Posts

Showing posts from November, 2016

Berhentilah Memberi Alasan Kepada Ibubapa Kita

Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yang menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yang dibawanya tak berupaya berjalan.
Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ke? Soal saya memula bicara. 
"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan macam-macam perasaan. Biarlah saya upah teksi."
Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.
"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."
Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan pula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mer…

Seringkali

Seringkali aku berhadapan dengan situasi ini.

"Hari ini aku nak update blog. Banyak benda nak cerita ni."

Yeah seringkali. Tapi seringkali juga aku tewas.

Bila aku penuh bersemangat waja, aura tu macam terbias berkobar-kobar.

Sungguh tak tipu.

Tapi bila dah on laptop, jari jemari ni perlahan gila berlari di papan kekunci.

Mata lebih teralih arah pada benda lain.

Pendek kata benda lagha.

"Nak check Facebook kejaplah."

Kelaghaan yang terserlah. Padahal setiap hari boleh check Facebook kat phone kot.

Nampak tak permainannya di sini?

Idea yang meledak-ledak tadi dengan tiba-tiba hilang entah ke mana.

Terus rasa down.

Terus rasa "Weh hang nak buat apa sebenaqnya ni?"

Dan bila ini terjadi, aku terus buat keputusan drastik.

Tak lain dan tak bukan adalah,

TIDUR.

Zzzz....