Apa Itu Twitter Dan Aplikasi-Aplikasinya Yang Aku Explore Sendiri

by - March 08, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Ada orang tanya aku, Twitter tu benda apa wey? Err, aku jawab ala Twitter ni kita boleh update apa yang tengah berlaku kat kita sekarang ni. Atau apa-apa saja yang kita rasa nak tulis. Tulis je. Tapi hanya 140 aksara sahaja.





Aku register akaun Twitter pun dah lama. Aku rasa sebelum aku buat blog lagi. Tapi baru sekarang ni faham macam mana nak guna. Dulu jakun gila. Aku rasa Twitter ni memang tersangat sesuai untuk Blogger. Percaya atau tidak aku ialah Pengupdate Twitter Tegar la ni. Hehe ~


Hari tu satu hari juga la aku explore benda alah Twitter ni. Macam-macam aplikasi aku jumpa. Ingatkan melalui Web saja. So aku nak share la dengan hampa semua aplikasi-aplikasi yang aku tau. Kalau yang dah tau tu berpura-pura tak tau noh.

Selepas Web, aku try Destroy Twitter. Kena install dulu. Destroy Twitter ni rupa dia macam YM. Okey la cepat juga. Tak payah nak masuk Web. Nak try klik gambar kat bawah ni.






Lepas tu aku try Twhirl. Lebih kurang je macam Destroy Twitter. Tapi Twhirl ni mudah dan compact. Kalau ada update baru saja, dia akan keluar dan mengeluarkan bunyi. Mudah la kita nak tahu apa yang latest terjadi. Nak try klik juga gambar kat bawah ni.






And then, aku mencuba pula Seesmic Look. Aku rasa Seesmic Look dan Twhirl company sama kot. Entah. Tapi Seesmic Look ni nampak elegen juga. Penuh dengan kebiruan. Klik juga gambar di bawah untuk mencuba.






Aku terus menggoogle lagi sehingga aku jumpa pula Echofon. Boleh download via Macintosh, iPhone dan Firefox. So aku pakai Firefox la. Mudahnya ialah apabila buka Windows Firefox, Echofon ni akan displayed on bottom right. Klik button and keluar. Oh tersangat mudah. Try klik bawah kalau nak tahu.





Last sekali yang aku explore dan paling suka TweetDeck. Oh ini yang paling best. Memang pantas dan mudah. Macam Twhirl juga kalau ada je update baru akan keluar terus dan mengeluarkan bunyi burung. Memang Twitter itu sendiri seekor 'burung'. Macam biasa, klik gambar kat bawah ni.




Twitter ni juga boleh untuk kita nak share picture dengan upload dekat Tweetphoto dan Twitpic. Tapi aku lebih suka Tweetphoto sebab aku boleh upload via TweetDeck terus. Nak try klik gambar kat bawah.





Kalau nak share video pun boleh dengan Twitter ni. Masuklah Twitvid. Tapi aku tak try lagi. Lagipun tak ada video nak share buat masa ni.



Dan last ni paling aku tak puas hati. Oleh kerana aku ni Pengupdate Twitter Tegar, nak try la update pakai handset. Oh 10 kali aku try asyik tak boleh je. Takkan Encik Maxis dan Encik Celcom bersikap bias kot disebabkan aku hanya memakai handset cikai. Aduyai ~ Last-last malas aku. Kalau hampa nak try, klik la gambar kat bawah ni.



Untuk pelanggan Maxis



Untuk pelanggan Celcom


Aku rasa ada lagi kot. Tapi yang tu saja yang aku explore. Kalau anda rasa nak join conversation Twitter dengan aku bolehlah add aku : HamiAsraff

Atau on the right side bar. Entah kenapa aku lebih suka Twitter dari Facebook. Mungkin sebab pantas dan mudah kot. Okey itu saja untuk entri kali ni. Jumpa lagi noh.

Wassalam ~

Post Script --> Cepat! Untuk anda yang ingin join CONTEST di bawah sila berbuat sedemikian sebelum 12 MAC 2010. Aku nak bagi hadiah free ni. Tak mau sudah. Lalala ~

You May Also Like

36 comments