Posts

Showing posts from 2009

Oh Sikap!

Image
(sebenarnya entri ini ditaip malam semalam. tapi hari ni baru publish )

Golek kot sini tak kena, golek kot sana pun tak kena. Aduyai ~ Entah kenapa malam ni rasa lebih hangat dari biasa ( macam agak familiar tagline ni ). Jam dindingku menunjukkan pukul 4.15 pagi. Okey aku tipu. Aku tak ada jam dinding. Again, jam di laptop aku sudah menunjukkan pukul 4.16 pagi ( seminit telah berlalu )


Banyak benda yang menyesak di minda. Banyak perkara bermain di layar mata. Banyak persoalan yang menanti jawapan yang tak kunjung tiba. Aku tak tahu kenapa. Anda tahu? Kalau tahu bagitahulah aku supaya aku yang tak tahu ini tahu. Oh stop it! Jangan memeningkan kepala aku lagi.


Aku rasa aku tahu ( lor ingatkan dah habis dah ). Sebelum memori di dalam kepala otak aku lupus begitu saja baik aku keluarkan di sini ( almaklumlah memori aku pakai 4 Tera Giga Bit je ) Adei ~


Bermula dalam bas. Seperti biasa kalau perjalanan siang menaiki bas aku perlukan bahan bacaan. Maka buku kesayangan aku ( siapa tahu ang…

Cerita

Image
Assalamualaikum w.b.t

Selamat hari selasa semua. Aku selamat sampai di bumi Shah Alam. Alhamdulillah. Aku menaiki bas sHAMIsha holiday. ( aku boldkan dekat HAMI tu. hehe ~ :-) ). InsyaALLAH lepas ni ingat nak naik bas siang la. Sampai-sampai je teringat akan sebuah cerita yang teringin nak bercerita di sini. Oh tak best pun cerita ini. Sungguh! Aku tidak memaksa engkorang membaca ya. So tak best jangan salahkan aku. ( bersiul ). Cerita-cerita yang bakal aku cerita ni mungkin bersangkut paut. Mungkin!


CERITA 1


Semalam, 28 Disember aku sempat menengok cerita sinetron di tv3. Eh sinetron ke apa entah. Yang pastinya cerita Indonesia. Ala, cerita dongeng yang bersiaran pukul 3.00 petang tu. Aiceh buat-buat tak tahu pulak, padahal kamu orang pertama *celapak depan tv tu. Tiap-tiap hari cerita ni. Semalam ceritanya bertajuk ' Manusia Ular Dan Kurcaci Alas Gendol '. Sumpah aku tak paham apakah yang dimaksudkan dengan kurcaci alas gendol tu. Kamu paham? Bagitau la aku. Oh cerita mereka m…

Pedihnya Sakaratul Maut

Image
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni ayahku menyelak kitab lamanya. Ada terjumpa keratan kertas. Cerita pendek. Ramai yang pernah terbaca atau mendengar pasal ini barangkali. Ceritanya berbunyi begini :

SETELAH Rasulullah S.A.W mendengar pengakuan Jibrail bahawa ALLAH S.W.T melarang para Nabi dan umatnya masuk syurga sebelum Baginda dan umatnya memasukinya, Nabi Muhammad berasa lega." Jika begitu baiklah, hatiku menjadi tenang dan bahagia sekarang. Wahai Malaikat Maut, silalah mencabut rohku, " kata Rasulullah S.A.W

Maka Malaikat Maut terus menghampiri Rasulullah S.A.W untuk mencabut nyawanya. Ketika roh dalam perjalanan keluar dari tengkoraknya, Rasulullah S.A.W bersabda : " Betapa sakit dan pedihnya sakaratul maut ini, ya Jibrail! "

Mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W itu, Jibrail memalingkan muka ke arah lain. Maka Rasulullah S.A.W bersabda : " Wahai Jibrail, mengapa kau memalingkan muka? Adakah seraut kebencian pada dirimu untuk melihat wajahku? "

Jibrail menjaw…

CANDID PHOTO CONTEST

Image
Assalamualaikum w.b.tBlog berjalan malam-malam. Maka terjumpa la contest ini. Sebelum ni dah terpandang dah. Tapi macam tak teruja sangat. Aku pun memasuki la owner blog yang menganjur peraduan ni iaitu Encik Halim Terdetik juga untuk menyertainya. Lagi pun tarikh tutup contest ni 31 Disember. Hari ni dah 28 Disember. Oh ada 3 hari lagi. Aku pun try la mencari gambar-gambar aku yang boleh dirasakan candid or spontan. Tak la banyak sangat gambar candid aku. Selalunya aku melakukan persediaan :-) and aku jumpa la gambar kat bawah ni.


Oh gambar ini memang aku tak bersedia. Sungguh! This picture was taken by my housemate, Mr. Ejan ( huih, again nama kamu masuk dalam blog aku ni. hehe ~ ). Dekat masjid Shah Alam pada bulan Ramadhan tahun lalu.

Siapa nak join cepat-cepat masuk blog Encik Halim ni. Okey, itu sahaja untuk kali ni.

Wassalam ~

Yang Mana Pilihan Anda?

Image
Assalamualaikum w.b.t

Adui ~ internet slow la malam-malam macam ni. Ya sekarang sudah malam. Dah pukul 11.45 malam. Biasa la tu, standard charted la kan? ( sudah lama aku tidak mengguna pakai ayat ini ). Okey, fine! Apabila manusia berpusu-pusu mengguna perkhidmatan Encik Internet ni.

Maka, dapat satu idea untuk mengepost entri ni. Oh internet! Nama yang begitu sinonim bertakhta di bibir setiap insan. Dunia hari ni kalau tak tahu apakah itu internet saja sangat la.

Daripada apa yang aku belajar internet bermaksud a global system of interconnected computer networks that use the standard Internet Protocol Suite (TCP/IP) to serve billions of users worldwide.

Ala, kalau bahasa kita ni jaringan maklumat yang disambungkan oleh komputer dan diguna pakai oleh berbilion manusia di dunia ni. Begitulah maksudnya lebih kurang.

Eh kenapa aku tiba-tiba mengstory pasal ni pulak. Hemm, sebenarnya nak kongsi pendapat serta pandangan dari pembaca mengenai internet yang digunakan oleh saudara/i selama ni. Se…

I Have Never Seen Durian Trees Like This

Image
Assalamualaikum w.b.t

Dapat email dari seorang sahabat. Tak pernahku lihat durian berbuah seperti ini sebelum ini. Tidak pasti pulak lokasi pokok durian berbuah ganjil ni sebab tidak dinyatakan dalam email. Anda pernah tengok? Tahu lokasinya? Beritahulah saya.
























Sedarlah!

Image
Assalamualaikum w.b.t

Aku perlu cerita benda ni. aku terpandang seorang hamba ALLAH di sebuah stesen minyak yang dirahsiakan sedang memakai topi yang kaler merah yang santa klaus pakai itu. Oh memang hamba ALLAH itu Melayu dan confirm beragama Islam.

Sedihnya melihat keadaan itu. Okey, sebagai seorang yang bergelar muslim dan muslimah kita diHARAMkan menyambut perayaan beragama. Again, HARAM. kalau hukumnya HARAM, sah-sah berdosa. Astaghfirullahalazim. Ampunkan dosa-dosa kami Ya ALLAH.

Eh saya pakai je pun. Saya tak sambut pun Hari Natal ni. Halo, kamu wish Hepy Krismas pun tak boleh, apatah lagi pakai pakaian mereka. Sedarlah wahai muslim dan muslimat sekalian. Bukan berkhutbah atau berceramah. Juga bukan nak bagitau yang ilmuku penuh di dada. Tidak sama sekali! Mengingati sesama ummat dan berpesan-pesan pada kebaikan.

Cubalah rujuk kepada ustaz atau ustazah atau sesiapa yang arif pasal hukum hakam agama ni. Kalau kita menyambut perayaan seperti Tahun Baru Cina tak mengapa sebab ianya ad…

penang vs shah alam

Image
assalamualaikum w.b.t

selamat malam semua. selalunya selamat malam diucap untuk mengakhiri sesuatu perbualan ataupun pengakhiran sesuatu penganjuran, tetapi aku mengucapkan pada mukadimah perbicaraan. ( skemanya ayat ku ini ).

hari minggu yang lepas aku telah mengunjung bumi penang yang telah lama aku tinggalkan. rindu nan membara apabila terpandang sebuah bangunan yang tersergam indah di pinggir kota permatang pauh ( kotakah? wallahu'alam ). sejurus terpandang bangunan yang tersergam indah tadi, terus aku di hanyut oleh khayalan-khayalan lalu. aku seperti di bawa oleh relung masa dan terus membawaku yang separa sedar ini ke tahun yang tidak berapa jauh dari tahun ini. 2003. di sini lah bermula episod perjalanan seorang insan yang bernama HAMI ASRAFF

inilah bangunan yang dimaksudkan. uitm penang di hatiku. 2003 adalah saksi segala-galanya. saksi apakah? dengan ini aku akan membongkarkan kisah yang berlaku di uitm penang ini. biar mereka di luar sana tahu. biar semua tahu. biar satu d…

cerita yang dah orang lain cerita

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin aku dah terlambat untuk melakukan entri ini. Rasanya ramai sudah blogger di luar sana telah meng'comment' pasal cerita ini. Adei ~ terlambat lagi aku ini. Biar janji aku akan menyempurnakan jua tugas yang tak berbayar ni. Okey, fine!Straight to the point. Dulu dalam entri aku pernah mengemukakan pasal sebuah ceritera iaitu pasal 'Benda Ini'. Tapi first 'Benda Ini' aku tak bagitau. Ok sikalang aku bagitau.

Drama Nur Kasih. Ceh sudah ramai la dah tulis pasal cerita yang paling dapat sambutan ni. Rasa-rasanya dah tak ada orang nak baca aku tulis ni. Aduyai ~ Tak pa, aku cuba tabahkan hati jua menulis tentangnya. Ni dari perspektif dan pandangan oblik aku la. Tiada dipengaruhi oleh anasir-anasir luar untuk menyarankan aku berbuat ini.

Okey, first thing first aku syabas untuk Khabir Bhatia dan Mira Mustaffa ( isteri beliau dan orang yang bertanggungjawab sebagai penulis skrip ). Gabungan pasangan suami isteri ini memang menjadi. Menghasilk…

DIRIKU JUA MENJADI PILIHAN

Image
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T


DENGAN INI SECARA RASMI DIMAKLUMKAN NAMA BLOGKU INI TELAH DITUKARKAN KEPADA NAMAKU SENDIRI. SETELAH DITILIK, DITELITI, DIFIKIRIN NAMAKU INI BERSESUAIAN KERANA AKU TETAP AKU ( ENTAH APA-APA! )

AGAIN, BLOG INI DIJADIKAN SEBAGAI MEDIUM AKU MELUAHKAN APA YANG TERBUKU TEKS DI HATI, APA YANG BERLAKU TENTANG DUNIA HARI INI, APA YANG BERLAKU PASAL DIRI YANG KERDIL INI, APA YANG TERLINTAS DI MINDA KURNIAAN ILLAHI DAN APA SAHAJA YANG DIRASAKAN PERLU DIKONGSI.

SEGALA ILMU, PERKONGSIAN IDEA SANGAT-SANGAT DIPERLUKAN. BERILAH MANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN. TEGURLAH DIRI INI KETIKA ALPA DAN LEKA. SAMA-SAMA KITA TERUS MENGORAK LANGKAH MENUJU KEJAYAAN HAKIKI DI PENGHUJUNG SEGALA DESTINASI YANG KEKAL ABADI.

" SEBAIK-BAIK KAMU IALAH ORANG YANG TIDAK MENINGGALKAN AKHIRAT KERANA DUNIANYA DAN TIDAK MENINGGALKAN DUNIA KERANA AKHIRATNYA DAN TIDAK BERSUSAH PAYAH HANYA KERANA MANUSIA ( BUKAN KERANA ALLAH ) " - { RIWAYAT AL-KHATIB }

WASSALAM~

p/s : my new ym id :hami_as…

MIKHAIL

Image
Assalamualaikum w.b.t


Aku ingin menceritakan sesuatu. Sesuatu yang menarik perhatian aku untuk menceritakan ia. Tajuk entri aku kali ni ' MIKHAIL '. Kenapa MIKHAIL? Siapa MIKHAIL? Terlebih dahulu nak beritahu, MIKHAIL yang bakal aku cerita ni dipetik dari sebuah buku hasil tulisan Ramlee Awang Murshid, novelis thriller no. 1 Malaysia. Kisahnya memang benar berlaku.


MIKHAIL - Bukan sekadar sebuah nama. Sengaja menggunakan nama orang Russia agar negara Blok Komunis itu dipersalahkan pada setiap perbuatan jahat yang dilakukan di sebelah negara-negara Asia. Sama seperti 'Megabill' - pemalsuan wang dolar Amerika secara meluas. Korea Utara dituduh melakukannya. Walhal ia agenda memburuk-burukkan negara itu kerana kedegilan menghentikan projek nuklearnya.


Begitu juga dengan negara Iran, alasan dicari untuk menghentikan projek nuklearnya yang didakwa melanggar peraturan dunia. Induk utama kesatuan ini tidak diketahui pusat operasinya. Ia hanya berselindung di sebalik nama. Rangka…

Menyesal

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia


Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu




Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela


Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

p/s : lagu ini langsung tiada kena mengena dengan diriku. cuma tersuka secara tiba-tiba. hehe~

sila klik di sini



setiap yang bermula...

Image
assalamualaikum w.b.t


sila klik di sini


lama betol aku tidak mengembara ke laman sosial friendster. kelmarin baru bukak. waa berwajah baru beliau. ni la satu-satunya laman sosial yang aku ada pun. ya la semua dah beralih ke facebook yang menjadi kegilaan ramai ( aku juga turut tidak ketinggalan suatu ketika dahulu ).

ceh ramai yang kata apa barang fs, fb baru layan. adoi~ betul-betul tak hapdate kat aku ni. biar la, janji haku hepy ( lalala ~ ) eh wey hari ni dah 1 Muharram pun. bersamaan 1431 H. adoi~ pantasnya masa berlalu meninggalkan kita. diriku masih lena diulit mimpi. mereka di luar sudah pantas meninggalinku ( mix indonesia ). alpa + lupa terus membelenggu jiwa. amalan masih belum sempurna, masih belum cukup, masih banyak yang perlu diperbaiki. sempatkah?


teringat sebuah lagu yang meruntun hati dan sanubariku lagi. kat bawah ni lagu tersebut. hayati bait-bait lirik yang dituju khas untuk kita semua

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick







bagaimana kau merasa bangga

akan dunia yg sementara

b…

Hantu Melayu

Image
assalamualaikum w.b.t

huih dah lama aku 'mengignore' blogku ini. ya la dok rumah kan, standet charted la kalau tak ada internet. so cuti ni macam biasa la. lepak ja keja. dalam pada itu sempat juga la aku melayan tv show yang terbengkalai untuk dilayan sebelum ni. ceh kalau tak sempat tu tipu sangat la kan?tv show ni actually dah lama dihidangkan di 8tv. tapi aku ja yang baru layan. ceh tak up too date betul la. biar la, yang penting aku dah habis tengok cerita ini. iaitu 'Ghost'. season 1 & 2 lagi.





macam biasa la aku ni, kalau tengok satu2 cerita tu kalau tak komen tak sah la. hehe ~ :-) bagi aku la cerita ni 'tak jahat' or 'not bad' at all. aku suka cerita yang berbentuk macam ni. mengajak penonton untuk berfikir and be creative. yeke? bagi aku la. masa aku tengok season 1 dulu aku memang puas hati. now season 2 pun dah habis. gua bagi 4 bintang la untuk tv show ni. tahniah untuk pengarahnya ( aku tak tahu siapa ). harap diteruskan lagi cerita berun…

Relevankah?

Image
Assalamualaikum W.B.T Selamat hari Khamis diucapkan! :-) Dah 2 minggu aku menglepakkan diri di rumah. Macam biasalah kegiatan yang dilakukan. Bangun tidur, makan, tengok tv, mentelaah (kunun), keluar jalan2. Macam sekarang ni pun aku dekat cyber cafe. Dah gian kot nak update blog. Hehe~ :-D Ada 1 cerita yang menarik perhatian aku untuk dikongsi di sini. Ceritanya bermula malam tadi aku tertonton sebuah rancangan lawak kat TV3 iaitu Bang Bang Boom! Ala rancangan yang prank orang tuh. Tak apa la, aku layan macam biasa. Sampai kat yang pekena artis. Artis yang terlibat malam tadi ialah Juara Gadis Melayu Musim Ke2. Dikategori artiskah? Selebriti la kot. Bukan nak cerita pasal dia kena prank ke apa. Tak pernah tengok pun rancangan ni. Tup2 dah ada pemenang. Fiqa kot nama pemenangnya ( minta maaf kalau silap ). Alhamdulillah, dari raut wajah memang gadis Melayu yang muslimah. Tapi yang menjadi kemusykilan di saraf mindaku ialah finalis gadis Melayu yang lain. Tak payah sebut kot. Nak sebut ju…

Untitled!

Image
Di mulakan dengan 'Hadapi Dengan Senyuman'. Sebenarnya aku dah bersiap-siap nak balik dah. Tapi hujan mengalami kelebatan di luar sana, so apa lagi aku try la buat sesuatu kat blog aku ni. Hehe~ Picture ini ditangkap dekat pantai yang aku tidak ketahui namanya tahun lepas. Dekat Terengganu. Aku masukkan lirik lagu yang aku suka. Kena la dengan aku yang tengah senyum time tu. Hmmm... ( tengah senyum )





Aku pakai masuk picture-picture ni secara rawak ja. So inilah picture aku bersama ABC, jus epal, teh ais dan air kaler biru tu tak tau nama ni.





Bersama ABC gua. makan kat Bintang Sidewalk. Eh ABC orang makan ke minum ek?




Bersama gadis-gadis engine. They're my classmate.





Tengah berlakon time ni. Nampak dak senyum yang buat-buat tu? Heh~




Hmmm....




My Huayu group's members




No motif at all...




My laptop and me.




The journey just begins...



Masjid kristal ( without edit )


So that's all my randomly pictures. Entah apa-apakan? Huhu~ Biaslah i have no idea wanna story about. Actually banyak…