­

Masalah Problem

August 19, 2009

Assalamualaikum W.B.T. Bersua kembali...

Last 2+dis week hidupku agak berantakan.. Macam2 masalah yang timbul. Yang terpaksa aku hadapi. It is life.. Normal la kan.. Masalah yang paling kerap dialami last week ialah moto burukku itu membuat hal.. Nak cerita ni. Minggu lepas je 3 kali motoku pancit. Uwaaa sedih2..!!

Dah la time tu hujan renyai2 disusuli kilat sabung menyabung ( macam dalam filem la pulok ). Kalau dah nama pancit tu alamat melayang la duitku. Huhu.. So for the first time tu aku pergi tukar tiub cam biasa la. Nak di jadikan ceritera cinta bocor lagi. Pergi lagi kedai apek tu ( mula2 ingat apek tu nak sabotaj aku.. Tak baek buruk sangka! ). Sama gak hasilnya! Lantas tanpa cakap banyak aku terus menukar tayar terus.. Hah ambek nak bocor sangat.. Pakai tiubless lagi.. Pancit gak tak tau la..

Dan hari ni... Jeng... Jeng... Jeng... ( bagi suspen sket crita ni ) selepas aku pergi maybank membayar bil p1 w1max ( last day kena bayar ), aku mengalami kegelongan ( * gelong = goyang ) pada tayar motoku. Adoii apa pulak kali ni? So aku rasa aku perlu membuat perhitungan dengan apek tu.. Tak leh jadi nih!

"Aiyaa.. Lu lagi ar.. Apa pasai"... "Tak tau la apek..tayar *gelong lar".. So di shortkan setori ni de apek pon menyetelkan masalah problem aku.. Bearing hancuss.. Maka duit pun melayang lagi.. Uwaaa... Tak pa la.. Moto aku jugak kan..

Camtu la cerita aku yang tak berapa best.. Hehehe.. Tapi masalah problem aku lebih berkisar pasal kewangan la.. Nak wat camna kan? Redha je la.. Masalah laen standet la as a student. Semua yang pernah bergelar student konpem rasa apa yang aku rasa sekarang ni.. Chewahh..

Minggu ni la paling banyak test. Semalam dah setel satu test. Tinggal 2 test iaitu hari sabtu ni. Kena pulun betoi2 kali nie..

Sori la kalo tak best cerita gua ni.. Hahahaha... The moral story here is manusia tak pernah lekang dengan masalah. Baik kaya mahupun miskin, baik berada mahupun papa kedana..
Yang paling penting macam mana kita menyetelkan masalah itu dengan cara yang paling rasional dan berhikmah.. Masalah itulah yang membuatkan kita lebih berani untuk terus melangkah..InsyaAllah jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Dia pasti membantu..

You Might Also Like

2 Comments

  1. salam, nice blog..
    manusia sebagai khalifah kat bumi ni tak pernah lekang dgn masalah..btul nk selesaikan sesuatu masalah tu lah kunci mcmna kita nk terus kn hidup..yg pnting jgn lpa pada yang satu tu
    salam

    ReplyDelete
  2. Salam kembali.. Lumrah sbg manusia biasa kan..? buat la mcm mana pun masalah tetap dtg pd kita.. kunci segala masalah.. SABAR & JGN PUTUS ASA..insyaAllah..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe