Posts

Showing posts from February, 2012

Mencuba Bangun Lagi

Image
Aku jatuh lagi. Entah yang ke berapa kali. Seingat aku berkali-kali. Makin lali dengan semua ini.
Pelbagai rasa lagi yang perlu ditempuhi. Yang aku terima ini hanya sipi-sipi. Yang besar itu masih menanti.
Tetap cuba positifkan diri. Tetap teguh berdiri. Tetap beralaskan kaki sendiri. Di persada duniawi ini.
Doakan aku kembali. Kembali merebut segala yang dihujani. Untuk kesekian kali. Aku tetap redha dengan ujian Ilahi.


[04:34am]
[22.02.12]
[Shah Alam]



Hami Asraff:
"Makin dekat kita mendekati, makin kuat kita diuji."


Cemburu Yang Dipendam

Image
Assalamualaikum w.b.t

Menarik selimut meliputi tubuh badan. Malas. Badan seperti digam kuat dengan permukaan tilam. Bila dah nama malas, usah dipaksa berganjak dari tempat asal. Memang tidak berganjak. Ah! Kena lawan kuat kuat dengan malas ni. Kalau kau bagi muka pada'nya' memang kau akan tewas. Lemah terkulai.
Mukadimah yang bukan menunjukkan pada aku. Tapi pada kamu-kamu semua. Ye la, ye la aku sekali. Jadi mari kita muhasabah diri sama-sama.


*senyap sunyi seketika*


Okey dah cukup muhasabah diri tu baru hampa semua boleh sambung baca entri ini. Aku nak bercerita mengenai cemburu, jealous, envy dan yang sekutu di atas kepala dengannya. Bila aku sebut cemburu masing-masing dok pikiaq dalam kepala cemburu dengan sang kekasih, jealous dengan sang kekasih, envy dengan sang kekasih. Apa la hampa ni. Cuba la pikiaq jauh dari ruang lingkup tu sikit.
Jadi aku tak mahu fokus sangat tentang cemburu dengan kekasih tidak halal tu. Apa yang aku nak cerita ni lebih kepada cemburu yang bai…

Mimpi Menongkah Awan Di Langit

Image
Assalamualaikum w.b.t
"Tidak salah untuk bermimpi. Sekurang-kurangnya kita yakin setiap daripada kita punya impian yang tinggi untuk dilestari."
Bermimpi di siang hari. Menyemai angan-angan yang tinggi. Kalau boleh mahu menggapai awan di langit. Menongkah atmosfera bumi. Mengejar bintang di kejauhan. Jika tidak dapat bintang, mungkin boleh mendarat di bulan.
Fantasi sungguh bila bermimpi. Nama pun bermimpi. Jadi pilihlah jalan cerita yang mana satu untuk dibawa ke alam mimpi. Jika ada kelebihan memilih begitu, alangkah indahnya. Mahu saja bermimpi kahwin anak raja misalnya. Ah, cukup-cukuplah dengan mimpi tu. Kejut. Bangun. Dari mimpi.

23 Januari 2012, (3:00 pagi)
Tersentak dari tidur. Terasa seperti kepenatan. Tercunggap-cunggap. Aku bermimpi apa tadi? Aneh. Tak pernah rasa mimpi begitu.
Lantas aku capai telefon bimbit dan aku taip sesuatu;
"Jauh di atas langit. Di atas kepulan awan. Melihat ke bawah. Gayat. Sayup-sayup kelihatan. Sangat tinggi. Beribu-ribu kaki barangka…

Cerita Pendek Mengenai Ahad

Assalamualaikum w.b.t
Pagi-pagi aku dan ibu selalu tengok 'Tanyalah Ustaz' di TV9. Pagi ni tajuk pengisian, 'Uswah Hasanah'. Contoh teladan yang baik. Disampaikan oleh Dato' Hassan Din.
Tertarik pada salah satu pengisiannya. Beliau menceritakan bagaimana Bilal Bin Rabah diseksa apabila dibaringkan di atas padang pasir ketika bahang panas matahari. Diletakkan batu besar di atas dadanya. Tetapi iman dan takwanya tetap utuh dan menyebut kalimah:
Allah, Allah, Allah, ..... Ahad, Ahad, Ahad...
Ahad = Tuhan yang satu.
Dato' Hassan Din menambah lagi.
"Orang kita sekarang ni terbaring atas katil sambil peluk bantal peluk. Bila isteri kejut subuh..."
"Abang bangun bang, subuh!"
Si suami membalas,
"Ahad, Ahad, Ahad..."
Ahad = Hari cuti. Hari nak berehat.
Hahaha aku dan ibuku tergelak di situ. Kelakar. Tetapi memang ada kebenarannya. Jika berkesempatan, tengoklah 'Tanyalah Ustaz' ni. Bagus juga mengisi ruang pagi dalam mengutip ilmu A…

Kemuliaan Akhlak Nabi Muhammad SAW Yang Patut Dicontohi

Image
Assalamualaikum w.b.t
Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah. Aku tertarik pada satu kisah teladan Nabi teragung kita, Nabi Muhammad SAW. Memang banyak kisah teladan yang dapat dicontohi oleh baginda. Tapi aku mahu berkongsi kisah teladan yang satu ini. Mungkin ada yang pernah membaca atau terdengar di mana-mana tentang kisah teladan ini. Mungkin juga ada yang belum pernah baca. Jadi sama-samalah kita membacanya di bawah:



*********





Alkisah, hiduplah di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari ia lalui dengan selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. 
Setiap pagi Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati oran…

Anda Di Mata Orang Lain

Image
Assalamualaikum w.b.t
Terima sebuah cerita di kantung email. Sebuah kisah pedoman yang sangat bagus rasanya untuk aku berkongsi bersama di sini. Baca di bawah dulu. Nanti aku ulas.


***********



Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk. Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke…