­

Dedikasi Rindu Untuk Ayah Tercinta

April 17, 2014






17 April 2011

Tarikh keramat yang akan tercatat di dalam kotak fikiran sampai bila-bila. 4:27 pagi. Masa seakan terhenti ketika ini. Di saat ini juga denyutan nadi ayah terhenti buat selama-lamanya. Tiada sebutir kata keluar dari mulut. Cuma memujuk hati yang sarat dengan sedih. Pujuk hati untuk terus redha. Benarlah, redha itu tidak semudah ungkapan, tetapi hati dan diri kena relakan.


17 April 2014

Bagaikan semalam kau bersama kami.

Kini, telah tiga tahun berlalu. Masa berlalu, kenangan tetap datang bertalu-talu. Masa kian dimamah waktu, rindu mengetuk pintu hati bertalu-talu. Takdir tertulis begitu. Akur pada ketentuan takdir. Redha dengan qada dan qadar dariNya.

Teruskan hidup yang bersisa.

Minggu lepas aku pulang ke kampung. Pagi itu mak membuka sebuah cerita. Cerita yang bakal membesarkan sarang rindu.

"Semalam mak mimpi ayah balik rumah", mak mula bercerita. Terkejut. Begitu teruja mahu mendengar cerita selanjutnya.

"Ayah balik kot pintu belakang. Mak buka pintu, mak terkejut. Mak panggil kak. Kak, tengok ni ayah balik!"

Mak begitu menzahirkan ceritanya. Aku masih mahu mendengar selebihnya. Tidak kisah mimpi, asalkan itu berita menggembirakan.

"Ayah pakai baju apa? Ayah ada cakap apa-apa tak?", tanya aku dengan perasaan ingin tahu yang mendalam.

"Ayah pakai kain pelikat dan baju putih. Ayah tak cakap apa pun. Ayah senyum ja". Waktu ini aku lihat air mata mak mula membasahi pipi. Mak terlalu rindukan ayah. Jika kami terlalu rindukan ayah, apatah lagi mak.

Aku teringat sesuatu. Kata ustaz aku dulu, kalau kita mimpi orang yang telah meninggal dunia dan orang itu hadir tanpa berkata apa-apa, maka memang benarlah roh orang yang meninggal itu pulang menjengok rumah dan anak-anaknya. Jika kita mimpi orang telah meninggal itu bercakap atau berkata-kata, itu sebenarnya permainan dari syaitan. Menyerupai. Wallahu'alam.



***********


Di pusara ayah.

Batu sungai itu menjadi tempat meluahkan rasa rindu. Batu sungai, pengganti batu nisan. Amanat arwah ayah untuk meletakkan batu sungai, bukan batu nisan. Batu sungai, batu hidup. Sentiasa berzikir memuji kebesaran Allah Yang Maha Esa.

"Moga ayah sentiasa tenang menghadapi alam di sana. Moga doa-doa kudus kami sampai pada ayah. Ayah, kami rindukan ayah. Terlalu rindu. Moga kita berjumpa di sana ya ayah."


 



Bila Tiba - Ungu

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara

Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia

Alam yang sangat jauh berbeda

Siapkah kita menjawab semua

Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah

Jatung hatipun tak berdaya

Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari

Tak mungkin bisa engkau lari

Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti

Kemana kita bisa lari

Kita pastikan mengalami

Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari

Tak mungkin bisa engkau lari

Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti

Kemana kita bisa lari

Kita pastikan mengalami

Mati




Lagu ini bermain di minda. Sebuah lagu yang baik. Lagu yang menyedarkan mati tidak mengenal usia. Bila-bila masa sahaja malaikat Izrail boleh mencabut nyawa kita.

MasyaAllah.

Moga kita semua bersedia.


Hami Asraff:

"Ramai orang bersedia menghadapi masa depan. Tetapi tidak ramai yang bersedia menghadapi kematian."




You Might Also Like

16 Comments

  1. Ubat rindu dengan doa. Semoga arwah ayah Encik Hami sentiasa tenang di sana dan ditempatkan bersama para solihin. Al-fatihah.

    Ps: Lagu yang sangat mengusik tangkai hati. Sesungguhnya, mati itu pasti.

    ReplyDelete
  2. salam. ooo..mimpi yang macam tu mimpi dari syaitan ya? baru tahu..
    ayah sy pun dah takda.. :(
    al-fatihah buat mereka yang telah pergi..

    ReplyDelete
  3. 17 mac 2014,ayh p buat selamanye.jauh di srwk sy kuatkn diri untk blk mlht ayh.msh terngiang pesan nye ayh redha sy pg ke srwk.kini sy plu redha ayh g wst selamanye

    ReplyDelete
  4. Al -fatihah....

    Saya juga sedang bersedih. Ingat, Allah sayang dekat kita Hami.

    http://norfadzilahothman.blogspot.com/2014/04/allah-kan-ada.html

    ReplyDelete
  5. Ayah saya meninggal 2 mggu lepas, jumaat 4 april, beberapa minit sebelum tahu arwah meninggal, lagu ini dimainkan di radio, seakan2 mahu saya bersedia akan pemergian arwah

    ReplyDelete
  6. sedar tak sedar..
    cepat masa berlalu..

    inshaAllah, turut sedekahkan al-fatihah buat arwah setiap malam Jumaat.

    wassalam..

    ReplyDelete
  7. sabar dan tabah ya..sy punya abah da pegi dekat 6 tahun dah..

    ReplyDelete
  8. :'| i miss my daddy too

    ReplyDelete
  9. Tabah dan teruskan berdoa.. Jangan pernah kita lupa bahawa Allah sentiasa mendengar doa kita..

    P/s : bila nak update lg? Senyum Selalu :)

    ReplyDelete
  10. Rindu kat arwah ayah gak.. Sabar, Tabah, Redha dan Doa..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. I feel u. Saya rasa sedih and tak sedar air mata menitis di pipi. Al-Fatihah untuk arwah ayah awak Hami. Tiba-tiba rindu dengan ayah dan ibu.

    ReplyDelete
  12. Kita mngalami nsib yg sma..anda msh beruntung krna sempat membesar dgn arwah ayah..tidak seperti sy..ktika umur 9thn umur yg msih muda melangkah untk bljar erti hdup khlgn seorg ayah..ank bgsu yg msih merangkak untk menerima knyataan...11 Feb 2002-11 Feb 2015...13thn sudah berlalu.........Blum sempat mengucapkn trma ksh... Ayah pergi buat selamanya.........

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe