Tuesday, May 17, 2011

'Quotes' Itu Adalah Nukilan Spontanku Sekiranya Tiada Nama Penciptanya



Assalamualaikum w.b.t

Hujan lebat membasahi bumi Shah Alam ketika ini. Guruh berdentum kuat. Kilat sabung menyabung. Alhamdulillah hujan rahmat barangkali. Setelah beberapa minggu yang panas berpanjangan.

Coretan sebuah episod perjalanan diteruskan. Masakan boleh terhenti di persimpangan. Perjuangan harus diteruskan dalam meniti kejayaan. Tampak mudah apabila diungkapkan. Begitu lancar apabila dimadahkan. Tetapi hati dan diri sendiri yang merasa jerih perih. Biasalah kan, mana ada perjuangan yang senang. Yang mudah ditangkis. Tak ada punyalah.

Tiada apa sangat untuk coretan kali ini. Cuma ingin memaklumkan kepada pembaca sesuatu. Bukan bertujuan mahu menunjuk-nunjuk. Apatah lagi bersifat bangga. Tidak. Cuma mahu melunaskan sebuah hak dalam berkarya.

Tak perlu pening-pening.

Begini, kalau ada yang mengikuti perjalanan entriku di blog ini, follow di Twitterku, di Facebookku, pasti perasan apa yang sedang aku keutarakan.

Masih tak faham?

Aku suka 'quotes'. Suka sangat. Ataupun Bahasa Melayunya kata-kata hikmah. Dan di medan blog inilah aku selalu letakkan kata-kata hikmah yang berunsur nukilan untuk tatapan diri sendiri dan juga pembaca. Kadangkala ianya berlanjutan sehingga ke Twitter dan Facebook aku.

Dan ketahuilah semua quotes itu adalah hasil nukilan aku sendiri yang ditaip secara spontan. Bergantung kepada situasi dan keadaan yang dialami ketika itu. Sekiranya aku kutip dari mana-mana 'quotes', aku akan letakkan nama pencipta di hujung ayat. Sekiranya tidak, ianya adalah nukilan picisan spontan dari aku jua.

Kenapa beritahu ini?

Sebab ada yang bertanya. Di mana dapatkan ayat-ayat tu. Dah di jawabkan pun di atas. Sekali lagi, tiada unsur riak atau bangga. Dan sekiranya anda mahu 'copy' dan 'paste' sebahagian ayat yang di ambil dari Blog, Twitter atau Facebook aku, silalah kreditkan kepada aku. Hormatilah karya orang lain.

Bukan senang mahu memerah keringat. Hasil kerja kita, tapi orang guna pakai dan jadikan hasil kerja mereka pulak. Tak adil bukan? Tahu pun.

Sekarang suka letakkan kata-kata hikmah di Tumblr pulak. Seperti di bawah.





Itu sahaja. Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki dari Allah SWT untuk teruskan kehidupan. Tak pernah terdetik pun. Kita semua mampu memperoleh rezeki sekiranya tak mengenal putus asa. InsyaAllah.

Wassalam.

Hami Asraff : Hari ni genap sebulan permergian ayahanda tercinta menghadap Ilahi. Moga ayah tenang di sana. Al-fatihah.



19 comments

May 17, 2011 at 6:33 PM

Allah kurniakan kelebihan masing2...bersyukur dgn apa yg dianugerahkan.. :)

May 17, 2011 at 6:36 PM

kata itu dari hati...dan ilham ilahi...

May 17, 2011 at 6:41 PM

@Ana Joe:

Alhamdulillah syukur :)

May 17, 2011 at 6:41 PM

@Amir Rayyan:

Kata-kata dari hati itu lebih luhur dan mudah diungkapkan :)

May 17, 2011 at 6:47 PM

saya suka quotes dari inche hami, mcm menusuk jiwa pun ade erk.


pakai tudung ini seperti pakai topi keledar.

May 17, 2011 at 6:48 PM

@cik heroin:

Jangan menusuk jiwa sangat. Bahaya. Eh?!

May 17, 2011 at 6:57 PM

saya suka kata2 saudara...syukurlah...

May 17, 2011 at 7:00 PM

@simanis:

Terima kasih sebab suka. Moga ada manfaat bersama.

May 17, 2011 at 7:32 PM

nice. tumblr memang bnyak quote2 yang best. macam2 ade :)

May 17, 2011 at 7:47 PM

@salemaziz:

Yang kat Tumblr itupun quote rekaan spontanku.

May 17, 2011 at 8:33 PM

Aku sememangnya tahu akan ini dari dulu,

Heheh ;)

May 17, 2011 at 8:48 PM

paragraf kedua anda sangatlah memberi impak mendalam buat diriku..aduhai...:(

quotes yang memberi makna yang mendalam..suke

May 17, 2011 at 10:29 PM

@Azree:

Terima kasih sebab dah tahu :)

May 17, 2011 at 10:30 PM

@Kasih Zulaikha:

Hurmmm, terima kasih sebab suka :)

May 17, 2011 at 11:00 PM

salam...

sy juga suka quotes dan tumblr..ilham yg baik utk diambil pengajaran..tq for sharing

~ Takziah buat dirimu & keluarga..Moga ayahanda awk ditempatkan diklngn hambanya yg beriman..sy baru tahu..

May 17, 2011 at 11:14 PM

@Brilliant Marjan:

Waalaikumusalam.

Me too. Tiada masalah. Terima kasih atas takziah.

May 18, 2011 at 7:57 PM

nice entry....aku pon suka quotes...dlm fb pon slalu ak post....sebab rase tenang kalo kongsi bende yg kite suka...

May 30, 2011 at 7:09 PM

salam.. :)inilah antara blog yang saya tak follow lagi lepas dah tukar blog..luckily ada widget 'pelawat terkini' dr GengBlogger, nampak Tuan blog ni, terus teringat nk follow balik..selama ni saya baca n saya sngat kagum dengan buah fikiran, apa yang awak uatarakan.. :) so keep on blogging ok..

Post a Comment

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman. Tetapi pastikan anda bukan seorang spammer ataupun cik anonymous yang tidak bertanggungjawab :)

Related Posts with Thumbnails