Posts

Showing posts from May, 2011

Kerinduan Terus Menyapa

Image
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan lancar. Majlis perkahwinan abang keduaku berjalan dengan sempurna walaupun ada kekurangan di sana sini. Dan rasa sedih jugak tidak berada lama di kampung halaman. Ada tugas yang diamanahkan perlu digalas. Sekarang sudah pun berada di bumi Shah Alam.
Wajah ibu ditatap lama. Wajah itu menyimpan segala gelodak rasa. Sukar ditafsir dan diramal. Menunggu masa dan ketika sahaja untuk dihamburkan. Waktu kenduri, ramai sanak-saudara bertandang. Mungkin kesunyian itu tidak terasa mana. Tetapi sebaik sahaja semuanya melangkah pulang, pasti sesuatu perasaan terus selubungi jiwa. Sunyi dan hening.
Waktu ini hanya aku dan ibu sahaja. Tiba-tiba ibu bersuara,
"Kadang-kadang rasa macam tak percaya ayah dah pergi, selalu kita tau yang ayah pergi mana-mana mesti balik. Ni dah tak balik. Pergi yang tak kembali."
Mata mak berkaca. Hati dan diri terus rasa hiba. Ya Allah kalau aku rindu pada arwah ayahku, ibuku berkali ganda rindu pada su…

Terima Kasih Atas Pengakuan Jujur Anda Walaupun Tanpa Dipinta

Image
Assalamualaikum w.b.t
Kaki masih belum sembuh sepenuhnya lagi. Tak ramai yang tahu. Sesiapa yang ada terbaca di Twitter dan Facebook aku barangkali tahu apa kena dengan kaki aku. Masih sakit apabila solat. Ambil masa untuk sembuh. InsyaAllah.
Rentetan daripada entri sebelum ini iaitu 'Quote' Itu Adalah Nukilan Spontanku Sekiranya Tiada Nama Penciptanya, ingatkan habis di situ. Secara jujurnya entri itu tidak ditujukan kepada sesiapa pun. Pandangan umum. Untuk sesiapa sahaja. Untuk semua blogger yang tersangat sayang akan karya masing-masing. Tiada cetak rompak.
Sehingga semalam. Dapat satu mesej dari kamar inbox Facebookku. Agak panjang. Mesejnya berbunyi begini :

Salam perkenalan.
Saudara hami asraff yang aku kagumi. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah. Aku baru habis menyelami maksud entri yang paling latest di blog kamu. Aku tersedak. Terkedu juga. Dan banyak lagi ter dan ter dan ter. Ya Allah, apa aku dah buat. Copy nukilan orang lain untuk kegunaan sendiri. Teruknya aku. Sen…

'Quotes' Itu Adalah Nukilan Spontanku Sekiranya Tiada Nama Penciptanya

Image
Assalamualaikum w.b.t

Hujan lebat membasahi bumi Shah Alam ketika ini. Guruh berdentum kuat. Kilat sabung menyabung. Alhamdulillah hujan rahmat barangkali. Setelah beberapa minggu yang panas berpanjangan.
Coretan sebuah episod perjalanan diteruskan. Masakan boleh terhenti di persimpangan. Perjuangan harus diteruskan dalam meniti kejayaan. Tampak mudah apabila diungkapkan. Begitu lancar apabila dimadahkan. Tetapi hati dan diri sendiri yang merasa jerih perih. Biasalah kan, mana ada perjuangan yang senang. Yang mudah ditangkis. Tak ada punyalah.
Tiada apa sangat untuk coretan kali ini. Cuma ingin memaklumkan kepada pembaca sesuatu. Bukan bertujuan mahu menunjuk-nunjuk. Apatah lagi bersifat bangga. Tidak. Cuma mahu melunaskan sebuah hak dalam berkarya.
Tak perlu pening-pening.
Begini, kalau ada yang mengikuti perjalanan entriku di blog ini, follow di Twitterku, di Facebookku, pasti perasan apa yang sedang aku keutarakan.
Masih tak faham?
Aku suka 'quotes'. Suka sangat. Ataupun Bahasa Me…

Cerpen Untuk Ayahanda Tercinta (Ditulis Oleh Kakakku) [Part 3]

Assalamualaikum w.b.tLama tidak mencoret coretan yang sebetul-betulnya. Mood kehilangan masih terasa. Di bawah kesinambungan dari Rentetan Pemergian Ayahanda Tercinta Menghadap Ilahi. Boleh rujuk di sini untuk Part 1 dan Part 2.Dan cerpen dibawah 100% ditulis oleh kakakku. Puan Hamilia Ab. Halim.Ada persamaan daripada penceritaanku. Tetapi dari pandangan dan situasi yang beliau alami sendiri. Agak panjang. Luangkan sedikit masa untuk membaca. Sekiranya kelapangan.
Ab. Halim Bin Md. Diah (16/12/1949-17/04/2011)Ayah, kami semua (mak, kak, adik ap, bangcik, bangteh, atan dan adik) sangat merindui mu. Semoga ayah tenang di sana. Semoga roh ayah dicucuri rahmat Yang Maha Esa dan ditempatkan bersama roh mereka yang beriman. Hanya doa kudus kami mengiringi ayah sebagai tanda cinta dan kasih kami yang tidak terhingga buat mu.Ayah dilahirkan pada 16/12/1949 di Kg Titi Bom yang selepas itu ditukarkan kepada nama Kg. Berjaya Guar Dalam. Ayah seorang anak yang sangat taat kepada ibunya dan tidak p…

Rintihanku

Image
Jauh perjalananTelah ku jelajahiMembawa seribu impianBerbekal pengalamanMampukah aku melangkahMenuju satu daerahMasihkah ada sinar yang menantiMasa dijanji pasti tibaKu kan dijemput ke sanaBimbang langkahku terhentiKu terpaut di persimpanganTak inginku mengingatiDetik hitam semalamTinggallah semua menjadi kenanganKerana MU kan ku gagahiUntuk terus sisa hidup iniBiar ku tebus segala dosaSelagi jasad bernyawaLeraikanlah resah hatikuPadaku hanya ENGKAU yang SatuBelum pernahku terasa hebatnya cintaMUSesungguhnya ENGKAU mengertiApa tersirat di dalam diriKu pohon rasa kasih yang abadiJujur ikhlaskah diri iniMenyintaiMU sepenuh hatiAtaukah sekadar bila di ujiRahmat dan kasih tiada sempadanBiarpun jiwa dalam kelalaianDihasut dengan pelbagai godaan..