Posts

Showing posts from 2014

Kuasa Percaya

Image
"There can be miracles when you believe
Though hope is frail, it's hard to kill
Who knows what miracles you can achieve
When you believe, somehow you will
You will when you believe"
Lagu "When You Believe" diputarkan berulang kali. Walaupun penyanyi asal lagu ini Whitney Houstan ft. Mariah Carey, nyanyian versi dari Leon Jackson lebih enak didengari. Mendengar bait-bait lagu ini seakan muncul sebuah suntikan semangat pada diri. Ada nada kesayuan dan semangat yang digaul bersama.

Antara lagu kegemaran setakat ini. Bila tengah memandu, pasti akan diputarkan lagu ini. Di saat semangat kian mengendur, lagu ini memberi inspirasi untuk terus melangkah, untuk tidak mengalah dengan desakan dunia yang menghimpit. Seolah-olah ada suara yang membisik di tubir telinga.

"Go go go! You can do it!"
Kita boleh jika kita percaya. Kekuatan diri itu boleh diukur tatkala kita jatuh terjelepuk dan sukar untuk bangun semula. Saat ini, kita akan kenali siapa sahabat sejati. Sia…

Wordless Wednesday #12: Road To Success

Image
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Mentaliti Manusia Sukar Diubah

Image
“Insurans? Pernah dengar, tapi tak tahu la.” 
“Insurans? Nantilah aku ambil!” 
“Sorry, aku tak percaya la insurans. Insurans haram!” 
“Membazir je ambil insurans ni!” 
“Insurans ni macam nak menipu duit aku je.” 
“Buat apa ambil insurans, simpanan aku dah banyak.” 
Antara ayat yang dikeluarkan oleh segelintir masyarakat Malaysia, Melayu khususnya. Bila bercakap pasal insurans, semua macam mahu melarikan diri. Lebih selesa mengelak dari terjerumus mendengar bebelan si agen insurans. Lumrah. Mungkin telah sebati sejak zaman berzaman di hati dan minda kita mengenai apa yang dipanggil insurans. 
Oh ya sebenarnya aku tak salahkan sesiapa pun. Sebab apa? Sebab aku dulu pun macam tu. Dengar je tentang insurans, rasa malas nak dengar. Tambah tambah kalau dapat call dari agen insurans. Mesti banyak gila alasan spontan keluar dari mulut. 
“Sorry Encik, saya busy sekarang ni!” 
“Maaf. Saya dah ada insurans.” 
Terpaksa menipu. Tipu sunat. Ya itulah aku dan segelintir manusia yang lain. Tetapi sehingga…

Dedikasi Rindu Untuk Ayah Tercinta

Image
17 April 2011
Tarikh keramat yang akan tercatat di dalam kotak fikiran sampai bila-bila. 4:27 pagi. Masa seakan terhenti ketika ini. Di saat ini juga denyutan nadi ayah terhenti buat selama-lamanya. Tiada sebutir kata keluar dari mulut. Cuma memujuk hati yang sarat dengan sedih. Pujuk hati untuk terus redha. Benarlah, redha itu tidak semudah ungkapan, tetapi hati dan diri kena relakan.

17 April 2014
Bagaikan semalam kau bersama kami.
Kini, telah tiga tahun berlalu. Masa berlalu, kenangan tetap datang bertalu-talu. Masa kian dimamah waktu, rindu mengetuk pintu hati bertalu-talu. Takdir tertulis begitu. Akur pada ketentuan takdir. Redha dengan qada dan qadar dariNya.
Teruskan hidup yang bersisa.
Minggu lepas aku pulang ke kampung. Pagi itu mak membuka sebuah cerita. Cerita yang bakal membesarkan sarang rindu.
"Semalam mak mimpi ayah balik rumah", mak mula bercerita. Terkejut. Begitu teruja mahu mendengar cerita selanjutnya.
"Ayah balik kot pintu belakang. Mak buka pintu, m…

Apa Matlamat Hidup Aku Sebenarnya?

Tak boleh tidur. Golek sini, golek sana serba tak kena. Bangun.
Buka lampu.
Capai buku. Lihat jam. Pukul 2.33 pagi. Oh insomnia menyerang lagi. Nasib baik esok cuti. Makanya memberi chance insomnia merajai minda dan hati.Teringat sesuatu. Dalam kelas tempoh hari. Semasa berceritakan sesuatu pada students aku. Oh ya, aku memang suka bercerita. Mohon students aku bertabah dengan cerita-cerita penglipur lara yang sering disampaikan.Aku cerita kat depa mengenai tiga manusia yang terdampar di pulau. Suatu hari depa terjumpa lampu ajaib. Bila digosok lampu ajaib berkenaan, keluarlah jin. Ya part ini tahyul. Makanya layan sahaja. Lebih kurang macam cerita Aladdin. Bila keluar jin, jin cakap kat depa dia mampu tunaikan 3 permintaan depa.So manusia pertama meminta supaya dia pulang ke rumah kerana terlalu rindukan isteri tercinta. Jin tunaikan permintaannya.Permintaan manusia kedua pun mahu pulang ke rumah kerana rindukan anak-anaknya. Jin tersebut juga mampu tunaikan permintaan manusia ked…

Manusia Yang Sibuk

Manusia ini sering sibuk.
Sibuk sana, sibuk sini.
Sibuk sibuk sibuk.
Itu sahaja alasan sering diberi.Sibuknya mengalahkan menteri.
Sibuknya mengalahkan CEO.
Sibuknya mengalahkan usahawan.
Sibuknya mengalahkan jutawan.Rupanya, sibuk itu menjadi alasan semua.
Disebabkan sibuk semua benda tergendala.
Seperti dirinya seorang sahaja paling sibuk di dunia.
Geleng kepala.Rupanya, sibuk ber'online' di alam maya
dikategorikan sebagai sibuk juga.
Baru tahu.
Sesetengah manusia begini.
Mungkin ramai.
Ya mungkin.Bila untuk manusia penting, kesibukan itu ditolak tepi.
Bila untuk manusia yang tidak dipandang, kesibukan itu alasan utama.
Inilah segelintir sikap manusia.
Sikap yang kian jelek buat manusia yang tidak penting. Sibuk dengan dunia.
Sampai bila pun tidak akan habis punya.
Sibuk dengan akhirat sana.
InsyaAllah ada ganjaran menanti bahagia.
Hami Asraff
00:43
060214
Malam yang galau,
Bangi

Abstrak Jiwa

Assalamualaikum w.b.t

Muncul dengan wajah baru. Cubaan muncul dengan wardah baru. Tetapi masih mengekalkan jiwa dan hati yang lama. Walaupun dibiarkan sepi berhari-hari, ruangan ini terus diisi. Masih adakah yang sudi bertandang ke sini?

Kenapa abstrak jiwa?

Abstrak adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada di dalam fikiran. Banyak perkara tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Mungkin adakalanya perlu diterbitkan dengan madah mata pena.

Manusia ini punya hati dan jiwa. Tetapi bukan semua punya hati dan jiwa yang sama. Jiwa-jiwa manusia sering mendambakan bahagia. Tetapi masih ramai yang mencari jiwa yang bahagia. Tidak kurang jugak yang belum temui jiwa yang bahagia.

Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Selagi nafas masih ada, selagi itu "Abstrak Jiwa" akan berkarya. Moga Allah redha.


Hami Asraff:

"Jiwa yang hebat adalah jiwa yang sentiasa ingat pada penciptaNya."