­

Rintihanku

May 09, 2011



Jauh perjalanan

Telah ku jelajahi

Membawa seribu impian

Berbekal pengalaman

Mampukah aku melangkah

Menuju satu daerah

Masihkah ada sinar yang menanti

Masa dijanji pasti tiba

Ku kan dijemput ke sana

Bimbang langkahku terhenti

Ku terpaut di persimpangan

Tak inginku mengingati

Detik hitam semalam

Tinggallah semua menjadi kenangan

Kerana MU kan ku gagahi

Untuk terus sisa hidup ini

Biar ku tebus segala dosa

Selagi jasad bernyawa

Leraikanlah resah hatiku

Padaku hanya ENGKAU yang Satu

Belum pernahku terasa hebatnya cintaMU

Sesungguhnya ENGKAU mengerti

Apa tersirat di dalam diri

Ku pohon rasa kasih yang abadi

Jujur ikhlaskah diri ini

MenyintaiMU sepenuh hati

Ataukah sekadar bila di uji

Rahmat dan kasih tiada sempadan

Biarpun jiwa dalam kelalaian

Dihasut dengan pelbagai godaan..




Hami Asraff : Lirik dan lagu yang bertepatan dengan apa yang dirasa sekarang ini.


You Might Also Like

13 Comments

  1. mcm pernah tgk je lirik nie?tjuk pe ea?

    ReplyDelete
  2. semoga terus kuat hami asraff. anda insan yg terpilih yg dsyngi alllah utk diuji ;)

    ReplyDelete
  3. Buat diri saya dan hami,

    Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
    Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

    ReplyDelete
  4. nasyid by assaufee..nice lirik dan sangat menusuk kalbu..

    ReplyDelete
  5. best lirik nie. sapa penyanyi nye?
    terharu dan terkedu .

    ReplyDelete
  6. Ya Allah! menusuk kalbuku........

    ReplyDelete
  7. moga tetap ada jalur sinar untuk terus mendamba nikmat kehambaan...

    jatuh itu biasa, tp jgn sampai lupa untuk bangkit kembali.


    ah. aku tujukan utk diri aku.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe