­

Bulan Yang Dinanti

August 23, 2009



Salam Ramadhan semua.

Entri ini sepatutnya ditulis pada 22/08/09 bersamaan 1 Ramadhan 1430 Hijrah. Tapi kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan, maka dipublish hari ini.

Semalam, 1 Ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh muslimin dan muslimat. Syaaban pergi, Ramadhan pula diganti.

Permulaan yang baik dalam bulan Ramadhan ini. Semalam juga Ramadhan aku disambut dengan 2 test iaitu pada pukul 9.00 pagi dan 11.00 pagi. Honestly kurang boleh buat test semalam. Tapi tawakal je la. Dah la dalam dewan annexe tu sejuk sampai ke rulang sum sum. Kalau aku duduk sejam lagi rasanya beku kot.

Balik rumah dalam hujan. Abih basah kuyup. Hemm, petang ni dah plan nak buka puasa kat surau al-Islah. Tetiba dapat call dari seorang mamat yang paling aku kenali. " Jom pi bazar ramadhan..". Adus rosak program. Tapi tak apa la, banyak hari lagi puasa. So kami pun pegi bazaar ramadhan kat seksyen 17. Ramai gak orang.. Standet.. Kalau kat seksyen 2 tu lagi ramai bangat..

Buka puasa kat rumah dan dipendekkan cerita aku pergi solat terawih kat surau dekat rumah aku ni je.

Nak kupas sedikit la pasal ramadhan ni. Bulan ni la bulan keampunan, bulan rahmat. Ambillah peluang ini untuk kita membaiki diri. Membaiki diri ke arah baik dan lebih baik. Perbanyakkan la amal ibadat. Jadikan ia satu titik perubahan untuk kita. Kerana kita masih belum tentu akan bertemu di ramadhan yang akan datang.. Jangan lepas peluang ini!

You Might Also Like

0 Comments

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe