Sesi Monolog Dalaman

Saturday, August 15, 2009

Nur Kasih 2

Assalamualaikum semua..

Aku baru balik kelas on je laptop nak download Nur Kasih episod 12. Huih semangat2.. Tapi internet lembab daa.. Hampes! So aku tengok kat tv3.com.my je la. Sambil2 tu aku buka la youtube. Aku taip la nur kasih episod 12. Keluar banyak gak, tapi tak ada lagi yang episod 12. Dalam banyak-banyak video tu aku tertarik pada satu video yang bertajuk ' Tiz Zaqyah Razak '. Huih Nur Amina tu. Tak boleh jadi, kena tengok ni. So aku bukak & download. Bawah ni aku sertakan video tersebut. Tengok dulu baru komen.

p/s : nampaknya ada masalah dengan video tersebut. So aku sertakan url dia di bawah ni.

http://www.youtube.com/watch?v=PbIAVOgjLGg

Astaghfirullahalazim.. Aku mengucap panjang. Dan terlebih dahulu dengan bakal apa yang aku komen di bawah ni jangan disalah ertikan. Aku memang minat sangat-sangat cerita ni. Watak Nur Amina la yang paling buat aku terus melekat untuk tahu kesinambungan cerita ini.

Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah ( rasanya korang pun dah dapat agak ). Bukan nak menunding jari or melabelkan apa-apa. Cuma apa yang ingin aku katakan ialah pelakon is same. I mean she or he need to act like what the director desired. Mereka cuma melakonkan watak tersebut dengan berkesan untuk tatapan ramai. Tapi secara tak langsung rasa agak sedih dengan apa yang mereka ingin sampaikan.

So again, nama pun pelakon kan.. Aku tak nak komen panjang2 sebab takut menyentuh sensitiviti masyarakat kita sekarang ni. Cuma aku pernah terbaca di akhbar pasal Tiz Zaqyah Razak yang beliau ada mengatakan ingin lari dari imej bertudung. Alangkah ruginya rasa. Macam sedutan dalam video tersebut " Setiap orang ada perangai masing2, kita tak dapat duga, bukan salah dia, mungkin faktor sekeliling, keluarga tak beri bimbingan yang baik, kita hanya dapat berdoa yang terbaik untuknya "

Semoga Allah memberi jalan dan pertunjuk yang baik utuk kita semua. Ambil la yang positif untuk jadikan pengajaran, dan negatif untuk sebaliknya. Yang terbaik hanya dari Allah SWT. Yang buruk dari hamba kerdil ini sendiri..

Wallahualam..

No comments: