Posts

Showing posts from August, 2016

Wordless Wednesday #16: Konsep Mudah Takaful

Image
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. 


Rasa

Melewati rasa itu dengan suatu perasaan yang sukar digambarkan.  Entah bagaimana mahu mentafsirkannya.  Berselirat.  Diadun selerak antara satu sama lain.  Yang ada cuma satu titik halus menerangi.  Cuba dicari, makin hilang.  Cuba digali, makin samar.
Terpandang, terdetik rasa. Terlihat, tercetus rasa.  Ternampak, terpancar rasa.  Aneh.  Semuanya dengan tiba-tiba.  Tak faham mengapa.  Tidak tahu bagaimana. 
Kadang rasa itu punya bahagia.  Kadang rasa itu punya hiba.  Kadang rasa itu buat tertawa.  Kadang rasa itu hanya tersiat luka. 
Tak suka perlu juga terima.  Terima seperti hentaman kuat di dada.  Sakit bukan kepalang.  Tapi menahan dan terus menahan.  Kerna itu sahaja jalan yang ada.  Walaupun rasa itu bersifat sementara,  Tetapi rasa itu tetap tumbuh mekar di jiwa.  Hanya tunggu tika, ianya kembali seperti sediakala.

12.09am 23082016 Bandar Baru Bangi




Kita Beri, Kita Akan Dapat Lebih Lagi. Jangan Takut Untuk Memberi.

Image
Keluar rumah 6:30 pagi. Sampai rumah pukul 12:00 tengah malam. Rutin seharian sebagai seorang Perancang Kewangan. Alhamdulilah aku enjoy dan happy. Bekerjalah sebagai apa  pun, paling penting kau buat kerja dengan ikhlas. Itu antara perkara penting di antara terpenting.
Macam biasa aku perlu keluar rumah seawal pagi. Lagi awal lagi bagus. Alasannya cuma satu. Tak sanggup aku nak hadap jem yang berliku panjang. Perjalanan dari Seksyen 7 Bandar Baru Bangi ke Prudential Jaya 33, Petaling Jaya lebih kurang 30km sahaja. Tapi kalau kau keluar lambat sikit, nesaya kau akan terperangkap dalam jem selama 2 jam. Ya kisah benar.
Alhamdulilah perjalanan hidup hari ini berjalan dengan lancar. Setiap Isnin, kami akan ada meeting dan sharing. Sharing to get some energy sesama kami. Bagaimana nak meningkatkan production sales dan sebagainya. 
Sempat juga tadi personal coaching dengan beberapa orang ejen baru. Tujuannya cuma satu, sama-sama belajar. Sama-sama dapat ilmu. Yang mana kita tahu, kita sampai…