Rasa

by - August 23, 2016


Melewati rasa itu dengan suatu perasaan yang sukar digambarkan. 
Entah bagaimana mahu mentafsirkannya. 
Berselirat. 
Diadun selerak antara satu sama lain. 
Yang ada cuma satu titik halus menerangi. 
Cuba dicari, makin hilang. 
Cuba digali, makin samar.

Terpandang, terdetik rasa.
Terlihat, tercetus rasa. 
Ternampak, terpancar rasa. 
Aneh. 
Semuanya dengan tiba-tiba. 
Tak faham mengapa. 
Tidak tahu bagaimana. 

Kadang rasa itu punya bahagia. 
Kadang rasa itu punya hiba. 
Kadang rasa itu buat tertawa. 
Kadang rasa itu hanya tersiat luka. 

Tak suka perlu juga terima. 
Terima seperti hentaman kuat di dada. 
Sakit bukan kepalang. 
Tapi menahan dan terus menahan. 
Kerna itu sahaja jalan yang ada. 
Walaupun rasa itu bersifat sementara, 
Tetapi rasa itu tetap tumbuh mekar di jiwa. 
Hanya tunggu tika, ianya kembali seperti sediakala.


12.09am
Bandar Baru Bangi





You May Also Like

6 comments