Kuasa Percaya

December 07, 2014






"There can be miracles when you believe

Though hope is frail, it's hard to kill

Who knows what miracles you can achieve

When you believe, somehow you will

You will when you believe"

Lagu "When You Believe" diputarkan berulang kali. Walaupun penyanyi asal lagu ini Whitney Houstan ft. Mariah Carey, nyanyian versi dari Leon Jackson lebih enak didengari. Mendengar bait-bait lagu ini seakan muncul sebuah suntikan semangat pada diri. Ada nada kesayuan dan semangat yang digaul bersama.

Antara lagu kegemaran setakat ini. Bila tengah memandu, pasti akan diputarkan lagu ini. Di saat semangat kian mengendur, lagu ini memberi inspirasi untuk terus melangkah, untuk tidak mengalah dengan desakan dunia yang menghimpit. Seolah-olah ada suara yang membisik di tubir telinga.

"Go go go! You can do it!"

Kita boleh jika kita percaya. Kekuatan diri itu boleh diukur tatkala kita jatuh terjelepuk dan sukar untuk bangun semula. Saat ini, kita akan kenali siapa sahabat sejati. Siapa yang setia menemani. Siapa? 

Renung dan fikirkan.

Akhirnya mengalah dengan rajukan sendiri. Bila keadaan kembali tenang, baru mula berfikir sewarasnya. Baru tersentak dari kekalutan lamunan. Baru menampar-nampar dahi kebingungan. Sikit demi sedikit kian menyedari, hidup ini atas diri sendiri. Insan lain tidak akan dapat membantu memacu jalan hidupmu. Insan lain mungkin hanya dapat memapah diriku untuk bangun. Tetapi kamu jualah orangnya yang akan memulakan langkah. Ya orang itu adalah kamu!

Aku percaya setiap orang punya rasa untuk menjadi apa yang yang diimpi. Aku juga percaya setiap orang sedang bekerja keras mengejar mimpi-mimpi. Aku percaya semua mimpi-mimpi itu akan menjadi nyata. Aku percaya. Dek kerana aku dan kamu percaya, tidak lama lagi kita akan berada di menara. Mari terus bermimpi! Mari terus percaya!



 




Hami Asraff:

"Biarlah cara kita berbeza, tetapi matlamat kita sama. Berjuang mengejar impian dan cita-cita tanpa sekelumit melupakanNya."






You Might Also Like

2 Comments

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe