Kesakitan Itu Sangat Menyakitkan Untuk Sesiapa Yang Pernah Alami
March 09, 2010Assalamualaikum w.b.t
Bersua kembali. Oh memang aku punya kelapangan. Kelapangan yang seketika ini untuk mengemaskini blogku. Minggu kesibukan masih belum berlalu pergi. Menunggu waktu dan tika untuk 'menangkapku' dan membawaku pergi. Oh berpuitis seketika.
Ada benda nak dicerita. Ada benda nak dikongsi. Ada benda nakku taipkan di sini. Perkara ini berlaku kepadaku beberapa minggu yang lalu. Tetapi saat-saat getir masih segar dalam kotak fikiran. Apakah? Mari membongkarnya di bawah.
(sila tune mood pembacaan anda kepada mood suspen)
Cerita bermula. Pagi itu, hari Isnin. Ya aku pasti hari Isnin. Aku memulakan hari aku seperti biasa. Bersiap-siap pergi kelas seperti sediakala. Menyarung baju dan seluar ala-ala formal. Memang hari Isnin dinamakan Hari Koprat untuk UiTM. Bersedia mengorak langkah dengan ceria dan jayanya.
Akan tetapi dengan tiba-tiba, "arghhh, benda ni datang lagi". Waduh, macam mana aku nak menempis? Benda ini sangat menyakitkan. Kesannya untuk keseluruhan tubuh badan sekaligus telah meng'sploit'kan mood yang ceria dan jayanya tadi. "Macam mana ni?" Getus hatiku. Aku ingatkan dah okey. Tapi makin 'merebak' dan terus 'membesar'.
Pagi tu dalam kelas Mandarin, aku tak berupaya untuk memberi sepenuh tumpuan. Oh nasib baiklah kelas Mandarin ni pembelajarannya lebih kepada santai. Fokus kian hilang. Kesakitan kian bertambah. Otak kian ligat berfikir. Aku kena lakukan! Pasti untuk kali ni. Ya aku kena cuba!
Habis saja kelas Mandarin, aku terus mencapai 'Honda'ku dan terus menyusuri tempat itu. Aku tak tahu sama ada tindakan aku yang entah ke berapa kali ini akan berjaya walaupun kegusaran terbit di benak hati. Ya kali ini aku nekad. Aku kena lakukan juga!
Melangkah dengan kurang keyakinan. Memang sebelum-sebelum ni aku dengar dari mulut orang benda ini sangat menyakitkan. Sangat! "Weh sakit weh, tak berani aku". Kata seorang sahabat padaku. "Err, bab-bab ni aku lemah. Aku surrender. Hari tu aku dah buat. Oh sakit!". Sahabat lain pula menambah.
Walaupun kata-kata mereka masih segar bugar dalam kotak fikiran, aku rasa aku perlu juga. "Ah, pedulikan! InsyaAllah tak dak apa-apa kot", cuba memujuk hatiku yang rawan. Padahal agak gusar lagi ketika kakiku melangkah ke kamar 'pembaringan'.
Di luar kamar. Menunggu giliran. 1 jam juga menunggu. Kecuakan mula menguasai segenap inci fizikal. Psikologi juga tidak mahu mengalah. "Rileks beb! Ala, benda ni biasa je. Cool cool!" Masih dan masih terus berfikiran positif pada setiap gratisan fikiran yang memintas.
"Ting!, 3 0 4 2 ". Suara seorang wanita mengeluarkan bunyi dari pemacu pembesar suara yang juga dihasilkan oleh 7-Segment Displayed yang dilengkaji oleh Microcontroller di dalamnya untuk tujuan pemprosesan input keluaran. Menandakan tiba giliran aku.
Aku berjalan dengan berpura-pura cool. "Tak dak apa-apa ni, biasa je". "Habislah, sakit weh!". Err, sudah sudah! Aku nak masuk ni. Dalam kamar 'pembaringan'. Terpandang 2 makhluk yang sudah menanti akan kehadiran aku. Tampak mereka seperti tak sabar saja untuk 'mengerjakan' aku. Oh Tuhan, selamatkan daku!
Seperti yang diarahkan, aku melakukan seperti yang diarahkan. Aku berbaring di 'katil pembaringan'. Dan 2 makhluk tadi mengarahkan aku 'buka'. Err, aku cuba 'buka'. 2 makhluk tadi bersembang antara satu sama lain setelah melihat 'keadaan' aku. Kadangkala aku tak dapat tangkap akan istilah yang mereka guna pakai.


Memang ketika aku 'buka' memang sangat sakit. Tapi nak buat macam mana. Aku kena tahan. "Tahan, biar papa pegang!" *iklan. Waktu ini, aku 'dikerja' dengan rakusnya. Puas aku meronta. Mereka seperti langsung tidak memberi aku peluang melepaskan diri. Aku pasrah dan redha.
"Memang sangat sakit. Tapi anda kena harungi juga." Kata salah seorang daripada mereka padaku. Aku hanya mampu 'harungi juga'. Hoho ~ Sadis di situ. Membaca apa sahaja yang terlintas dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 'Upacara' berlangsung agak lama sebab mereka cakap 'agak dalam' benda ni. Sadis lagi.
Oh itu sahaja nak cerita. Sekian! (Pangg!!!, Dengan tiba-tiba penampar sulung singgah di mukaku)
Eh rileks rileks! Nak tahu juga ke apa yang sebenarnya terjadi? Tak payah tau la ye! (sedang bermain emosi dan kesaspenan pembaca). Bila-bila aku sambung balik ye. Hehehe ~ (gelakan kesinisan jahat menghantui diri). Okey scroll down sampai bawah kalau nak tau.
--------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
---------------------------------------------------
---------------------------------------------
-----------------------------------
------------------------
----------------
-----------
---------------------------------
----------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------
---------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang aku alami ialah sakit gigi. Okey dilulang dan font di besarkan
SAKIT GIGI
No wonder girllah orang cakap sakit gigi ialah sakit paling sakit kedua selepas sakit untuk bersalin. Alhamdulillah sekarang ni aku 'pulih' selepas membuat 'pembedahan' di 'kamar pembaringan'.
Memang gigi graham bell aku dah berlubang. Malah sangat besar. Memang perlu cabut. Tapi 2 makhluk = dentist cakap boleh ditampal lagi. Proses penyucian itulah yang sangat menyakitkan. Serius beb! Kalau hampa besa sakit tau la lagu mana.
Itu saja aku rasa nak setori. Sori kalau tidak best. Hehe ~ Okey sebelum tu nak remind lagi pasal CONTEST. Ada lagi 2 hari tu nak join. Klik CONTEST ni dan sekiranya tak faham klik PENJELASAN.
Wassalam ~
Post Script --> Gosoklah gigi 3 kali or 4 kali sehari :)
71 Comments
ahahha.
ReplyDeleteaku pn baru hilang gigi kelmarin..
:)
saya harap kalau saya bersalin satu hari nanti, saya takkan menulis entri macam neh untuk menceritakan kesakitan yang dialami...
ReplyDeletemencikkk!! mengade punye entri kemain 18kilometer genre saspen die!!
haahaha..lab report dh siap ke neh? T____T
huhuhuhuhu... x suspen la hami... dah bleh agak hami sakit gigi... kui3... tapi buat2 suspen nie... ngehehehehehehe... jgn lupa for every 6 months utk jumpa doctor ya... gigi harus dirawat... hehehehehe...
ReplyDeleteadoyai......
ReplyDeletesakit gigi!!!!!!!!!!!!!!!!1
egt sakit apew...............
hahahaaa... dah agk dah sakit gigi..
ReplyDeleteyer..sakit gigi ni raja sgala sakit..sbb skt nya bjangkit-jangkit..dr gigi, naek ke kepala, trun ke hati..aishh..moralnya, gosok gigi sblum tdo, jgn mkn bnda manis2 =)
ReplyDeletesakit gigi adalah yg paling sakit skali
ReplyDeletecayelah!
sakit yg paling sakit
ReplyDeleteperghh.. bikin saspender jela bro.. huhuhu..
ReplyDeleteSalam :)
ReplyDeleteHurm..Fana pernah terbaca..
Kalau mahu gosok gigi 3-4 kali sehari memang boleh, tapi jangan beli ubat gigi yang mengandungi florida. Ada implikasi dari bahan itu kepada otak kita..
Guna yang tak ada florida, dan kebanyaakkannya, jenama yang tak ada florida ini adalah made in Malaysia, macam Safi, Murni, Najwa.. :)
Mungkin juga dalam Islam pun tau itu tak bagus untuk kesihatan, mungkin?..
ahaha. ingatkan sakit apa lah. tapi memang sakit gigi sakit. haha. dan jumpa dentist adalah benda yang saya paling takut sekali. hoohee.
ReplyDeleteSalam Bro,
ReplyDelete1st. thanks kerna pegi jenguk my junky blog.
2nd. sorry faris tak baca lagi isi2 entry ney, just sempat baca 'saket gg' jeh.haha
3rd. actually im looking for yr shoutbox, tapi tak ade. so tegur melalui comment shaja.
4th. sorry faris tak baca pape lagi from yr blog, will do within this week.hahah
5th. thanks again! take care. assalamualaikum ;]
hahahahha~ ingatkan ape lah~ comel.
ReplyDeletesalam ziarah.
ReplyDeletesakit gigi sakit kedua yg paling sakit??
wow!!! :))
salam..nama pun "sakit" gigi..mestila sakit kan..hahaha..
ReplyDeletealhamdulillah..dh lama juga ggku shat..last sakit pun masa f3..mtk2 berterusan ggku ini sihat..kuikui..xnak masuk ke kamar pembaringan tu lg..
salam,.
ReplyDeleteahah.,.
sakit gigi rupanya,.,.
dia tmpal j la ek?
kalo tmpal mmg sengal pon,.
haha saspen..ciannya skt gigi..
ReplyDeleterjin2 gosok gigi :P
saya hr tu sakit gg gak..
ReplyDeleteberlubang..samelh geraham..
lme2 ok dah..xsakit..
dlu klau pas mkn cnfirm sakit je..
xleh nak bt ape..smpi ngis2..
tp tbe2 skrg ok dah..tu yg pelik..
xjd cabut gg ;p
hihihi.. selama ni dok gosok gigi bape kali sehati? smggu skali ke? :p
ReplyDeletesyafakallah..:)
ReplyDeletehehehe..
ReplyDeletesakit gg rupenye..
^___^
pasni rajin2 gosok gg..
haha..suspen gile baca ko nye entry..skit gg upenye..mmg skit la klu tang gg tu..huhu
ReplyDeletejemput join this contest -->
http://ajuera-story.blogspot.com/2010/03/contest-teka-bola-oh-bola-mietos.html
dh hilang 2 batang gigi bawah jumaat lepas....sgt tidak sakit...ubat kebas dia power sgt...huhuhu
ReplyDeletealhamdulillah xsakit =D
hehee....ingat sakit kronik ker....kena senggugut ker....rupanya sakit gigi.....tulah dik mokcik kan dah pesan jangan makan eskem ngan gula2 banyak sangat....kan dah sakit....tak dapek mokcik nak nolong ......
ReplyDeletepasni pi buat gigi palsu...pastu bolelah pakai polident....kuikuikuikui....
jangan marah nooo mokcik gurau jer....
ahahahah keji keji keji. Aku baru nak layan mode sakit jiwang jiwang. sakit gigi upanya...auwwww punya feeling aku baca. ahahah sakit gigi upanya.
ReplyDeleteahahah tp mmg arr, sakit weh sakit. plg benci bila tngok muka 2 org tuh, sakittttt. Esok pun mybe akan pergi menyakitkan diri sendiri. ahhh sakittt
dah agak sakit gigi
ReplyDeletekahkahkahkah
takziah
>>___<<
p/s: sakit gigi mmg leh wat mood hilang!!
g je jumpa dentist
ReplyDeletebest apa jumpa dentist
cuci gigi , scalling best
lega n ringan gigi
heeeeeee
kalau gigi sakit , goyang, or lubang yg tak leh selamatkan lagi
cabut jer
habis masalah
heeeeee
xoxo
byk mkn gule2 ni.. ahackz!
ReplyDeletemmg kalau saket gigi, pape keje pon xleh buat. mampu baring jek.
dulu penah kne cabot gigi. seminggu demam kot. hahaha.
besh2...story mori yg penuh gaya..ada mutu serta ketunggulan..hehe
ReplyDeletehaha sudah ku agak..
ReplyDeletecerita pasal sakit gigi ja pun
tp da dasat gini penceritaan
wahhhh~~
warghh...kah444444.....lwk2....tgk gmbr yg de pn dh klkar... ;p
ReplyDeletesy bkn nk bngga...tp mmg xprnh rs skit gg ni...minta smpang r malaikat 44 klu btul2 skit...xsnggup daku merasainya...heh3... ;D
"tugas seorang dentist ialah menyelamatkan gigi"....ayat feveret miss dentist when we say "saya sakit gigi,tlg cabut gg saya"....
ReplyDeletehehe
ReplyDeleteingatkan dpt penyakit bebudak u... migrain...
sakit gigi memang sakit..
terutama kalo kes gigi reraham bongsu nak tumbuh... tumbuh lak tak betul duduk.. langgar gigi lain... aduh...
itulah saat rupa jadi bagai mati laki
hehe
saya dah agak bila nampak first gambar. lepas lihat gambar tu terus ngilu kat gigi, teringat dulu masa dikerjakan dentist2. meneruskan membaca sampai habis walaupun ngilu menyelubungi.
ReplyDeletesaya on proses siapkan entri contest tu. jangan tutup awal pulak ye.heee
I pun baru cabut gigi semalam. Sakit masa bius jela.
ReplyDeletemusykil skit, blh ke gosok gigi sampai 4 kali. 3 kali kot max. tak tahula. sebab bahan dalam ubat gigi tu ada bahan yg blh rosakkn gigi jika guna terlalu kerap. cek mula dgn dentist
ReplyDeletewaaa..takut jumpa dentist!!!sebb ia berlaku dibahagian muka yg comel sekali..waaa..mulut comel kan..sbb dari mulut keluar ayat2 cinta..bikin hati jadi dug dag
ReplyDeletemmg alangkah sakit bila gigi disakiti.kalau boleh nakcabut semua gigi dan ganti gigi baru..hehee..duit duit..
adohh..penat scroll.ayat guna mmg rakus betul ..
ReplyDeletebro...
ReplyDeletekita dah boleh jadi adik beradik dah
aku pun takut dgn doktor gigi
hahahahah
eh,hang amik mandarin ka?
leh lah ajaq aku nanti
serios sakit paling x best adalah sakit gg!!..sakit dia nya menyucuk x taw nk kata apa dah..umpa hidup segan mati x mahu..huhu
ReplyDeletemmg sakit bila sakit gigi..aduhh gigi aku ni pun dah nk kena hantar g repair...
ReplyDeleteseperti mati hidup kembali..
Aduss... aku kalau sakit gigi..
ReplyDeletetakkan tunggu lama punya, terus aku jumpa dentist.. tak leh tahan. Awek seksi lalu pun tak hilang sakit.. he he
bunyi mesin gerudi tu la paling takut, gigi atas dah blubang. nak g dentist takut pulak..
ReplyDeletecite punye lah suspen
ReplyDeleterupe2nye gigi je ..hohoi..
hahaha. ayt nk suspen je kn.. at last sakit gigi. well, tahniah sbb dah cabut n tak sakit lg pasni. ;D
ReplyDeleteskt gg xleh tido n xselera nk mkn..:(
ReplyDeletewoooo.hal gigi rupenye..
ReplyDeleteade org saket gigi sampai demam2..
penangan saket gigi .
sakit gigi rupanya..haha..ingt lagi masa kat sekolah, budak kelas lari balik masuk kelas sbb takot jumpe dr gigi..hahaha..form 5 plak masa tu..
ReplyDeletelaaah, sakit gigi ke? kesiannye. mmg sakit kn??! lg sakit dprd kene denggi ke, ape ke. mcm fafau pulak, cabut gigi smpi demam. neway, get well soon!
ReplyDeletesakit gigi...
ReplyDeletesecebis tarbiah dari Allah.. =)
hye salam singgah....thanx lawat blog kita aritue....
ReplyDeleteAku baca perenggan ke-7 dah dapat tangkap pasal sakit gigi. Kuikuikui.
ReplyDeletebtol3, sakit gigi, sakit yg sgt skit
ReplyDeletetu ler x basuh gigi
ReplyDeletehaha
haha mu ni. lwk. yup kesakitan yg sbnr mmg menyakitkn.... sehingga kdg mengundang rs pts asa....
ReplyDeletetp kdg2 rs mmg x ptt pts asa. hiburan yg santai =)
dni dah lama tak rasa sakit gg... gg bongsu pon lum tumbuh lagi... agaknya belum matured. haha... :p
ReplyDeletestudy jangan tak study! :)
Ingat kan sakit apa ler memula tadi, suspen nyer macam nak masuk wad bersalin :). Dah okay kan sekarang, harap dah boleh makan macam macam :)
ReplyDeleteehhh.. bila pula sakit paling sakit sakit bersalin?
ReplyDeletesakit paling sakit ialah sakit tengkuk/leher.. tak caya cuba paling masa dapat sakit tu.. sakit giler kan3...
jangan marah arrr
;)
huhu ingatkan ape lah..kenapa semua takot jumpe dr gg.hehe..ceh mcam lah aku tak takot.lol..hmm bro meh dtg jumpe aku, aku cabutkan gg skit tu.=P
ReplyDeleteowh,,sakit gigi rpenye,,
ReplyDeletecian kamoo..
hurm,,btol2,,kene gosok gigi 3 or 4 kali sehari
:)
10s 4 da dropping by
ReplyDeleteouh post tentang ape saye sedang alami..
ReplyDeletehaha
singgah balik kty blog ni...xjmpe shout box la... da follow u.. btw, skit gg, pg jmpe doc cpt..
ReplyDeletewahhahaha sakit gg
ReplyDeletesaspen aku bace
dah lama xcabut gigi..
ReplyDeletelast time darjah bape ntah.
ahahaha.
salam...hehehe da taw mmg ni pun yg awk nk cmpaikn...as long sy hdup xpnh lg rse skt gg...mst skt kn..but thniah..da brjaya..awk mmg berani!! (^^V)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteadus... dpt kurasakn keskitannya.. krna ku sdg mgalaminya skg.. ho3.. gerhm ku buat hal.. adoi.. da p klinik.. tp doc xmo cabot.. doct suh mkn ubt.. kurgkn skit dlu bru p cabot.. kalu cabot skg alamak merana la..ho3.. smlm skit sgt3.. ho3...
dr gigi :)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletedari itu,marilah menjaga kesihatan gigi dan mulut..:)
sakit!!! help me!! tgh mngalami skrg nih...damn la!...sakit urat2 kple duk trik.....mcm mne nih...pusat kesihatan unvesti kekurangan doc..petua nk hilang kn skit mcm mne ek..xtertngung da...
ReplyDeleteerr..for me..baik cabut la dari tampal..kesakitan tu akan berakhir takat tu je..bygkan kalau tampal, then tampalan tu tercabut...kena korekkk lagi .. omg
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)