Sesi Monolog Dalaman

Sunday, November 13, 2016

Seringkali


Seringkali aku berhadapan dengan situasi ini.

"Hari ini aku nak update blog. Banyak benda nak cerita ni."

Yeah seringkali. Tapi seringkali juga aku tewas.

Bila aku penuh bersemangat waja, aura tu macam terbias berkobar-kobar.

Sungguh tak tipu.

Tapi bila dah on laptop, jari jemari ni perlahan gila berlari di papan kekunci.

Mata lebih teralih arah pada benda lain.

Pendek kata benda lagha.

"Nak check Facebook kejaplah."

Kelaghaan yang terserlah. Padahal setiap hari boleh check Facebook kat phone kot.

Nampak tak permainannya di sini?

Idea yang meledak-ledak tadi dengan tiba-tiba hilang entah ke mana.

Terus rasa down.

Terus rasa "Weh hang nak buat apa sebenaqnya ni?"

Dan bila ini terjadi, aku terus buat keputusan drastik.

Tak lain dan tak bukan adalah,

TIDUR.

Zzzz....

2 comments:

RNS said...

Sama! Rasanya semua blogger mcm tu. Bila dah lama tak menulis, susah nak mula balik haishh..

zlyana said...

masa mula2 jumpa blog ni terus tertarik nak baca dan khatamkan satu2 entri. tertarik dgn isi blog yg rata2 bnyk cerita ttg kehidupan. klu nak relaks2 lepas study or nak naikkan mood study blog ni antara yg selalu dibuka. hopefully dapat baca lebih bnyk entri2 menarik dan memotivasikan lagi dari blog ni