Mamat Dan Rakan-Rakannya

by - January 11, 2010


AMARAN KERAS! : Entri ini mungkin agak panjang. Sekiranya akan mendatangkan kebosanan kepada anda, sila tinggalkan blog ini serta merta. Terima kasih.





( gambar hiasan )

Assalamualaikum w.b.t

First of all, thank you very much for the commenters at my previous post ( Mari Berfikir Sejenak ). Oh i really appreciated. In other word this post is continuing of the previous one.

Huih cakap orang puteh pulak dia. Oh sekali lagi diulang. Entri kali ini adalah kesinambungan daripada ' Mari Berfikir Sejenak ' the movie ( menambah ). Aku saja memospone untuk post supaya aku dapat komen-komen yang lebih bernas dari anda. Oh terima kasih tak terhingga diucapkan ya. Nanti aku bagi choki-choki setiap sorang. Adei ~ ( amboi melawak sikit pun tak boleh, tak rock & roll la kamu )

Okey, okey serius. Aku akan cuba menjawab kembali atas komentar-komentar kalian yang amat bernas itu. Dan sekali lagi dinyatakan di sini, semua yang bakal aku cerita di bawah ini adalah pendapat aku semata-mata. Daripada pemerhatian, pembacaan, pembelajaran dan dari sedikit ilmu yang dikurniakan ILLAHI. Kalau salah tumbuk aku dengan serta merta.

Oh paling tertarik dengan ayat komentar-komentar. " Biarlah, itu urusan mereka dengan ALLAH SWT. Jangan menilai amalan seseorang itu " Begitulah bunyinya. Ala modified sikit je.

Dengan ini untuk makluman kalian, aku tidak pernah menghakimi atau menilai amalan sesiapa pun. Jika seseorang itu melakukan kebaikan, aku tumpang gembira. Alhamdulillah. Semoga kebaikan yang dilakukan berpanjangan. Dan jika seseorang itu melakukan keburukan, berdoalah supaya ALLAH SWT memberi hidayah kepada hamba ALLAH tersebut. Lagipun kita bukannya sesiapa untuk menilai dan menjatuhkan hukuman pada seseorang itu. Bukanlah dengan kenyataan ini seolah-olah hendak angkat bakul sendiri. Kalau itu tanggapan anda, silalah ubah serta merta ya.

Mengenai " Biarlah, itu urusan mereka dengan ALLAH SWT ". Oh aku akan cuba memberi contoh di sini supaya penjelasan aku ini lebih jelas dan faham. Ini contoh cerita yang direka sendiri oleh aku. Cuba baca dan fahami.

Dalam sebuah kampung ada seorang pemuda yang bernama Mamat. Mamat selalu melakukan kejahatan. Si Mamat ni pula pandai betul berkata-kata. Pendek kata dia tahu semualah. Pada suatu hari Mamat melakukan zina. Dipendekkan cerita Leman ( member Mamat ) dapat tahu yang Mamat berzina. Leman cuba menegur Mamat. Tahu jawapan Mamat? " Biarlah ini urusan aku dengan ALLAH, kau siapa nak ajar aku? " jawapan kasar dari Mamat.

Pada hari lain pula, kegiatan bermain judi Mamat dapat dihidu oleh Kasim ( member Mamat yang lain pula ). Kasim ni pun baik macam Leman. Dia cuba nak menegur kegiatan tidak bertauliah itu. Oh jawapan yang diberikan sama juga. " Biarlah ini urusan aku dengan ALLAH, kau peduli apa? " ( ayat terakhir berbeza sedikit dengan Leman )

Selang beberapa hari selepas hari yang lain. Mamat minum arak. Oh ibu segala kejahatan tu. Budin ternampak Mamat minum arak. Oh Budin ialah member ke3 Mamat. Budin cuba mendekati Mamat. Belum apa-apa lagi Mamat dah sound, " Biarlah, ini urusan aku dengan ALLAH, kau jangan masuk campur " Err sebenarnya Budin nak pinjam duit. Adei ~ ( serkap jarang )

Tamat cerita rekaan sendiri. Soalan aku, siapakah member Mamat yang paling kacak? ( Aku tahu, semua hati pembaca dah bergelodak. Bergelodak? Pelik je bunyi. Adei ~ ). Oh tak apalah, KIV dulu jawapan anda semua ya.



( gambar hiasan )

So faham tak cerita di atas tu? Aku cuba huraikan. Niat murni seseorang akan terbantut sekiranya pertolongan yang cuba dihulurkan tidak seperti yang diharapkan. Orang yang berjaya ialah orang yang memberi jawapan dan penjelasan bukan mencari seribu satu alasan. Tidakkah anda sedar dengan mengeluarkan kenyataan " Biarlah, itu urusan saya dengan ALLAH SWT " adalah kenyataan ' lepas tangan '?

Sila jangan salah faham lagi. Ya kita kena yakin seyakinnya itu semua adalah urusan ALLAH SWT. DIA berhak untuk setiap penjuru muka bumi ini. Semua ini milikNYA. Sedangkan entri yang saya taip ini juga atas kehendakNYA. Subhanallah. Maha Suci ALLAH. Tidaklah DIA menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Artis apabila ditangkap khalwat ( contohnya ). Tak mention siapa-siapa okey. Apabila wartawan melodi menerjah. " Bagaimanakah Cik Y terkantoi malam itu? " No komen. Itu urusan saya dengan ALLAH SWT ". Ada lagi. " Kak X ni dah berumur 63 kan tahun ni? Bila ya agaknya Kak X akan memakai tudung? ". Jawab Kak X, " Eh Kak X muda lagi. Tak sampai seru lagi. Oh biarlah, itu urusan saya dengan ALLAH SWT ". Hoho ~

Terus-terusan memberi jawapan yang sama. Jawapan yang kononnya pelepas untuk segalanya. Okey mulai sekarang ni korang semua janganlah tegur ya kalau nampak terang-terangan kejahatan berlaku depan mata korang. Ala, buat donno je la. Lagipun korang dah tahu pun jawapan orang tu.

Sekarang faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Kalau ini berterusan, memang bertambah tambahlah kejahilan. Yer la dah tak boleh tegur. Buang masa saja. Sedangkan dalam Islam sendiri menyeru sekiranya nampak kejahatan di depan mata tegur la dengan tangan ( perbuatan ). Sekiranya tak mampu tegurlah dengan lidah ( percakapan ). Dan sekiranya tak mampu juga lagi membencilah di dalam hati. Ianya selemah-lemah iman.

Terima kasih kepada Faizal Murad atas pandangan yang diberikan. Membuka mata ramai pihak yang tak sedar apa yang berlaku. Aku copy paste balik ya ayat beliau dalam komen aku.

assalamualaikum,

ini adalah jawapan daripada wakil media...

aku bekerja dalam bidang ni hampir setahun di salah sebuah tv tempatan dan aku melihat serta nampak suatu benda yang orang lain tak nampak, pergaulan bebas, tinggal solat (perkara biasa dah tu) dan yang paling teruk TAK PUASA DAN MAKAN DEPAN PEKERJA LAIN.

aku tak tau samada ni adalah budaya di mana2 tv pon, tapi, inilah realiti masyarakat hari ni. depan tv bukan main nmpk elok lagi cover2, tujuan konon2 nak mendidik masyarakat, tapi diri sendiri tak terdidik.

satu persoalan yang timbul adalah adakah bidang ini menjurus kepada masalah ini?

Tidak juga. sebab tak semua org mcm tu. biasalah, kalau ada yang bersungguh tu, mana2 waktu pon ada tempat nk buat ibadah. Cuma samada antara nak dgn taknak je,

pengaruh dalam bidang ni terlalu bahaya.so,pesan aku, jgn melibatkan diri dalam bidang ini. atau kalau boleh, jauhilah, sebab bidang ini terlalu banyak lagha nya, dan maksiat.

sama2la kita ingat mengingati.

amal makruf, nahi mungkar,



Nampak tak di sini? Pengakuan seorang insan yang terlibat dalam dunia penyiaran. Now bukalah hati, bukalah minda. Marilah kita cuba muhasabah diri kita. Negara kita telah lama dijajah. Kita telah dijajah ' mind set ' kita. Kita tak mampu keluar dari ' kepompong ' yang direka kita sendiri.

Hari ini orang Islam cuba menjatuhkan bangsa seagamanya sendiri. Sedarlah wahai saudara saudariku, hidup di dunia ini hanya persinggahan semata-mata. Ibarat nakhoda kapal yang berlayar di lautan luas terbentang menuju ke sebuah pulau yang kekal abadi. - AKHIRAT -

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : " Janganlah kamu menjadi orang yang terikut-ikut dengan mengatakan kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik dan kalau mereka berbuat zalim, kami pun akan berbuat zalim. Tetapi teguhlah dirimu dengan berprinsip, kalau orang lain berbuat kebaikan, kamu berbuat kebaikan pula dan kalau orang lain berbuat kejahatan kamu tidak akan melakukannya. " { Riwayat al-Tirmizi }



( gambar hiasan )
Wassalam ~
p/s --> Cepat jawab member Mamat yang paling kacak. Nak tau jawapan aku, klik di sini
p/s/s --> Marilah menegur sesama kita dan silalah tegur diri ini jua.


You May Also Like

31 comments