Sunyi, Hidup dan Damai

June 18, 2023

 

Adakala sunyi itu mendamaikan.

Adakalanya sunyi itu bisa membunuh.

Kadang kita mahu sendiri.

Mahu buang segala sesak di dada.

Dan kadang juga sendiri itu terasa amat sunyi.

Jadi apa yang kita mahu sebenarnya?


Tatkala kita masih bingung dengan semuanya,

Kita perlahan-lahan mula sedar.

Yang hidup ini memerlukan sederhana.

Sederhana dalam semua benda.

Tak lebih, tak kurang.


Dan sebagai manusia,

Kita tidak selalu baik senantiasa.

Juga kita tidak akan jahat selama-lamanya.


Mengerti hal hidup,

Buat kita jadi lebih kuat.

Kuat dalam mengenal hakikat.

Walau kelat, tetap teguh.

Walau pahit, tetap utuh.


Buat hati,

Moga terus cekal.

Inilah kehidupannya.

Moga kita temui damai.

Damai yang tenang.

You Might Also Like

0 Comments

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe