Posts

Showing posts from July, 2017

Hidup Tidak Seperti Apa Yang Kita Jangka

Berada di JPJ Cawangan Bangi. Memang dah tahu kalau datang JPJ hang kena banyak bawa bersabar. Aku datang ambil nombor giliran. 4192. Dan sekarang nombor giliran 4115. Maknanya ada 82 orang lagi kena tunggu untuk sampai pada aku. Nampak tak kenapa kena banyakkan bersabar?

Jadi bagi tak melengahkan masa, aku ambil keputusan untuk ke Pejabat Pos Bangi. Memang cadangnya lepas ke JPJ nak ke Pejabat Pos. Nak dipendekkan cerita ini, aku dah sampai Pejabat Pos dan ambillah barang aku. Kekecewaan melanda. Ini padahnya kalau beli pakaian via online. Memang tak 100% sama dan seperti kita expect. 😭
Masa dilengahkan lagi. Dari Pejabat Pos aku balik rumah sebentar. Terlupa nak print bukti saman yang aku dah buat. Aku rasa dah habis melengah masa dah. Dari rumah sewa terus pecut ke JPJ Bangi. Dalam 5 minit je pun. Tercungap-cungap sampai. Takut nombor giliran dah terlepas. Korang agak-agak nombor sekarang berapa? Tak payah agak, aku bagitau. 4137. So ada 60 orang lagi weh. Gilalah! Kiranya aku ber…