Explaination : Maksudnya 'Penjelasan'

by - February 06, 2010



Assalamualaikum w.b.t

Tadi aku buka kamus. Cari makna 'Entry'. Oh dapat. Maksudnya 'Kemasukan'. Lepas tu aku cuba cari dalam Bahasa Melayu pula maksud 'Entri'. Oh tak dapat. Entiti ada. Err, kenapa tiba-tiba menimbulkan persoalan ni? Entah, cuma terfikir kenapa dinamakan entri. Okey-okey aku tak nak fikir.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal entri ka, no entry ka, entiti ka. Tapi aku cuba nak menyingkap takbir persoalan yang telah aku dapat sepanjang aku berblogging ini. Eh sat sat, nak tanya, apakah itu takbir persoalan? ( Senyap. Tiada jawapan. Tandanya? ). Okey proceed.

Aku dirainny a.k.a dihujani dengan bertubi-tubi soalan. Tapi sebenarnya 2 soalan sahaja. Aku namakan ia sebagai Soalan Cepu Silver. Sebab? Saja. Okey proceed.

Soalan Cepu Silver pertama yang aku dapat :

"Blog anda ni blog dakwah ke?"

Jawapan gua : Baca betul-betul ya. Err, mula-mula tu terkesima dulu. Macam ni, aku dah pun setori dekat selori untuk 'kemasukan' yang lepas-lepas. Oh tak mengapa. Aku copy balik la ye yang aku tulis dekat belah kanan blog aku ni.

[mula perenggan baru]
Blog ini dijadikan sebagai medium aku meluahkan apa yang ternukil di hati, apa yang berlaku tentang dunia hari ini, apa yang berlaku pasal diri yang kerdil ini, apa yang terlintas di minda kurniaan Illahi, cetusan idea dan pendapat spontan dan apa sahaja yang bermanfaat yang dirasakan perlu dikongsi [titik noktah]

Clean and clear tak? Tapi kenapa macam banyak je unsur-unsur dakwah. Ishh tak suka I. Okey jawapan sinikal gua. Memang tujuan hidup kita hanya satu beb! Semua orang tau. Apadia? AKHIRAT. Huh nasib baik betul. So tidakkah menjawab soalan anda itu?

Eh tak clean and clear lagi ni. Elobrate elobrate. Ishh dia ni, sekeh kang. ( Sabaq sabaq ). Dalam entri-entri aku, aku akan cuba menyelitkan unsur sebegini ( Islamic ). Tujuan? Mengingat diriku yang sering alpa dan para pembaca jua. InsyaALLAH. Oh bukannya bermaksud diriku telah sempurna. Hakikatnya tiada yang sempurna. Habih tu, tanya lagi? Okey okey tak tanya dah.

Sebenarnya itu tanggungjawab kita. Menasihati sesama kita. Hidup ni sat ja. Pinjaman semata-mata. So apa kata jom kita terus nasihat menasihati sesama kita. Bukankah itu amalan mulia? Aicehh ~ Blog aku ni bukanlah 100% dakwah. Banyak juga kemerepekkannya ( see, merepek kan? ). So faham tak murid-murid sekalian? ( Wah praktis jadi cikgu lagi )

Soalan Cepu Silver kedua :

"Awak ni dulu sekolah agama ke?"

Jawapan gua : Apa kata hampa semua terai klik kat sini. Mukadimah. Ini 'kemasukan' pertama aku. Okey dah klik? Langkah seterusnya. Baca. Dah baca? Dah jawab kan? So senang kerja aku. Hehe ~

Tak pa la, aku elobrate sikit la. ( Sila baca dalam loghat Kedah ). Ceq ni tak besa aihh sekolah agama. Dolu pak ceq nak hantaq ceq tak mau. Jenuh qheriau. Time tu ceq jahil gila. Mana mau pi sekolah agama ni. Bahasa Arab pon ceq tak besa ambek. Tau sebut yang ni ja, " Anta baqarah? ". Err, jangan salahkan ceq naa. Yang tu ja qheti kecek pon. Eh awat masuk Kelantan plak ni? Dah dah.

Begitulah alkisahnya wahai sekalian pembaca. Motif bagitau : Lor tanya lagi. Untuk menjawab persoalan itu la. Tiada maksud hendak bangga atau riak di sini. Cuma ingin memberitahu kisah yang terus menyelubungi hidup gua. Start merepek dah.

Kesimpulannya aku bukanlah ustaz. Aku tak pernah sekolah agama. Aku tak pernah ambil Bahasa Arab. Dan blog ini bukanlah 100% blog dakwah. Lebih kepada ingat mengingati sesama insan.

Okey? Sila tegur diri ini andai kata silap berbicara, mengguris hati dan sanubari anda barangkali. Sila beri panduan dan tunjuk ajar sekiranya terdapat kecelaruan dan ketidakfahaman. Dan yang paling penting lakukan everything hanya kerana ALLAH SWT ya. Okey hampa semua sempoi!

Aku nak pi makan nasi lemak dulu. Sejuk dah pa dok ralit taip ni. Okey caucincalok ~

Wassalam ~
Gambar hiasan : Ini bukan gambar gua. Lalala ~


P/S --> Nasi lemak makcik ni sedap gak. Layan. ( tengah lahap menyantap )

You May Also Like

49 comments