Posts

Showing posts from March, 2010

Cerita Yang Penuh Dengan Unsur Nasihat Dan Pengajaran

Image
Assalamualaikum w.b.t
Minta maaf. Eh awat dok tak dok minta maaf ni? Err, yer la dah dekat seminggu aku tak update blogku ini. Yang selalu dok update kat my Twitter saja. Kemaafan dihulur kepada mereka yang menanti akan kehadiran entri terbaru aku. Bagi mereka yang tidak menunggu, maka statement di atas sangat memalukan! (-_-")
Kalau hampa semua ada perasan dekat Post Script aku on the previous entry, aku ada mengkhabari bahawa aku ingin mengulas [bajet sempoi] mengenai sebuah filem yang bagi aku best. Tapi filem ni dah berkurun kot. Aku saja yang baru tengok. Sadiskan gua!
Cerita bermula.
Hari itu yang kebetulan juga hari Sabtu, gua menapakkan diri ke rumah member gua. Mat Areep namanya [huih Mat Areep akhirnya nama hang masuk dalam entri aku]. Beliau tanya aku.
"Wey hang dah tengok KCB?"
"KCB? Apadia tu? Kampung Cik Bedah ke?" [kunun buat lawak]
"Ceh, dok buat lawak pulak! Ketika Cinta Bertasbih la." [ceh beliau dapat detect aku buat lawak]
"Tak tengo…

Janganlah Bersedih. Gembira Lagi Best!

Image
Assalamualaikum w.b.t
Masih ada kesempatan. Masih punya keinginan. Masih punya semangat. Itu yang acapkali diuar-uar walaupun banyak agenda sedang menanti. Banyak perkara perlu digagahi. Banyak benda harus ditangani.
Hari ini seseorang ada menghantar mesej di kotak inbox Facebookku. Ni mesejnya :
salam saudara..saya ada baca blog saudara..very nice dan banyak ilmu yg saya dapt dr blog saudara..btw..saya nk tya ckit..apakah tips ye kalau hati kita x tenang dan hati sedih je...dan mcm mana nak lupakan peristiwa yang membuatkan sy sedih..even sy cbukkan diri pun still igt lg..berdoa pun msih lg igt...Madihah Mustafa
Err, terima kasih. Thank you. Xiexie. Sebenarnya sebelum ini ada juga yang menghantar mesej & emel yang mempunyai masalah yang sama. 3 orang. Sila jangan anggap aku nak bangga atau apa-apa. Tak terlintas pun. Cuma terasa dihargai dan terfikir, "Lor, ada juga nak tanya pendapat aku yang hampes ni, bajet aku ni bagus kot? Haha ~" Gua bermonolog dalam hati.
Sebelum tu n…

Pemenang-Pemenang Contest Aku. Tahniah!

Image
Assalamualaikum w.b.t
Minta maaf. Baru sekarang dapat update. Alasan sudah dikemukan sebelum ini kenapa aku tak boleh selalu update. Di saat entri ini ditaip pun, masih banyak benda menanti. Sakit kepala.
Okey, aku perlu melunaskan janji. Usaha telah dipateri. Hanya ganjaran saja yang masih belum diterimai. Sebenarnya, sebelum ini aku ingat nak buat sistem memilih pemenang secara undian. Tapi rasanya tidak adil bagi sesetengah blogger.
Apa pun, ucapan terima kasih didahului untuk mereka yang telah join Contest Tak Seberapa Ini. Telah ku katakan, Contest anjuran aku ini lebih kepada perkongsian pengalaman yang memungkinkan dapat diambil ikhtibar dan pengajaran dari penceritaan anda. InsyaAllah.
Keputusan pemilihan 100% di tangan aku. Keputusan muktamad. Okey aku umumkan terus siapa blogger yang menjadi pilihan aku :



1. http://thechapterbegin.blogspot.com


2. http://swingingtothe7thsky.blogspot.com


3. http://zahari84.blogspot.com



Tiga penceritaan blogger di atas menarik perhatianku. Tahniah di u…

Tak Usah Letak Gambar Yang Bukan-Bukan. Buat Tambah Dosa Saja

Assalamualaikum w.b.t

Entri yang bakal aku tulis kali ni sebenarnya sudah lama terfikir. Cuma belum diberi kesempatan dan kesediaan untuk dicoretkan di sini. Dengan ini aku bagi WARNING terlebih dahulu. Entri kali ini memang panjang. Aku tak memaksa anda untuk membaca. Tetapi bacalah demi mencari sebuah kebenaran. Sama-sama kita mencarinya. InsyaAllah. Juga ianya atas permintaan sesetengah pihak.

Kalau baca tajuk entri pun anda mungkin sudah dapat tangkap apa yang bakal aku paparkan di sini. Okey mari aku kupas satu persatu. Terlebih dahulu, ingin aku beritahu entri kali ini mungkin dari kesinambungan entri terdahulu yang bertajuk 'Menjadi Isukah?' .Kalau sesiapa yang masih belum bacanya, bolehlah klik di tajuk entri tersebut. Memang entri tersebut agak mendapat sambutan. Alhamdulillah. Aku pelajari sesuatu. Aku dapat ilmu baru.

Okey sebelum tu aku nak cerita sikitlah mengenai entri'Menjadi Isukah?' aku tu. Sampai sekarang kalau aku baca memang kelakar. Famili aku pun ket…

Mereka Ialah Peserta-Peserta Contest Yang Aku Anjurkan

Assalamualikum w.b.t

Huih, baru hari ini, saat ini, tika dan waktu ini aku diberi kesempatan untuk mengemaskini 'Hami Asraff' ini. Oh kesian beliau. Aku dah mention dan selalu update kat Twitter aku (bagi yang perasaan) sebab munasabab aku tak menjejaki jari jemari di sini. Aku bagitau sekali lagi.
Minggu yang sibuk dengan ujian dunia untuk aku. Test yang berlambak-lambak. Dan disusuli dengan lambakan kekerjaan yang tidak pernah padam. Ada juga projek yang menanti. (Standard charted la student!)Oho ~ Ini memang sangat menensionkan diriku mahupun segenap rumah dan turut tidak ketinggalan pelanggan P1 Wimax. Recently 'beliau' selalu sangat meragam. Hari minggu jangan haraplah anda boleh buka internet dengan jayanya. *kami akan membuat perhitungan dengan Encik Wimax*
Okey, kembali kepada agenda entri. Tanpa ayat yang berbelit-belit dengan ini tarikh tutup CONTESTaku telah di TUTUPKAN! *priitttt* (sila jauhkan jari jemari anda dari papan kekunci komputer)
Hari tu tak nak join.…

Kesakitan Itu Sangat Menyakitkan Untuk Sesiapa Yang Pernah Alami

Image
Assalamualaikum w.b.t
Bersua kembali. Oh memang aku punya kelapangan. Kelapangan yang seketika ini untuk mengemaskini blogku. Minggu kesibukan masih belum berlalu pergi. Menunggu waktu dan tika untuk 'menangkapku' dan membawaku pergi. Oh berpuitis seketika.
Ada benda nak dicerita. Ada benda nak dikongsi. Ada benda nakku taipkan di sini. Perkara ini berlaku kepadaku beberapa minggu yang lalu. Tetapi saat-saat getir masih segar dalam kotak fikiran. Apakah? Mari membongkarnya di bawah.
(sila tune mood pembacaan anda kepada mood suspen)
Cerita bermula. Pagi itu, hari Isnin. Ya aku pasti hari Isnin. Aku memulakan hari aku seperti biasa. Bersiap-siap pergi kelas seperti sediakala. Menyarung baju dan seluar ala-ala formal. Memang hari Isnin dinamakan Hari Koprat untuk UiTM. Bersedia mengorak langkah dengan ceria dan jayanya.
Akan tetapi dengan tiba-tiba, "arghhh, benda ni datang lagi". Waduh, macam mana aku nak menempis? Benda ini sangat menyakitkan. Kesannya untuk keseluruhan …