Coretan Sabtu
January 09, 2010Assalamualaikum w.b.t
Hari Sabtuku dirancaki dengan acara membersih rumah sewaku. Kerja amal ini anjuran aku sendiri. Oh rumah sewa ini terlalu banyak kerosakan yang kami sendiri tidak fahami. Nak kata ganas, tak pulak. Entah la kenapa. Layan sudah. Dah banjir satu dapur ni dek kerana pengaliran keluar masuk air tidak berjalan dengan lancar di situ.
Maka aku mengarahkan assistant aku iaitu Faris ( budak rumah aku ) merangkap pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah SMK** untuk sama-sama mengerahkan tenaga, memikul amanah, berkerjasama membasmi ketidakbersihan rumah ini. Yeah! ( laungan semangat! )
Eh sebelum tu pekena Milo dulu. Entri ini ditaip pada pukul 3:34 petang dan pada waktu ini perutku hanya beralaskan roti gardenia bersalut chocolate & hazelnut sahaja. 3 keping. Sanggup tak lunch untuk nak bersih rumah. Eh, eh jangan salah faham. Lagipun malas nak menapak keluar makan. Padahal tak sampai 10 minit pun nak pergi makan. Faham tak malas? Okey, faham.
Selesai juga acara yang julung-julung kali diadakan ni. Susun atur nak kena decorate lain ni. Biarkanlah dulu mereka di situ. Dapur pun tak berasap lagi untuk semester ini. Selalunya aku ni handal juga masak. Eh tak percaya? Okey, gua boleh masak nasi. Eh jangan tak percaya ada yang tak tahu masak nasi pun ada. Gua juga pandai masak nasi goreng. Pakai hentam masuk itu ini and goreng :-) And the famous one, gua pandai goreng-goreng ( telur, ikan, ayam and so on ). Goreng gitar gua tak pandai. Itu sahaja la kot. Eh ada lagi. Gua pandai masak sayur. Sayur paling gua suka sayur sawi.
So hari ni gua lepak rumah je kot sepanjang hari. Member ada yang pergi PAS. PAS? Plaza Alam Sentral la. Ooo. Wey tak ajak aku. Sadis betul member. ( member aku balik nanti mesti dia belasah aku, tadi dia ajak aku yang tak mau )
Diri tengah rajin ni ingat nak kemas bilikku yang telah sediakala kemas ( poyos ). Nak buat jadual for the routine in a week. Minggu depan mesti dah start kebizian. Oh tidak! Kena persiapkan segala kelengkapan sebelum aku 'bertempur' ni. Rasakan serang hendapku nanti!
Nak sambung pembacaan sebuah buku yang best. InsyaALLAH akan aku publish for the next entry. Rasanya itu saja kot nak cerita. Kalau tak best lekas-lekas tutup tetingkap ' Hami Asraff ' ni ya. Oh terima kasih.
Oh belum lagi. Dengan ini secara esklusifnya aku akan menampilkan meja studyku dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi Shah Alam ni. Aku tak pernah publish di mana-mana lagi. Eh lagi pun nak publish kat mana kan? Adei ~
Dah ketelanjuran aku letak gambar ni, nak cerita sikit apa yang ditampal kat billboard aku tu. First aku letak gambar ibu bapaku yang tercinta. Oh ini mesti. Merekalah sumber kekuatan dan semangatku untuk terus melangkah. Second aku letak gambar keluarga. Because they are everything. Selebihnya letak gambar kawan-kawan yang sama-sama mengharungi perjuangan suci ni.
Lagi lagi. Eh tak sabar pulak kamu. Aku letak Ayat Seribu Dinar. Ayat Seribu Dinar ini memang sangat bagus untuk dijadikan surah hafalan dan amalan. Just try it. Pastu aku letak lirik lagu Hadapi Dengan Senyuman. Lagu ini memang dekat dengan diriku. Aku juga letak sebuah cerita yang menjadi panduan dan pedoman aku selama ini. Cerita pasal Bunga Dan Rama-Rama. Oh aku begitu menyukai kisah cerita ini. Dan aku sangat yakin. Kliklah situ itu tahu lebih lanjut.
Dan selebihnya aku letak kata-kata semangat, jadual, kertas kuning yang kecik-kecik tu untuk coretkan apa yang penting and what i need to do. Oh itu sajalah kot. Kesorian kebanyakanlah sekiranya kamu tidak menyukainya. Okeylah i gotta go. Jom menjalani kehidupan dengan ceria macam aku. Hehe ~
Wassalam ~
p/s --> Korang pakai minyak wangi apa? Klik di sini
22 Comments
rajin mengemas ye
ReplyDeletebagus2 =)
btw, duduk menyewa d seksyen berapa?
eh jom exchange link nak?
let me know ok
tq =)
meja belajar kamu sungguh kemas...
ReplyDeleteentry kamu mmmg panjang cecah lantai tp seronok membacanya... hihihi
tahniah2!kui3
=)
wah rjinnya hari ini..
ReplyDeleteanak yg bgus..bgus2..rjin pula dia mngarang blok2 ni stelah penat mngemas.huhu.hehe
baguslah mengemas rumah tue..nmpaklah mcm rumah..klu tak reti nak kemas, kang bsepah plak dan tak bestlah tinggal kat situ..hehehe
ReplyDeletehohoho..
ReplyDeleterajin amat. sgt baguslah ini orang. :)
sila blajar dgn rajin ye.
thnx for the tips yg ayat seribu dinar itu.
akn cuba dipraktikkan.. :)
ayat seribu dinar mmg bagus,..
ReplyDeleteada gak ltak kat billboard..,
bila nak study..,
terpndg.., so baca... :)
lepas nih leh kemas bilik aku plak
ReplyDeletehahahaha
meriahnya..semangat nk study nih..tiru bole..ehehe
ReplyDeleteowh,umah ko dkt atas Barra tu ke?
ReplyDeleteyups orang kedah
ekau orang kedah juga ka?
aku link la blog ko yer
mmg rajin budak ni
ReplyDeletebgsla letak gambo2 tu
sye letak doa belaja jek
hehehe
saLaM..wah keMasNya meJa..HadOi Jatuh cInta La klu camni..hehe...=).....
ReplyDeleteowh,tapi kira rumah2 atas kedai dekat situ ke?
ReplyDeleteaku letak link blog ko dkt bloglist aku lah
adoi
haha
kedah dkt mana?
kalau ada fb sila add aku
senang sikit nak tanya macam2 nih
StrewberiManis --> thanks :-) dok seksyen 7
ReplyDeletekupu-kupu_cinta --> thanks juga. my stail. huhu ~
Anonymous --> insyaALLAH. doa2kan la ye :-)
Mr Kamikaze --> betol tu. kalo rumah bersih rasa selesa skit duduk and study :-)
aemyLina™ --> yeke? bagus la! :-)
Fza.ithu.Zazha --> tak rajin mana pun. biasa2 aja dong! thanks for the advice. trylah amal ayat seribu dinar tu. memang bagus!
hans --> aku kedah dekat changlun. hang kat mana? aku dok kat blok dekat pasar malam. aku takdak fb la. baru ja deleted.
pudding pie --> tak rajin mana pun. oh okey la tu :-)
!!!~ZuE SmiLeYx5~!!! --> huih statement kamu menakutkan. tidakkk! ( melarikan diri )
HaHa...JusT Joking la brO...=)
ReplyDelete!!!~ZuE SmiLeYx5~!!! --> haha ~ i know u're joking. masakan betul dong!
ReplyDeleteHaha..gud!!taw takpe..tpi klu betul camNa...hihi...=)
ReplyDelete!!!~ZuE SmiLeYx5~!!! --> eh ada lagi tu extra sambungan. adei ~
ReplyDeletehak333...srnk bc blog ni ngn komen2nyer...meriah je.... ;p
ReplyDeletePenawar --> oh, tq2! eh kenapa saya masuk blog kamu tiada apa yang kutemui?
ReplyDeletecbb sy mmg xde blog pn...ngeh3...srry ek...
ReplyDeletesy xmnat bt blog cuma ska kcau blog org je...;p
kamu seorang yang bermotivasi tinggi..
ReplyDeletesaya sukakan semangat itu..
tahniah untuk kamu...
assalamualaikum
ReplyDeletecantiknya billboard anta.. mata pun sedap menengok mesti dpt beri smgt untuk belajar keras2 kan.. alhamdulillah for anta..
moga thabat di jalanNya dan teruskanlah berda'wah. ana pun dah masukkan anta di blog list ana spy sng baca bila anta kemaskini blog.
WAllahua'lam
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)