Sesi Monolog Dalaman

Tuesday, November 15, 2016

Berhentilah Memberi Alasan Kepada Ibubapa Kita



Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yang menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yang dibawanya tak berupaya berjalan.

Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ke? Soal saya memula bicara. 

"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan macam-macam perasaan. Biarlah saya upah teksi."

Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."

Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan pula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.

"Allahuakbar!. Saya pula yang menitis air mata..

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan untuk tidak menunai permintaan nya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya. 

Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggung jawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang tuhan jadikan. 

Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yang saya temui, akhirnya bila zaman berubah, ramai anak yang terlupa, yang teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yang hilang pertimbangan antara bapa yang telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yang perlu dihambat!

Bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yang saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan untuk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Alfatihah kepada ibubapa kita samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Amiin.
😰😰😣😣😭😭  


6 comments:

Cik Itah said...

kesiannya pak cik tu :(

al-fatihah untuk arwah ayah sy.

Anonymous said...

Tuan sudah berkahwin?

Fendi Rocka said...

Padu!

OZIE MAHSA said...

Salam Blogger. Bukan mudah untuk berkorban kerana ia menuntut keihklasan. Insyaalah. Mohon Allah permudahkan.

Fairuz Aqilah said...

Allah... Kalau masuk bab bab macam ni, selalu teringat satu kisah bilamana seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak. Tapi sepulu orag anak belum tentu boleh jaga seorang ibu. 😢😢😢

Anonymous said...

Terima kasih kerana mengingatkan.. Doakan sy utk tabah dlm menjaga kedua ibu bapa sy yg sedang sakit. Sampai skrg sy tak boleh bayangkan bagaimana mereka boleh menjaga kami adik- beradik. Terima kasih, tuan.