Cemburu Yang Dipendam

by - February 17, 2012







Assalamualaikum w.b.t

Menarik selimut meliputi tubuh badan. Malas. Badan seperti digam kuat dengan permukaan tilam. Bila dah nama malas, usah dipaksa berganjak dari tempat asal. Memang tidak berganjak. Ah! Kena lawan kuat kuat dengan malas ni. Kalau kau bagi muka pada'nya' memang kau akan tewas. Lemah terkulai.

Mukadimah yang bukan menunjukkan pada aku. Tapi pada kamu-kamu semua. Ye la, ye la aku sekali. Jadi mari kita muhasabah diri sama-sama.



*senyap sunyi seketika*



Okey dah cukup muhasabah diri tu baru hampa semua boleh sambung baca entri ini. Aku nak bercerita mengenai cemburu, jealous, envy dan yang sekutu di atas kepala dengannya. Bila aku sebut cemburu masing-masing dok pikiaq dalam kepala cemburu dengan sang kekasih, jealous dengan sang kekasih, envy dengan sang kekasih. Apa la hampa ni. Cuba la pikiaq jauh dari ruang lingkup tu sikit.

Jadi aku tak mahu fokus sangat tentang cemburu dengan kekasih tidak halal tu. Apa yang aku nak cerita ni lebih kepada cemburu yang baik. Cemburu yang dipendam :)

Ada pulak la kan cemburu yang dipendam. Aku terspontan mencipta cemburu yang dipendam ni. Memandai-mandai. Itulah aku. Bab-bab tambah imbuhan, mengada-adakan ayat yang tidak sepatutnya tu memang cukup terer. Terer yang membawa kepada hancurnya bahasa. Harap kalian maafkan aku.

Setiap daripada kita ni tak boleh terlepaslah dari hadirnya rasa cemburu di benak hati dan minda. Sampai sekarang aku masih tak tahu cemburu itu hadir dari mana. Hati ke minda? Yang tau ia hadir dengan tiba-tiba. Ya kan? Oh sungguh subjektif jika mahu mengupas akan kehadiran rasa cemburu ni. Ada masa, kita cari di mana puncanya. Sekarang nak bercerita benda lain.

Bila orang tu lebih sikit dari kita in term of pelajaran misalnya, mulalah sesi monolog dalaman berlaku.

"Dia tu pandai dari aku. Tengok tak la study sangat pun. Tapi keluar result mesti highest. Oh cemburunya daku!"

Cemburu itu dipendam.

Apabila kenalan atau sahabat kita dapat isteri cantik.

"Perghh comel gila bini dia weh. Haih, dia biasa-biasa je. Cemburu gila kot!"

(Kalau perempuan, pandai-pandailah ubah ayat di atas kepada dapat suami yang hensem la ye)

Cemburu itu dipendam lagi.

Kejayaan kerjaya sahabat handai dan rakan raulan.


"Dia dah la kerja besar, kereta besar, rumah besar. Huih ni jeles aku pun besar jugak ni!"

Cemburu itu dipendam lagi dan lagi.



*********



Okey tarik nafas, hembus. (ulang 4x)

Sebagai manusia biasa, gejala itu adalah perkara biasa. Perasaan cemburu itu akan tumbuh juga walaupun dielak dengan jayanya. Cubalah elak macam mana pun pasti akan ada juga walaupun sekelumit kuman. Dari sekelumit kuman, tumbuh menjadi bakteria, dan makin membesar tumbuh hitam di pinggir hati. Lepas tu mulalah rasa iri hati dan hasad dengki. Okey jangan begitu.

Cemburu bersifat positif itu tidak ada salahnya. Malah digalakkan. Kekalkan rasa cemburu yang positif dengan tujuan menjadi pemangkin semangat untuk terus maju, berbudaya saing. Baru betul dengan rasa cemburu yang dipendam tu. Jadi tak ada salahnya untuk rasa cemburu itu. Tapi sikit-sikit sudah. Dan kalau rasa terfikir negatif, cepat-cepat positifkan diri. Ubah mindset. Boleh? Boleh kalau kita mahu.


Jodoh, maut, rezeki, qada dan qadar tu adalah tetapan Allah. Semua orang tahu rasanya. Tetapi setakat tahu saja tak cukup. Kena yakin dengan seyakinnya. Mungkin lambat sedikit dengan orang lain itu tidak bermakna kita lemah, kita tidak hebat, kita tidak beruntung. Allah dah sedia yang terbaik untuk kita semua. Cuma kita kena terus berusaha dan berusaha tanpa putus asa. InsyaAllah, jom berusaha!

Wassalam.

Hami Asraff:


"Kita perlu melihat sesuatu itu daripada pandangan orang lain sama. Kadangkala dari pandangan orang akan nampak apa yang kita tidak nampak."



You May Also Like

36 comments