Sesi Monolog Dalaman

Tuesday, December 27, 2016

Coretan Di Kala Insomnia (Siri 8)


Dari dulu lagi aku cuba nak latih diri spend time 5 minit sebelum tidur untuk menulis. Seperti biasa, semangat berkobar-kobar tu tetap ada. Cuma ianya mampu bertahan 2, 3 hari sahaja. Dan biasanya akan tersasar kepada aktiviti lagha lain.

Nak check Facebook kejaplah.
Ushar Instagram dulu.
Baru teringat Twitter tak buka lagi hari ni.

Yes, always!

Okay tinggalkan sekejap dengan hal itu. Nak teruskan bebelan di sini. Korang perasan tak yang sekarang kita dah berada di bulan terakhir untuk 2016? Dan 3 hari lagi bakal melabuh tirai untuk tahun ini. Korang perasan tak yang tahun ni cepat gila masa berlalu? Hoi sangat cepat kot. Ya ampun, banyak benda dah lalui, dan masih banyak benda belum settle lagi.

Itulah permainan masa.
Lagi kita kejar, lagi jauh ia tinggalkan kita.
Cukuplah selama ini kita leka.
Dah boleh bangun semula.

2:22 pagi
Bangi

1 comment:

sea_lavender said...

"Dari dulu lagi aku cuba nak latih diri spend time 5 minit sebelum tidur untuk menulis. Seperti biasa, semangat berkobar-kobar tu tetap ada. Cuma ianya mampu bertahan 2, 3 hari sahaja. Dan biasanya akan tersasar kepada aktiviti lagha lain."


hihi sama la! cheq, rasa salu sgt nk aim g tu akhirnya, setahun 1 post je berjaya!serius cpt sgt berlalu! 2016 da nk labuh tirai. wei sthn ambk insurans bawah hg, kena plan jd agen jugakla :p