Assalamualaikum w.b.t
Pagi-pagi aku dan ibu selalu tengok 'Tanyalah Ustaz' di TV9. Pagi ni tajuk pengisian, 'Uswah Hasanah'. Contoh teladan yang baik. Disampaikan oleh Dato' Hassan Din.
Tertarik pada salah satu pengisiannya. Beliau menceritakan bagaimana Bilal Bin Rabah diseksa apabila dibaringkan di atas padang pasir ketika bahang panas matahari. Diletakkan batu besar di atas dadanya. Tetapi iman dan takwanya tetap utuh dan menyebut kalimah:
Allah, Allah, Allah, ..... Ahad, Ahad, Ahad...
Ahad = Tuhan yang satu.
Dato' Hassan Din menambah lagi.
"Orang kita sekarang ni terbaring atas katil sambil peluk bantal peluk. Bila isteri kejut subuh..."
"Abang bangun bang, subuh!"
Si suami membalas,
"Ahad, Ahad, Ahad..."
Ahad = Hari cuti. Hari nak berehat.
Hahaha aku dan ibuku tergelak di situ. Kelakar. Tetapi memang ada kebenarannya. Jika berkesempatan, tengoklah 'Tanyalah Ustaz' ni. Bagus juga mengisi ruang pagi dalam mengutip ilmu Allah.
Hami Asraff:
"Allah senantiasa memberi peluang untuk dekatkan diri kita padaNya. Cuma kita sahaja jarang memberi peluang dekatkan diri pada Allah."
19 comments
Ironi disitu. Qarl bksempatan menonton The Message di TV Alhijrah mlm Ahad lepas. Ada part bilal diseksa tu, diletakkan batu yg besar kemudian bilal dimerdekakan oleh sahabat nabi.
Assalamualaikum Wbt
Tanyalah Ustaz..30minit bersama Ustaz Don dan beberapa rancangan soal jawab Agama walaupun santai sangat banyak manfaatnya..
memang kelakar.... dan sinis , kan. terkena batang hidung ramai
lec sye pn tgk~~ baca entry ni terus m'insafkan diri... Allah sntiasa ada bersama kte~~kte yg kadang jauh dr Allah...
yup betul itu, memang betul ahad hari cuti, tetapi solat mana ada cuti bagi orang lelaki muslim :)
HAHA. ahad ada dua makna. Tuhan yg satu dgn hari cuti ;D
ada betulnya kenyataan dato hassan ali tu..hehehhe
aku tgk tanyalah ustaz lewat mlm td kt tv9..sampai tetido hehe
@Qarl:
Oh siap ada lakonan lagi ek?
@nyanyisunyi:
Waalaikumussalam. Selalu tengok 30 Minit Bersama Ustaz Don kat youtube :)
@klcitizen cikgunormah:
Dan kadang-kadang terkena dekat batang hidung sendiri :D
@sea_lavender:
Moga ada keinsafan bersama :)
@Khairiz:
Tiada alasan meninggalkan solat walaupun ketika sakit (bagi lelaki) :)
@wanie mn:
Yang pertama lebih bermakna.
@JMR:
Tu la statement sinis yang bagus. Hehe.
@Mohd Khairi Khadzir:
Oh yang tu ulangan yang pagi kot.
tanyalah ustaz, pagi2 bukak tv mmg itu rncngn yg paling bgus..
"Allah senantiasa memberi peluang untuk dekatkan diri kita padaNya. Cuma kita sahaja jarang memberi peluang dekatkan diri pada Allah."
manusia mudah lalai..:(
jgan Hami sudah buat macam tu...hahaha..=)
Post a Comment
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman. Tetapi pastikan anda bukan seorang spammer ataupun cik anonymous yang tidak bertanggungjawab :)