I Love Living Life. I Am Happy

by - February 17, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini agak bizi. Dok rumah macam ni la. Ada saja aktiviti tak rasmi giat dijalankan. Cukup la ya 2 entri suka-suka yang aku post sebelum ni. Entri kali ini aku akan membawa kepada kemanfaatan bersama. Manfaatkah? Oh aku akan cuba sedaya upaya untuk memberi manfaat kepada diriku dan pembaca jua.

Lately, aku dapat emel daripada beberapa reader blog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih mengemel aku. Aku hargai. Emel bertanyakan pendapat dan bertukar buah fikiran. Lebih kepada perbincangan. Hemm, aku akan cuba mengutara selatankan di sini. InsyaALLAH.

Begini, semua orang ada masalah problem tersendiri. So do i. Kamu pun. Cuma masalah problem itu sahaja yang berlainan bentuk dan cara pengujiannya. Dan semua orang tahu setiap permasalahan ada penyelesaian. Cuma kekadang belum ketemu jalan keluarnya. Mungkin banyak faktor mempengaruhi. Dan masalah itu terus terusan membelenggu diri tanpa ada rasa simpati.

Dan masalah problem yang melanda diri akan terus membuat diri kita berasa kerdil, low self-esteem, tak berani untuk melangkah dan sebagainya. Masalah yang aku cuba huraikan di sini lebih berbentuk jati diri dan konflik dalaman yang membelenggu sesetengah orang. Kemuraman, kekecewaan, kedukaan, kejatuhan, dan ke-an yang lain yang terus menghimpit.

Okey, sebulan yang lepas ( aku rasa la, kurang ingat ), aku secara tak sengaja terjumpa sebuah blog iaitu Faizal Yusup. Tertarik satu video di blog beliau. Sesungguhnya aku memang menyukai blog beliau dan telah dimasukkan dalam list 'BLOG YANG AKU SUKA'. Anda tengoklah video di bawah ini dahulu. Tengok sehingga habis. Nanti aku cuba elobrate.




Bagaimana? Mungkin ada yang pernah tengok video ni. Mungkin belum. Paling tertarik dengan ayat jejaka yang bernama Nick Vojicic, " If i fail, I try again, and again, and again.. ". Oh aku begitu tersentuh untuk itu. Adakah kita akan bersikap sebegitu? Tak payah cakap orang lain, aku sendiri pun sebegitu. MasyaALLAH, kita lebih sempurna berbanding beliau. Adakah kita akan terus bangun dari kegagalan setelah mengalami kejatuhan?

Inilah attitude seseorang yang perlu kita contohi. Terasa keinsafan menjalar di sanubari. Kita mudah kecewa apabila sedikit kegagalan datang dalam hidup. Kita mudah putus asa apabila mengalami sedikit kejatuhan. Kita tak mahu terus mencuba apabila begitu banyak ranjau berduri yang mendatang. Kita masih punya nikmat dan kudrat untuk terus melangkah. Bolehkah kita? Ya pasti boleh.

Bila kita terasa kita paling lemah, tengok dan hayatilah video ini. Bila kita perlukan kekuatan dan semangat, tengok dan hayatilah video ini. Bila sinar tidak ditemui sepanjang jalan, tengok dan hayatilah video ini. Bila kehampaan dan kekecewaan menyelubungi hidup, tengok dan hayatilah video ini. Bila rasaku ini rasamu, tengok dan hayatilah video Kerispatih. Err, okey gua chow dulu.

Semoga kita ambil iktibar dan pengajarannya. InsyaALLAH.

Wassalam ~

p/s --> Aku memang meminati motivasi. Pernah jadi fasilitator selama 2 tahun dulu. (",)

p/s/s --> Cuba dapatkan buku yang bagus ini. [link]


You May Also Like

22 comments