 

"Macam ni la Awie, aku rasa hang ni terlalu banyak pikiaq ni. You have to be cool. Majlis kahwin hang lebih kurang 2 minggu saja lagi kan? So hang kena fokus apa yang patut hang fokus. Yang lain hang tolak tepi dulu." 

 Macam biasalah, bab bagi cadangan kat orang memang mengalah pakar motivasi la kan aku ni. Tapi kalau kena kat batang hidung sendiri boleh tahan mengelabah juga. 

 Aku tambah lagi, 

"Macam ni la Awie, hang imagine. Dari zaman hang sekolah sampai sekarang, dah berapa banyak masalah yang hang dah berjaya harungi? Banyak kan? Dan time masalah tu datang, rasa macam kelam dunia, lost everything. Tapi at last settle juga problem kan? Hidup kita memang macam ni Awie. Rileks je." 

Awie mengangguk faham. Aku harap dia betul-betul faham. So penyembangan kami berakhir di situ. Masa on the way balik rumah, terlayan lagu "See You Again". 

 "It's been a long day without you, my friend.
And I'll tell you all about it when I see you again.
We've come a long way from where we began.
Oh, I'll tell you all about it when I see you again.
When I see you again." 

Lirik lagu ni memang meaningful. Cepat gila masa berlalu. Macam-macam dah perubahan dalam hidup ini, dalam hidup orang lain dan dalam hidup semua. Sangat merindui saat-saat yang lalu. Tapi saat-saat itu terus berlalu bersama lagu. Terus hidup bersama kenangan. Yang dikenang sampai bila-bila. 

Tamat episod hidup untuk hari ini. Menunggu lakaran episod esok hari. Moga lakarannya seindah biasa. 




Hami Asraff:

Sejujur-jujurnya aku rindu gila nak membebel di sini. So ni kira macam sesi membalas dendam la. InsyaAllah "Abstrak Jiwa" akan sentiasa bernyawa selagi hayat masih ada.