­

Insaf Di Situ

February 04, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas, hari rabu. Aku mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan. Kedengaran suara rakanku itu agak cemas. Okey, memberku accident. Dia ( saksi yang juga rakanku ) minta nombor telefon keluarganya untuk dihubungi. Aku tak ada. Aku pun terkejut kerana baru kurang 2 jam aku bercakap dengannya. Benda nak jadi.

Hari jumaat lepas baru berkesempatan pergi melawat. Hospital Klang dengan Shah Alam Seksyen 7 tak la jauh sangat. Tapi aku dan rakan-rakan memang tak tahu lokasi yang tepat hospital tu. Maka acara redah dilakukan. Alhamdulillah jumpa juga setelah 1 jam perjalanan. ( err, masa tu agak lama kalau nak dibandingkan dengan jarak lokasi ).



Member aku dok wad 5A tingkat 8. Teruk juga. Tulang pahanya patah 3. Jari 'telunjuk' kakinya no function. Bakal dipotong. ( katanya ). Kesian juga. Tapi ya la perumpamaan yang sering didengari, 'Malang Tak Berbau'. Daripada cerita saksi, dia tak bersalah. Kejadian berlaku betul-betul depan Unit Kesihatan UiTM Shah Alam.

Bila dalam wad tu biasa la. Akan terpandang manusia-manusia lain. Yang sakit. Yang terlantar di situ. Ada yang baring saja. Ada yang tidur. Ada yang keluarga dan sahabat handai datang melawat. Ada yang keseorangan. Ada yang berwajah muram dan suram. Ada yang meraung kesakitan. Gejala biasa yang dapat dilihat dalam hospital. ( Aku seorang observer ) *observer = pemerhati.

Maka dengan secara tak sengaja, terterbit di hati, terimagine di kotak minda. Alhamdulillah aku masih sihat walafiat. Masih cergas dan mampu buat apa sahaja lagi. Dan kalau aku berada di tempat mereka macam manalah. Baru ditarik sedikit nikmat di situ, terasa kekurangan serba serbi. Astaghfirullahalazim aku hamba kerdil. Terima kasih Ya Allah, aku bersyukur kau masih beri aku nikmat kesihatan.

Memang keinsafan menjalar di sanubari. Terdetik perasaan simpati dan seiring memanjatkan kesyukuran pada hadrat Illahi. Kita masih sihat, masih mampu meningkatkan amalan padaNya. Andai kata kita ditarik nikmat itu bagaimana? Bila tiba masa itu, tiada guna lagi keinsafan walaupun aku percaya waktu itu adalah keinsafan hakiki.

Oleh itu, aku nasihati diriku terlebih dahulu dan kalian yang membaca. Jagalah kesihatan tubuh badan kita. Peliharalah nikmat-nikmat yang diberikan percuma ini sebelum ia ditarik balik. Marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadat. InsyaAllah.

Bawah ini aku sertakan doa apabila menaiki kenderaan. Baca dan amalkan. Memang kalau benda nak jadi, jadi jugakan. Tapi ini adalah salah satu usaha dan tawakal kita. Kita berserah padaNya dengan apa segala yang berlaku di muka bumi ni. InsyaALLAH.



Semoga Mr. Hafiz a.k.a Mr. Komeng cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti sedia kala. Sebelum aku berpisah sempat aku berkata pada memberku itu, "Harap kau tabah, ini ujian untuk anda." Itu sahaja kali ni. Yang baik hanya dari ALLAH SWT jua. Yang jahil dan naif dari insan yang masih memperbaiki diri ini jua.


Wassalam ~

p/s --> Memang tempat yang paling tak gemari, Hospital. ( rasanya semua orang macam tu )

You Might Also Like

41 Comments

  1. salam...
    semoga kwn awk saudara hafiz cepat sembuh...amin...

    ReplyDelete
  2. setiap penyakit atau musibah yang menimpa adalah KAFARRAH kepada hamba-Nya..

    setiap KAFARRAH yang menimpa hambanya akan menyucikan dosa-dosa kecil...

    SEMOGA RAKAN ANDA CEPAT SMEBUH~

    ReplyDelete
  3. aku mmg takut gi hospital... ngeri :( semoga hafiz tabah n cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua sihat selalu....

    ReplyDelete
  5. insyALLAH sama2lah berdoa untukk kesihatan dia..

    salah satu medium penghapus dosa, kan? (:

    ReplyDelete
  6. hambaNYA --> Waalaikumussalam. InsyaALLAH.

    ReplyDelete
  7. MiE MaeL --> Hemm, sangat setuju dengan pendapat anda. Dengan musibah dan penyakit tu la ujian untuk kita menghadapi hari-hari yang mendatang. Terima kasih atas doa anda.

    ReplyDelete
  8. ct_isyah --> Ya betul kata anda. (",)

    ReplyDelete
  9. [s][u][e][h][a][n][n] --> Saya tak la sampai ngeri. Tapi semua orang tahu hospital tu tempat apa. Ye tak?

    ReplyDelete
  10. ::FAIZ FARISH:: --> InsyaALLAH begitulah hendaknya.

    ReplyDelete
  11. Miss Lula --> Hemm, betul! Seperti yang dikomen oleh saudara mie mael : "setiap KAFARRAH yang menimpa hambanya akan menyucikan dosa-dosa kecil..."

    ReplyDelete
  12. semoga dye cepat sembuh :)
    harap dye tabah hadapi ujian Allah ni.
    cz ni slh 1 cara Allah ampunkan dosa hamba2Nya :)

    ReplyDelete
  13. salam wbt

    malang itu tidak berbau..
    anything can happen in 1 second..
    we can never predict the future..

    contoh mcm kawan saya yang ketika tahun terakhir pengajian sebagai seorang medic, tiba-tiba dapat tau ada blood cancer..
    http://masafzal.blogspot.com/2008/12/testing-several-weeks-ive-had.html

    Subhanallah walaupun sakit, dan terpaksa hadapi chemo semua, masih boleh berjaya jadik seorg doktor perubatan, namun takdir menentukan..selepas chemo sebanyak beberapa kali, cancer itu masih ada dan telah merebak ke seluruh badan..

    cth lain pula..ingt lagi tak kisah pengantin 3 jam disember lepas? mereka adalah kawan(junior) di kolej dulu..
    siapalah sangka apa yg bakal berlaku pada arwah pengantin lelaki dan ibubapanya..

    so, kesimpulannya..life is full of suprises..
    kdg2 kita gembira, kdg2 kita sedih..
    namun ingatlah segala yang terjadi pasti ada hikmahnya...Subhanallah!
    berbaik sangkalah dengan Allah..
    matlamat kita adalah akhirat..
    dunia hanyalah persinggahan..
    kita merancang, Allah menentukan..

    p/s trpnjg plak komen..

    ReplyDelete
  14. kesian kat kawan tu. betul ke nak kena potong? masya Allah

    ReplyDelete
  15. salam...harap kwn awk cpt sembuh...
    berita tentang jari nk kene potong tu mintak2 la xbtol...huhuhuh...

    malang tak berbau...betul..sy setuju...

    ReplyDelete
  16. ciannya dia.
    moga dia cepat2 sembuh dan tabah

    ReplyDelete
  17. ye la. g tmpt2 cmni baru rasa bersyukur sbb masih sempurna. kesimpulannya, pergi la tmpt mcmni slalu utk meningkatkan kesyukuran. haha. oh jgnkan spital, klinik pn tak gemar! haha.

    ReplyDelete
  18. Amirah Rashid --> Saya pun berharap macam tu juga.

    ReplyDelete
  19. Eliyana Saliha Elias --> Waalaikumusslam w.b.t. Setiap orang ada perjalanan hidupnya. Sudah tertulis. Memang kekadang kita nampak ia satu 'penyeksaan'. Tapi di sisi Allah siapa tahu. Mungkin Allah nak mengangkat darjat hambaNYA itu. Tugas kita hanyalah perlu melakukan yang terbaik dari masa ke semasa. Perbaiki diri dan amalan dan banyakkan berdoa padaNya. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  20. FaTiN --> Kesahihan berita itu tak dapat sepenuhnya lagi.

    ReplyDelete
  21. Lala --> Saya pun berharap begitu juga.

    ReplyDelete
  22. pudding pie --> InsyaALLAH. Moga begitulah.

    ReplyDelete
  23. otak ketat --> Err, cadangan anda akan dipertimbangkan majlis senat negara. Hehe ~

    ReplyDelete
  24. akuhamba --> InsyaALLAH. Salam. (",)

    ReplyDelete
  25. apalah guna iman,kalau tak diuji...

    n n,kisah saudara masAfzal itu mmg sgt berguna utk membuka minda yang leka,hati yang lewa=)

    aish,siapa yg x suka hospital nih?mari sini sy bg vaccine mencegah ketidak-sukaan terhadap hospital tu!=p

    ReplyDelete
  26. sy jenis suka hospital... bukan suka menginap dlm tu :)... cuma suka pergi ziarah... sbb kat hospital... sy bleh wat diri sy sntiasa ingat yg langit tak sentiasa cerah... hidup umpama roda... dan yg plg penting... yg hidup pasti akan mati... dan sy jg bersembang dgn org dlm wad utk tmbah pengalaman hidup... :)

    stuju dgn awk... mmg Allah mengukur iman seseorang dgn ujian... firman Allah, maksudnya: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman’, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui yang manakah orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut: 2-3)

    p/s: kpd diri sy selalu berpesan... bkn semua manusia mampu memanipulasikan persekitaran... agar memperoleh hanya kebaikan... juga dilontarkan segala kemungkaran... kerana manusia sering juga dlm kealpaan... juga manusia di dunia tidak bersendirian... syaitan laknatullah sentiasa berusaha menyesatkan... maka marilah sama2 kita memperingatkan... agar al-Quran dan sunnah sentiasa jadi pedoman... :)

    ReplyDelete
  27. bagus la ambik pengajaran drp apa yg terjadi..perkara seperti itu adalah ujian drp Allah..pasti ada hikmah..

    ReplyDelete
  28. kdg2 ad jugak yg lupa...
    walaupun kelihatan mcm kecil..

    ReplyDelete
  29. huhu, aku pun jadi insaf gak.

    malangnya, samne laa cara aku nak dpt keinsafan hakiki?

    nak tggu eksiden gak ke?

    ohh, tak sanggup.

    ReplyDelete
  30. Syafakallah utk kwn awk..
    smoga dy cepat sembuh..
    ameeen..

    ReplyDelete
  31. innalillah....tkziah ek utk mr hafiz...cian die...sy fhm cmne prsaan t'lntr kt spital...heh3...mmg s'ba s'bi kurng..pape pn,alhmdulillah,Allah still bg pluang utk die..smga mr hafiz ceria2 sllu...;p

    ReplyDelete
  32. norfaridahanum --> Betol2! Eh kenapa tetiba tersuka lak dengan hospital ni. Ahaks ~

    ReplyDelete
  33. Ahmad Syahril --> Terima kasih atas ulasan yang sangat mendalam dan bermakna. InsyaALLAH saya cuba praktikkan saranan yang saudara usulkan. Saya memerlukan blogger macam saudara untuk terus berblogging. InsyaALLAH.

    ReplyDelete
  34. myfuzzyworld --> Wsalam. InsyaALLAH. ( cuba menjawab juga walaupun lari dari topik perbincangan )

    ReplyDelete
  35. Solehah --> Yup, setiap apa yang berlaku di muka bumi ini pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  36. zulhilmi bdk blur --> Tak pa, marilah kita saling ingat menginati sesama kita. (",)

    ReplyDelete
  37. Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) --> Oh tiada jawapan untuk soalan ko. Mungkin kalau kita alami sendiri baru tahu macam mana.

    ReplyDelete
  38. mengenaldiri --> InsyaALLAH. Ameen.

    ReplyDelete
  39. Penawar --> Alhamdulillah kawan saya tu seorang yang ceria. Moga dia terus tabah.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe