Kerinduan Terus Menyapa
May 30, 2011Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan lancar. Majlis perkahwinan abang keduaku berjalan dengan sempurna walaupun ada kekurangan di sana sini. Dan rasa sedih jugak tidak berada lama di kampung halaman. Ada tugas yang diamanahkan perlu digalas. Sekarang sudah pun berada di bumi Shah Alam.
Wajah ibu ditatap lama. Wajah itu menyimpan segala gelodak rasa. Sukar ditafsir dan diramal. Menunggu masa dan ketika sahaja untuk dihamburkan. Waktu kenduri, ramai sanak-saudara bertandang. Mungkin kesunyian itu tidak terasa mana. Tetapi sebaik sahaja semuanya melangkah pulang, pasti sesuatu perasaan terus selubungi jiwa. Sunyi dan hening.
Waktu ini hanya aku dan ibu sahaja. Tiba-tiba ibu bersuara,
"Kadang-kadang rasa macam tak percaya ayah dah pergi, selalu kita tau yang ayah pergi mana-mana mesti balik. Ni dah tak balik. Pergi yang tak kembali."
Mata mak berkaca. Hati dan diri terus rasa hiba. Ya Allah kalau aku rindu pada arwah ayahku, ibuku berkali ganda rindu pada suaminya.
Aku terus peluk ibu. Ibu seorang yang kuat.
Al-fatihah.
Hami Asraff :
1. Doakan aku terus melangkah dengan perjuangan yang masih beribu batu ini.
2. Beberapa hari yang lepas termimpikan arwah ayah.
3. Entri terpendek pernah dihasilkan.
31 Comments
teruskan perjuangan bro!
ReplyDeletesemoga ibu abang hami terus tabah dan sihat :)
kalau kita sayangkan seseorang, memang kita akan sentiasa teringat kat dia walaupon dia dah pegi tak kembali.....
ReplyDeleteal-fatihah...ya allah....tersentuh hati ni...moga roh ayah abg hami dan juga umat islam yang lain tenang di sana..insyaallah...
ReplyDeleteSy doakan hami & keluarga dipinjamkan kekuatan oleh-Nya untuk menempuh perjalanan yg singkat ini..hami & adek beradek perlu kuat supaya ibu hami boleh menumpang kekuatan kalian..
ReplyDelete"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar cahaya mentari. Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi." (^_^)
assalamualaikum..sabar dan redha dengan ketentuan allah..insyaallah pasti ada hikmah disebaliknya..
ReplyDeleteT_T
ReplyDeletealfatihah...stp yg berlaku ada hikmahnya.setelah perginya ayah anda dijemput Ilahi, kini hadir pula ahli baru dlm keluarga anda.
ReplyDeletesemoga tabah menghadapi dugaan hidup..setiap sesuatu pasti ade hikmah..insyaallah..
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesebak baca entri..skunk giliran awak..esok lusa orang lain pula..sabar la..redha kan pemergiannya agar arwah tenang di sana..takziah utk sekeluarga
ibu kamu ada kamu sebagai penguat semangat dia..
ReplyDeleteKekuatan ibu diperoleh jua daripada sentuhan dan kekuatan anak-anaknya.
ReplyDeleteTerharu.
Moga Allah memberikan perlindungan dan kekuatan untuk Hami Asraff sekeluarga.
Jua diharapkan kejayaan menanti dirimu kelak.
Amin Ya Rabbal A'lamin.
Hami, terus kuatkan semangat. Kami juga merindu entri dari Hami. Yang pergi takkan kembali. Hami perlu kuat agar emak hami kuat juga. Pengorbanan seorang anak.
ReplyDeleterindu itu takkan pernah surut. sentiasa berkembang.... doakan roh nye di tempatkan bersama insan yang soleh....
ReplyDeletemoga ibu anda terus tabah dan cekal hatinya....
malam akan berakhir, hari akan berganti.
ReplyDeletetakdir hidup akan dijalani. semoga sdr dan keluarga lebih tabah menjalani rencana yang telah disusun oleh-Nya. sesungguhnya ia adalah rencana terbaik dr-Nya.
sampaikan salam assalamu'alaikum buat ibu sdr. semoga beliau tabah dan sesungguhnya beliau adalah wanita yg kuat.
semoga rohnya diempat di kalangan mereka yang beriman..redha dengan semua ini
ReplyDeleteSalam Hami.. saya setuju dengan greenApple, Hami mesti kuat ya...
ReplyDelete“Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). ” - Hadis riwayat Imam Bukhari
ReplyDeletesabar bro sabar..
ReplyDelete@FATIN SYAHIRA RAMLI:
ReplyDeleteYeah perjuangan ini memang akan diteruskan walau sesukar mana pun. Thanks.
@Siti Safiyyah:
Sayang itu takkan hilang pada orang yang membesarkan kita.
@WNfWI @ Zie:
Itu yang diperlukan. Terima kasih.
@madihah:
Terima kasih.
@nurulizzaty_1403:
Memang sedang meraih kekuatan itu.
@[z@ck]:
(",)
@@kM@LL:
Mungkin itu hikmahnya.
@ViOlEt:
InsyaAllah.
@Nur Hawa Mohd Zin:
Benar. Setiap orang pasti akan merasai saat perpisahan ini.
@AtieAbid:
Moga begitulah hendaknya.
@niesa:
Terima kasih.
@GreenAppleKu.com:
Rindu mahu menulis seperti dulu-dulu.
@khaizarien: Rindu itu takkan hilang.
@cHocOLoVer: Suratan takdir telah tertulis sebegitu.
@Wan Gerrard:
Yeah saya redha. InsyaAllah.
@Phoenix:
Sentiasa mencuba menjadi kuat.
@amehalim:
Betul tu kak.
@NomborSebelas:
Hanya itu saja yang aku mampu bro.
salam.Al-Fatihah
ReplyDeletegenap 30 hari arwah ayah sy meninggal.kerinduan kdg2 menguatkan kita, semoga tabah :)
Berdoalah, kita pun sedang berjalan ke arah yang sama. Moga Allah redha...
ReplyDeletekuatkan semangat duhai teman...
al-fatihah..
Anda sangat sangat merindui ayah anda :) Bersabarlah...
ReplyDeleteassalam hami asraff.. ^_^
ReplyDeletesaya ucpkan takziah ye atas pemergian ayahanda tercinta...
semoga terus tabah dan redha... ~
btw, ex-student uitm penang??
=)
skunk sambung mane? mesti dah berkerjaya tinggi kan? ;)
semoga terus kuat. tabahkan hati demi ibu tersayang.
ReplyDeletesalam.jom join a simple n easy ga kat my blog.tq... al-fatihah...
ReplyDeletesalam...tabah kan atie...allah sentiasa ada temanikita...
ReplyDeletesalam...tabah kan atie...allah sentiasa ada temanikita...
ReplyDeletesalam...abg hami just tabah kan hati...allah sentiasa ada temani kita..terus kan p'juangan anda..:-)
ReplyDeletehami, lama xjumpa bro...anyway, sedih sangat baca entri ni.sorri ternangis lak..i will appreciate my parents to the end of lives.
ReplyDeleteAl Fatihah~
ReplyDeletesalam,,,
ReplyDeletekte senasib,2taun lepas ayah sy telah pergi dan takkan pernah kembali lagi,,,sy fham prasaan hami asraff,,,sntiasa doakn dia kerana itu je yg mampu kte berikan,,,
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)