­

Salah Akukah?

August 16, 2009


Adakah aku tersilap langkah?
Aku dah mencuba dan terus mencuba.
Tapi aku tak berani ambil risiko.
Padahnya telah ku terima.
Di saat kuperlukan, di situ aku kehilangan.
Allah menguji hambanNYA ini lagi.
Aku redha, aku pasrah.
Hanya itu sahaja yang mampu aku lakukan.
Tapi kenapa seringkali aku diuji sebegini?
Ujian dari Allah datang dari pelbagai bentuk.
Dan ini ujian untuk aku.
Aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini.
Tapi apa?
Aku kena yakin.
Aku kena sabar.
Aku mesti percaya semua ini datang dari Allah.
Ya Allah, aku jahil Ya Allah.
Ampunkan dosa2 ku Ya Allah.
Tapi kali ini aku merasai 'kehilangan' yang amat sangat.
Tapi aku rasa aku tidak bersalah dalam hal ini.
Tapi kenapa aku rasa aku bersalah sangat?
Aku perlukan penjelasan.
Aku perlukan jawapan.
Dan aku perlukan kebenaran.
Di saat ini hanya satu aku perlukan.
Aku perlukan KETENANGAN.
Ya Allah, berikanlah ketenangan ini padaku.

You Might Also Like

2 Comments

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe