Perbuatan Lawak Menjengkelkan Muda Mudi Masa Kini

by - February 21, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Entah kenapa lately aku suka meletakkan tajuk entri yang panjang. Mungkin cuba menyesuai padankan dengan isi entri yang bakal aku kemukakan. Seperti yang dijanjikan ( ayat conventional ), entri kali ini aku akan membawa diriku dan pembaca jua 'melihat' realiti segelintir masyarakat di negara ini. Ramai orang tahu sebenarnya. Mungkin tak ramai yang cuba ketengahkan. Mungkin ada juga yang cuba berbuat sedemikian.

Aku suka memberi contoh atau jalan cerita supaya lebih memahami intipati dan maksud yang disampaikan. Contoh yang bakal aku setori di bawah ini ialah 'adegan' yang disaksikan sendiri oleh mataku. Apakah? Jom baca di bawah.

Perbuatan Lawak Menjengkelkan 1

Cuti yang lalu. Bertempat di sebuah kedai makan yang lokasinya dirahsiakan. Depan aku ada 2 orang hamba Allah. Lelaki dan perempuan. Tengah beratur untuk memesan makanan. Entah bagaimana tetiba duit dari genggaman perempuan itu jatuh ke lantai. Maka semasa membongkok untuk mengambil duit tersebut, ternampaklah susur belakang ( sebab pakai baju 'adik' ). Si lelaki sedari. Dengan pantas tangannya cuba menutup kembali 'aurat' wanitanya. Takut takut dipandang oleh insan lain. Aku tersenyum.

Contoh lain yang berkaitan :

Tak payah pergi jauh-jauh. Kalau anda seorang yang rajin, pergilah tunggu di jalan-jalan raya mahupun jalan persekutuan untuk melihat 'adegan' ini. Adegan apakah? Cubalah lihat pasangan 'couple' yang menunggang motosikal. Fokus on the awek yang memakai baju 'adik' lagi. Oh tangan itu beberapa kali cuba menutup bahagian 'belakang' yang terdedah dikhuatiri ada orang akan memandang. Aku tersenyum.


Komen aku :

Sebelum tu, aku nak gelak dulu. Hahaha ~ Okey dah! Lawak la. Cik Adik @ Kak Chik, dah terang-terangan kamu tu pakai baju 'adik', kenapalah bersusah-payah untuk meng'cover'? Memang tak boleh pun. Tahu pulak kamu malu ye. Ishh tak pahe kawe. Okey ini satu lagi lawak. Yang Cik Abang 'membantu' tolong coverkan Cik Adiknya. Oh bagus akan keperihatinan anda itu. Lagi perihatin kalau Cik Abang itu menasihati atau tolonglah beli baju 'kakak' kat Cik Adik. Baru kena tempat perihatinnya.

Perbuatan Lawak Menjengkelkan 2

Hari tu ( tak ingat hari apa ), bertempat di sebuah kediaman yang juga dirahsiakan lokasinya. Ada seorang Sang Lelaki dan Sang Wanita, juga menunggang motosikal. Sang Lelaki la yang membonceng. Menghantar Sang Wanita pulang barangkali. Berbual sekejap. Sebelum beredar, Sang Wanita bersalam dengan Sang Lelaki. Mencium tangan Sang Lelaki. Dan dibalas oleh Sang Wanita dan $%#@!&* ( tak dapat disiarkan ). Faham-faham je la ya.

Okey, aku cuba berfikiran positif. Mungkin mereka suami isteri. Okey okey. Tapi kenapakah hanya Sang Wanita sahaja menaiki ke rumah? Mungkin Sang Lelaki ada hal sekejap, nak pergi tempat lain. Okey okey. Tapi kenapa macam dah nak berpisah? Mungkin baru berkahwin. Okey okey. Tapi rasanya kalau yang dah berkahwin, tak akan melakukan adegan itu di khalayak ramai. Err, tak okey, tak okey. Sudah dapat jawapan. Aku tersenyum.

Contoh lain yang berkaitan :

Oh ini sangat berlambak-lambak. Semua orang pernah saksikan. Di mana-mana sahaja. Aku tak perlu sebut pun ramai yang dah tahu. Ramai boleh statekan tempat dan keadaannya. So tak perlu aku beri contoh la ye. Eh nak jugak? Okey, pergi saja pasar malam tu. Mana-mana je la. Oh kecrowderan manusia dilimpahi dengan 'adegan' kurang menyenangkan. Aku tersenyum lagi.


Komen aku :

Satu lagi lawak. Bertindak sebagai suami isteri. Mungkin nak praktis sebelum melangkah ke arena perkahwinan. Mungkin! Adegan-adegan di atas sudah menjadi satu trend. Seperti perkara biasa. Walhal perkara luar biasa. Sebab apa? Sebab ramai orang ambil mudah. Wey kami bukan buat apalah. Apa yang kami buat terhadap pasangan kami itu sebagai tanda kasih dan sayang kami. Itu sahaja. Hahaha ~ ( gelak lagi ). Sabaq ya nak bagi contoh.


Okey, dah dapat. Hari tu dengan seorang sahabat berjalan di sebuah pasar raya. Pasar raya is port paling 'baik' dapat saksikan adegan-adegan yang sumbangsih di kaca mata. So ternampaklah aksi kurang menyenangkan di depan mataku dan juga sahabatku.

Lantas sahabatku berkata sebegini, "Bersentuhan bukan mahram ( lelaki dan perempuan ) secara sengaja ibarat menggengam bara api neraka". Err, aku terkesima dan menggeleng kepala. Astagfirullahalazim, ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah. Bagaimana? Beranikah? Terkena percikan api yang sedikit tu pun jenuh beradoi, inikan api neraka. Nauzubillah. Tak mampu aku bayangkan!

Tujuan aku mempost entri ini untuk membawa anda dan aku melihat akan hakikat sebuah realiti kehidupan yang jauh terpesong dari landasan syariat. Kalau anda rasa apa yang aku utarakan ialah sejenis kutukan, aku mohon tolong perbetulkan. Sekiranya apa yang aku kata bercanggah dari pendapat anda, sila sangkal pandangan aku ini. Tapi kalau boleh silalah jangan beri pendapat sebegini :

"Itu urusan mereka dengan Allah S.W.T. Biarlah mereka!". Kenapa? Aku dah post mengenai ini untuk entri sebelum-sebelum ini iaitu Mamat Dan Rakan-Rakannya. Nak tahu kliklah di situ. Itu sahaja aku rasa. Aku menasihati diriku yang kerdil terlebih dahulu. Semoga kita memperbaiki kesilapan dan tingkatkan amalan kita. InsyaAllah.

Wassalam ~

p/s --> Tiada gambar yang bersesuaian untuk dipostkan.

You May Also Like

66 comments