Terima Kasih Atas Pengakuan Jujur Anda Walaupun Tanpa Dipinta
May 23, 2011Assalamualaikum w.b.t
Kaki masih belum sembuh sepenuhnya lagi. Tak ramai yang tahu. Sesiapa yang ada terbaca di Twitter dan Facebook aku barangkali tahu apa kena dengan kaki aku. Masih sakit apabila solat. Ambil masa untuk sembuh. InsyaAllah.
Rentetan daripada entri sebelum ini iaitu 'Quote' Itu Adalah Nukilan Spontanku Sekiranya Tiada Nama Penciptanya, ingatkan habis di situ. Secara jujurnya entri itu tidak ditujukan kepada sesiapa pun. Pandangan umum. Untuk sesiapa sahaja. Untuk semua blogger yang tersangat sayang akan karya masing-masing. Tiada cetak rompak.
Sehingga semalam. Dapat satu mesej dari kamar inbox Facebookku. Agak panjang. Mesejnya berbunyi begini :
Salam perkenalan.
Saudara hami asraff yang aku kagumi. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.
Aku baru habis menyelami maksud entri yang paling latest di blog kamu. Aku tersedak. Terkedu juga. Dan banyak lagi ter dan ter dan ter. Ya Allah, apa aku dah buat. Copy nukilan orang lain untuk kegunaan sendiri. Teruknya aku. Sengal sungguh aku. Hampes betul aku. Terasa berdosa pula.
Skang aku tersedar sendiri. Termalu sendiri. Malu sangat-sangat. Mujur kamu menegur. Tidak terpikir langsung yang empunya badan akan marah. Tidak teringat langsung yang itu adalah hak kamu, ish.. Yelah penat lelah kamu orang lain senang2 pegi rembat. Pegi tiru. Semudah ungkapan copy paste.
Justeru, aku mohon kemaafan dari kamu atas kesilapan aku. Keterlanjuran aku. Maaf sangat2. Aku juga mohon keampunan dari yang di atas sana atas kekhilafan aku. Mudah-mudahan.
Sebetulnya picisan yang kamu utarakan sangat bagus. Sedap. Segar. Sempoi. Entah kenapa aku pun tak tahu. Terkadang ataupun senang cerita selalunya quotes yang kamu lemparkan bersesuaian pula dengan situasi aku pada ketika aku sedang sedap mengcopy paste.
Betul. Tak tipu langsung. Tapi pasni aku tak buat dah. InsyaAllah, aku akan delete balik karya kamu yang aku copy ke fesbuk aku tu. Itu pengakuan jujur aku. Moga terungkai ketidak tenteraman hati ini. Moga aku beroleh ketenangan. Maaf lagi sekali.
Aku takde blog. Serius. Tapi suka baca blog orang. Salah satunya blog kamu. Kagum dengan kamu. Kagum dengan penulisan kamu. Karya kamu. Personaliti kamu. Karisma yang kamu miliki. Sesuai lah nama kamu Hami Asraff. Pakej lengkap kamu nih. Alhamdulillah. Sejuk perut ibu yang mengandungkan kamu. Lapang pusara ayah kamu dengan doa dan sedekah kamu. InsyaAllah.
Aku bukan sesiapa pun untuk kamu. Sekadar penjejak kamu dari alam maya. Alam siber. Alam berteknologi tinggi. Realitinya saling tidak mengenali. Jangan berhenti menulis. Jangan sekali-kali. Teruskan bekarya. Penjejak kamu di belakang sana ternanti-nantikan picisan kamu yang maha hebat itu.
Ok, itu sahaja. Izinkan aku mengundur diri. Moga bertemu lagi. Di alam maya ataupun realiti.
Wassalam.
Tamat.
Haih, aku pula yang terkedu dibuatnya. Siapa penghantar? Nama beliau dirahsiakan. Biarlah aku, dia dan Allah jua yang Mengetahui :)
Mari mari aku menjawab kembali kenyataan anda.
Saudara,
Tiada apa yang harus kamu kagumi tentang aku. Jangan kamu kagumi. Aku seperti kamu juga. Insan manusia seperti yang lain. Bezanya cuma aku menjadi blog ini sebagai medan curahan hati dan rasa. Kamu copy nukilanku, ketahuilah aku tidak marah. Sikit pun tak. Malah aku tersenyum lebar. Sebab? Alhamdulillah, ada yang terima karya aku yang tak seberapa sebagai tatapan mindanya. MasyaAllah, sikit pun aku tak jangka dan sangka. Dan kamu tidak sengal dan hampes. Jangan rasa bersalah :)
Mungkin kamu tersalah faham dengan entri itu. Tiada nada yang marah pun. Tidak sikit pun. Cuma entri itu untuk semuanya. Untuk sesiapa sahaja. Yang tahu dan faham betapa penat memerah keringat dan menaip, dan diambil oleh orang lain sebagai hak milik sendiri. Tidak adil bukan? Tapi kalau nak ambil jugak, terpulanglah. Kita mana boleh halang sesiapa untuk melakukan itu dan ini. Walaupun kadangkala apa yang dibuat itu salah. Faham bukan?
Kamu hulurkan kemaafan, aku sambut kemaafan itu. Lagipun perkara kecil saja. Tak makan hati pun. Malahan, aku respek dengan kejujuran kamu. Jujur memberitahu aku perkara yang sebenar. Itu sudah memadai. Lagipun tak elok simpan dalam hati. Kamu dah keluarkan di sini kira bagus sangat. Salute. Dan memang aku tersangat suka kata-kata hikmah. Bila hati dan diri dirundum kesedihan, kekusutan, kekecewaan, kata-kata hikmah itu dengan mudah dilontarkan. Memang kebanyakkannya mengenai situasi yang aku alami ketika itu. Terima kasih kerana sukakan kata-kata hikmah itu.
Kalau kata-kata itu memberi kesan pada diri sendiri, tulislah. Mungkin juga memberi kesan sedikit sebanyak kepada kawan-kawan Facebook kamu. Mungkin. Tetapi kalau boleh, kreditlah kata-kata itu untukku. Mungkin ada yang kata aku mahu nama. Buat aku gelak sendiri. Seperti yang aku kata di atas. Hormati karya orang lain. Tapi kalau kamu tak mahu kredit pun tiada masalah. Aku okey je. Tapi faham-faham sendiri kan?
Sekali lagi tiada apa yang harus dikagumi. Memang aku suka menulis dan bernukilan. Dan ini semua anugerah Ilahi kepadaku. Alhamdulillah. Syukur dengan pemberianNYA. Tetapi janganlah terlalu memuji. Aku tidak seperti yang kamu katakan. Malah jauh sekali. Aku sangat jahil tentang pelbagai perkara lagi. Aku masih seorang insan yang senantiasa membuat dosa. Aku masih seorang insan yang mengharap keampunanNYA. Aku juga masih seorang insan yang kadangkala hilang dalam cahaya yang terang. Itulah aku.
Jangan terlalu memuji. Tiada pujian selain Nabi Muhammad SAW dan Sang Ilahi. Jangan terlalu memuji, tidak terjawab di akhirat nanti. Jangan terlalu memuji. Hakikatnya kita masih sama. Tetap manusia yang hina dan dina di sisi Allah. Kerdil dari pandanganNYA. Hanya iman dan takwa yang memisahkan antara kita. Hebatnya kita, adalah hebatnya hubungan kita dengan Allah SWT. Bukan hebat di mata manusia. Tidak sama sekali.
Terima kasih atas doa dan harapan kamu. Ketahuilah, aku sangat hargai. InsyaAllah pertemuan telah dijanjikan Allah. Ada masa dan upaya mampu ketemu di alam nyata. Boleh jadi. Bukan sesuatu yang mustahil. Moga dipermudahkan.
Itu sahaja. Moga ada manfaat bersama. Moga kita sentiasa mendapat rahmat Allah. Wassalam.
Hami Asraff:
1. Takziah atas mangsa terkorban tanah runtuh dari rumah anak-anak yatim Hulu Langat tempoh hari. Al-fatihah.
2. Meneruskan perjuangan. Hujung minggu ini balik kampung. Kenduri kahwin abang keduaku.
24 Comments
suka sikap anda yang tenang masyaAllah... =)
ReplyDeleteSemoga kaki Hami Asraff cepat sembuh sepenuhnya, tabah & bersabarlah dalam mengharungi liku2 hidup k.
ReplyDelete'Hebatnya kita, adalah hebatnya hubungan kita dengan Allah SWT. Bukan hebat di mata manusia'
ReplyDeleteSangat suka pada kata-kata ini.
Mohon untuk share kata-kata ini. Akan di kreditkan juga pada nama anda. :)
@erysweetie:
ReplyDeleteCuba bersikap tenang walaupun pada hakikatnya tidak :)
@Anonymous:
ReplyDeleteTerima kasih :)
@niesa:
ReplyDeleteInsyaAllah kalau itu untuk kebaikan bersama, ambillah.
bagusla kalau semua org dalam dunia ni jujur..takde masalah kan..=)
ReplyDeleteAlhamdulillah bang :)
ReplyDeleteJaga diri kamu baik2.
:)
@erysweetie:
ReplyDeleterajin btol ang ber-blog nooo
--pijie...
@Anonymous:
ReplyDeleteYa alangkah baiknya kalau begitu.
@Lord Zara:
ReplyDeleteTerima kasih zara. Kamu juga :)
salam hami,
ReplyDeletemulianya priinsip mu dik,...mudah2an ALLAH permudahlan urusanmu dan mmperhebatkan karya dari minda yang tulus mulus...
hati2 balik kampung dan selamat terima akak ipaq..hihi..Muga slamat.x jemput pun??
saya sangat suka blog awak...
ReplyDeletememberi kesedaran kat saya yg kadang-kadang tersalah langkah...
pe pun semoga cepat sembuh ye...
=D
@ainhany:
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Terima kasih. Cuba menjadi diri sendiri je. InsyaAllah.
Tak sempat nak jemput.
@hana:
ReplyDeleteTerima kasih. Mari kita terus ingatkan antara 1 sama lain. Jom!
semoga kaki kamu cepat sembuh.. rasa sakit penghapus dosa kecil..insyaALLAH..
ReplyDeletebetul cakap yg send msg tu, karya kamu bnyak ilmu dan bnyk bg ketenangan pada yg lain ..selamat berkarya..kongsikan anugerah yg ALLAH berikan pada kamu utk kebaikan bersama:)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSyafakallah...
Semoga saudara Hami Asraff cepat sembuh.
Sangat tersentuh dengan entri ini.
Jazakallah akhi atas setiap perkongsian yg memberikan manfaat.
@aLya maNip:
ReplyDeleteTerima kasih :)
Sama-sama kita berkongsi segala ilmu Allah ye.
@Nur Farhana:
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
Begitulah hendaknya. Terima kasih.
Fuhh.. nice !
ReplyDeleteSalam. suka post ni. EM kadang-kadang pernah jugak terambil quote Hami Asraff. Sori ye. Lepas ni mesti takkan lupa nak backlink. Teruskan berkarya =)
ReplyDelete@CikBulat:
ReplyDeleteHurmmmm....
@syanabel:
ReplyDeleteWsalam. Oh it's okay. BTW, thanks :)
apa maksud Hami? (:
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)