Entri Meremang Bulu Roma

by - February 15, 2010


Assalamualaikum w.b.t

Baru hari ini berkesempatan untuk update setelah 2 setengah hari aku meninggalkan blog aku ni. Seperti yang dijanjikan, entri kali ni aku akan menge'post' 'sesuatu'. Harap anda berada dalam keadaan stabil ya. Tajuk entri pun membuatkan anda tertanya-tanya. Tapi ianya bukan sebuah provokasi terhadap entri kali ni.

Baiklah ceritanya bermula, aku sampai ke kampung halaman tercinta pukul 2 pagi hari Khamis malam Jumaat. Adik aku waktu tu tak tidur lagi. Dia berkata padaku begini :

"Bangteh, nak tengok gambaq hantu dak?", tanya adik bongsuku.

Eh biaq betoi adik aku ni. "Err, boleh juga!", balasku pendek.

Maka sesi penayangan gambar hantu itu dilakukan di dalam handsetnya. Sebelum aku setori, hampa tengok lah sendiri gambar-gambar di bawah noh.




Gambar di atas dirakam oleh member adik aku. Dan lelaki dalam gambar ni ialah member kepada adik aku satu lagi. Cuba fokus kepada bulatan merah yang aku bulatkan. Oh kurang nampak ya. Kejap, aku cuba zoom in.




Setelah di zoom in 5 kali di hanset adik aku, maka gambar di ataslah yang terpancul. Kualiti kurang memuaskan. Paham paham je la kamera hanset. Oh ini adalah gambar original dan tidak memplagiatkan ia di mana-mana.

Lokasinya ialah di sebuah tempat di Universiti Utara Malaysia ( UUM ). Lokasi spesifiknya terpaksa dirahsiakan. Untuk pergi UUM dari rumah aku hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit. Memang banyak kisah-kisah yang berlaku di UUM sebelum ni. Kalau student UUM mungkin tahu. Cuma ceritanya kurang jelas. Aku yang sudah 25 tahun berada di sini mungkin banyak cerita yang didengari.

InsyaALLAH kalau ada masa, aku akan cerita mengenai kisah yang lain pula. Di saat aku tengok gambar ni, bulu roma aku terus berdiri tegak. Yer la waktu tu dah pukul 2 pagi. Malam Jumaat pulak tu.

Anda tengok, nilailah sendiri. Diulang, gambar ini adalah original. Tak rajin aih nak superimposekan. Dan cuba amati makhluk tu betul-betul. Memang kakinya tak kelihatan. Dan tangannya menyerupai kuku yang panjang. Itu yang kami nampak. Okey, silalah tegak bulu roma anda!

Mereka juga makhluk Allah. Cuma ingin 'menumpang' bergambar barangkali. Amalkan membaca ayat Al-Qursi sebanyak 7 kali setiap hari. InsyaALLAH anda akan dihindari oleh gangguan syaitan, binatang buas dan hasad dengki manusia. InsyaALLAH.

Itu saja kali ni. Sekian. Wassalam ~

p/s --> Banyak lagi kisah di sebaliknya. UUM memang 'keras' sikit tempatnya. Tempat lain pun ada ceritanya sendiri. Kalau ada, kongsilah di sini.


You May Also Like

60 comments