Rentetan Pemergian Ayahanda Tercinta Menghadap Ilahi [Part 2]
April 23, 2011Assalamualaikum w.b.t
(Sambungan dari entri Rentetan Pemergian Ayahanda Tercinta Menghadap Ilahi [Part 1])
Seumur hidup ayah tak pernah sakit. Maksud aku sakit-sakit yang dianggap teruk. Alhamdulillah untuk itu. Sekadar demam, sakit kepala, selsema macam tu perkara biasalah. Apatah lagi sakit yang dimasukkan hospital, jauh sekali.
Sehinggalah hari itu.
16 April 2011 : (3.00 petang)
Ayah melakukan kerja-kerja hariannya seperti biasa. Ayah aku berusaha menyiapkan syiling rumah yang sedang disiapkan. Sangat tekun melakukan aktiviti berkenaan memandangkan kurang dari 2 minggu majlis perkahwinan abang keduaku. Masa yang semakin suntuk itulah dipergunakan sebaiknya. Rumah yang kami diami sekarang ini adalah hasil kerja tangan ayahku sendiri. Memang dari dulu ayah aku mahir bertukang.
16 April 2011 : (5.15 petang)
Ayah dan cucu-cucu kesayangannya di belakang rumah. Menganyam sarung cempedak atau lebih dikenali sebagai 'geruk'. Dan sempat disarungkan cempedak-cempedak di belakang rumah. Tujuan 'geruk' ini adalah untuk memastikan buah cempedak itu tidak rosak. Tak semua orang tahu membuat 'geruk' termasuk aku.
16 April 2011 : (6.20 petang)
Ayah mengait buah kelapa di belakang rumah. Air kelapa minuman kegemaran beliau yang ternyata banyak khasiatnya. Belum pun sempat minum air kelapa tadi, tiba-tiba ayah terasa panas badan. Beliau juga mengadu sakit belakang dan sakit perut. Semuanya secara tiba-tiba. Keadaan ini berlanjutan sehingga maghrib. Dalam tempoh berkenaan ayah berkeadaan rimas. Duduk tidak kena, meniarap tidak kena. Mungkin sedang menahan sakit yang amat sangat.
16 April 2011 : (7.30 malam)
Maghrib tiba. Ayah solat maghrib dengan keadaan yang amat sakit. Boleh nampak dari pergerakan solat ayah yang menyeksakan. Menurut kata abang. Sekejap lagi ayah akan dihantar ke klinik bagi mendapatkan rawatan memandangkan sakitnya berterusan. Waktu ini tidak pernah memikirkan sebarang kemungkinan. Hanyalah telahan seperti biasa. Ayah sakit biasa-biasa sahaja.
16 April 2011 : (8.05 malam)
Abang menghantar ayah ke Pusat Kesihatan UUM yang jaraknya dekat dengan rumah. Hanya mengambil masa 10 minit untuk ke sana. Suntikan yang ketiga kali baru mendatangkan hasil setelah mencuba beberapa kali. Doktor mengambil keputusan untuk merujuk ayah ke Hospital Jitra memandangkan tiada tenaga pakar dan peralatan yang kurang mencukupi. Ayah dihantar ke Hospital Jitra menaiki ambulans diiringi kakak menemani di dalamnya. Abang, adik dan emak mengekori dari belakang.
16 April 2011 : (8.45 malam)
Sampai Hospital Jitra dengan keadaan tergesa-gesa. Kakitangan hospital membawa ayah terus ke wad kecemasan. Ayah diberi rawatan seperti biasa. Keadaan ayah nampak stabil. Ayah sempat berseloroh dengan Doktor. Itulah ayah. Senda gurauan adalah tabiat ayah. Dengan sesiapa sahaja. Ada sahaja lawak jenaka yang disajikan. Walaupun telah diberi ubat ayah masih mengadu yang ayah sakit sangat. Ubat jantung yang diberikan menyebabkan pendarahan di gusi ayah. Boleh bayangkan bagaimana keadaan ayah yang menyakitkan itu.
Tahap kesihatan ayah di pantau dari masa ke semasa.
17 April 2011 : (1.45 pagi)
Doktor memanggil kakak dan mengkhabari sebuah pesanan positif. Keadaan ayah stabil. Jantung ayah stabil. Alhamdulillah. Cuma tekanan darah ayah masih tinggi dan doktor perlu menahan ayah selama 3 hingga 4 hari supaya ayah dapat berehat dan diberi rawatan susulan. Seterusnya kakak, abang dan adik menguruskan ayah untuk pendaftaran ke wad. Seumur hidup ayah seorang yang susah untuk tanggal baju walaupun bersantai di rumah. Tetapi malam tu ayah langsung tidak mahu memakai baju dengan alasan badan ayah panas. Wajah ayah masih tenang. Raut wajah yang langsung tidak menunjukkan kesakitan. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir.
17 April 2011 : (2.15 pagi)
Di wad. Mulut ayah masih berdarah. Hasil suntikan 'ubat mencair darah' yang disuntik oleh Doktor. Banyak kali kapas ditukar di mulut. Darah keluar tidak henti-henti. Semua mengelilingi katil ayah ketika ini kecuali diriku. Terasa sedikit kelegaan memandangkan semuanya dalam keadaan stabil. Kelegaan itu menerusi kata-kata doktor yang mengkhabari semuanya tadi.
Ayah menyuruh mak, kakak, abang dan adik pulang. Cuma ditemani oleh adik aku yang sorang lagi. Dan tiada seorang pun yang menyangka ini adalah pertemuan terakhir antara ayah dengan emak, kakak, abang dan adik.
Mungkin ayah tak mahu isteri dan anak-anaknya meratapi pemergiannya di saat akhir. Kemungkinan itu kami sendiri yang tafsirkan. Langsung tiada pesanan. Tiada amanat terakhir dari ayah. Langsung tiada. Salam dengan ayah adalah seperti biasa. Seperti hari-hari yang lain.
17 April 2011 : (3.10 pagi)
Adik yang menunggu ayah di wad tadi telefon rumah. Suaranya menangis teresak-esak. Emak, kakak, abang dan adik yang baru sahaja sampai rumah, terpaksa bergegas kembali ke Hospital Jitra. Di Wad Melor. Pecutan Vios abangku mencecah 200 km/j. Matlamat hanya satu. Mahu segera sampai.
Sampai di wad. Inilah saat yang paling memilukan. Mak, kakak, abang dan adik mengelilingi ayah. Ucapan zikir meniti di bibir masing-masing. Disusuli dengan lafaz kalimah syahadah dari semua adik-beradik. Ya Allah aku boleh bayangkan betapa hibanya saat ini walaupun aku tiada pada lokasi dan situasi. Sampailah waktu yang sudah tertulis di Loh Mahfuz.
17 April 2011 : (4.27 pagi)
Ayah dijemput Ilahi.
Ya Allah fikiran sangat berkeceramuk. Satu persatu menyerbu masuk hingga tidak mampu difikirkan lagi. Pilu, hiba, rawan dan sebagainya. Waktu ini, pelbagai kesimpulan telah disertakan. Antaranya kalaulah tak bawak ayah pergi hospital, bolehlah emak, kakak, abang dan adik bersama-sama menjaga ayah sehingga hembusan nafas terakhir. Tapi sekiranya begitu, akan timbul pulak perasaan bersalah bersarang di dalam diri. Kalau tak bawak ayah pergi hospital, nescaya akan menyesal seumur hidup.
'Kalau' itu perkataan yang terlalu indah. Sekiranya ada 'kalau' ini semuanya boleh harungi, semuanya boleh diperbaiki, semuanya mampu ditakluki. Malahan tiada langsung tangisan, semuanya hanyalah senyuman melebar.
Suratan takdir. Makin dapat menerima dengan hati yang redha biar kesedihan ini langsung tidak mampu dibendung.
Wassalam.
(Akan diteruskan penceritaan ini. Mahu buat cerpen untuk ayah)
40 Comments
Al-Fatihah buat Allahyarham ayah kamu bang.
ReplyDeleteMoga Allahyarham dalam lindungi Ilahi.
yang pergi tidak akan kembali. yang tinggal hanya memori indah.. berdoa banyak2 agar Allah memberi tempat yang indah di sana.
ReplyDeleteal- fatihah untuk arwah ayah en hami. sedihh . :(
ReplyDeletesedihnya sy baca..
ReplyDeleteterus tabah hami. :)
bersabarlah Hami Asraff...
ReplyDeletetakziah utk Hami Asraff sekeluarga...
janji Allah, setiap yg hidup akan mati..
sy pun x dpt bygkn klu sy berada dlm situasi Hami Asraff skrg...
sebak aku baca cerita ko ni, ditambah dgn lagu background blog ni. smoga Allahyarham di tempatkan dlm golongan ahli syurga. Amin
ReplyDeletesalam takziah..semoga akh tabah mnempuhinya..smoga roh ayah akh d tmptkn d klngan org briman..ameenn..
ReplyDeletesebak bila baca. teringat arwah kakak saya pergi buat selama lamanya 14 April lepas. disebabkan brain tumour. tak jumpa pun..
ReplyDeletemasih sedih membaca entry ini..sy pernah menjejakkan kaki di hospital ini semasa study kat uum dulu..diri sendiri tercedera...kenangan pahit jugak disini...
ReplyDeletekuat yea Hami,,,susunan ALLAH itu sangat indah dan tentu ada hikmahnya,,Hami adalah insan terpilih untuk diuji ALLAH swt di saat hami bakal menghadapi final exam dan FYP ni,,,ALLAH ingin menguji iman Hami,,kuat kan iman dan semangat yea?
ReplyDeleteTakziah.. sedih rasanye..teringat arwah mama ='(
ReplyDeleteAssalamuallaikum
ReplyDeleteSalam Takziah..
Semoga Saudara Hami Dan Ahli Keluarga Kuat Dan Tabah..Insyaallah
ALLAH Tidak pernah Melupakan JanjiNya Utk Menyayangi HambaNYA Yg Sabar atas Setiap Ujian...
semoga inche Hami terus tabah :'(
ReplyDeletekesedihan dirasai...tapi tabahkan diri ok...takziah...
ReplyDeleteAlhamdulillah..Moga Allah terus memberi kekuatan iman dan keredhaan hati buat saudara Hami sekeluarga atas pemergian arwah kehadrat Pencipta.. ingatlah,Islam sendiri melarang kita mengungkapkan perkataan 'kalau'.Setiap inci dan detik didunia ini adalah rencana kehendak Allah.Maka kita yg bernama manusia memang selayaknya diuji.
ReplyDeleteSabarlah..janji Allah menaikkan darjat hamba2Nya yg sabar dan redha.
Arwah ayahandamu pastinya berbangga membesarkan kamu. Semoga arwah ditempatkan bersama2 hambaNya yg beruntung. InsyaALLAH..
sayu hatiku mmbca entry anda...
ReplyDeletesesungguhnya sy penah melalui kehilangan yg kite gelarkan panggilannya sbg ayah..cma ketika ayah sy mninggalkan sy..sy msih lgi kecik atau pn masih bdak lgi...
mungkin byk bnde yg sy x mngerti mse tu..cma 1 bnde yg sy tahu khilangan seseorang lgi2 0rg yg mmbesarkan kita mmg amat menyedihkan hati kita....
sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. kuat dan tabahkan hati.
ReplyDeletedoa dr anak soleh adlh bekalan yg berterusan utknya. doakn kesejahteraan arwah selalu.
salam...
ReplyDeletesalam takziah dr saya buat saudara hami sekeluarga...semoga allahyarham ditmptkn brsama hamba2 yg briman...alhamdulillah,saya masih belum merasai perasaan dan situasi kehilangan yg saudara hami dan keluarga lalui, smpai masa itu nnti sy juga tidak tahu apa tindakan yg saya akn lakukan kerana saya sngt mncintai kedua ibubapa saya...mereka syurga saya dunia dan akhirat...semoga kita semua diberi kekuatan untuk melalui hari2 yg suram itu...amin..
takziah untuk keluarga abang hami....semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....sesungguhnya daripada DIA kita datang kepada DIA juga kita pulang.....semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini......
ReplyDeletetakziah diucapkan pd hami asraf..harap bnyak bersabar ye..sy phm perasaan awak kerana sy juga telah kehilangan ayah juga suatu waktu dulu iaitu semasa 2 minggu b4 exam pmr..
ReplyDeletesama2 lah kita doakan kesejahteraan mereka di sana..al-fatihah...
al-fatihah. semoga hami asraff tabah.
ReplyDeleteal fatihah...
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt...
ReplyDeleteSedih sangat baca rentetan peristiwa pemergian seorang ayah yg amat disayangi ni...huhu..
Sabarlah hami..sesungguhnya perancangan Allah sgt cantik..hikmah di sebalik setiap ujian itu kdg2 xterjangkau dek akal kita..
semoga hami diberikan kekuatan & ketenangan hati dlm menghadapi hari2 mendatang sbg seorang pelajar & anak yg sholeh, insyaAllah...keep being positive, Allah is with you!~
Wallahu'alam
salam takziah....
ReplyDeleteSesungguhnya Allah Taala xkan menguji hambaNya melebihi kemapuannya.Tuhan tahu apa yg terbaik untuk hambaNya..bersabalah,kerana buah kesabaran itu tersangatlah indah..
salam.takziah diucapkan.mati itu pasti.sedih bca entry ni...T-T
ReplyDeleteAl-fatihah untuk arwah ayh anda.
salam takziah..
ReplyDeleteas-salam.
ReplyDeletexpasal saya menangis terkenangkan allahyarham ayah saya. :((
xpe la abg asraff, u`re sooo lucky, kerana abg bersama ayah abang lama jugak..alhamdulillah ayah abang pergi dengan tenang.
inaallahhamaasobirin.. :( al-fatihah.
salam takziah...al fatihah buat ayah asraff...
ReplyDeleteseperti ayah saya, kami semua ada keliling ayah, tapi tak sorang pun sedar ayah dah tek bernafar...sebab dada ayah surut secara sangat perlahan...
sedih baca sbb teringt ayah saya
Al-Fatihah untuk arwah..dan salam takziah untuk anda sekeluarga..
ReplyDeletesalam takziah untuk saudara hami..saya sedekahkan al-fatihah buat arwah ayahanda saudara..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 y beriman..
ReplyDeleteal-Fatihah.. semoga roh ayah saudara ditempatkan bersama para solihin.. cerita mengenai pemergian arwah ayah saudara mengingatkan saya kepada arwah nenek saya.. lebih kurang ceritanya.. hiba bila ingat kembali.. namun, itulah janjiNya.. setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya..
ReplyDelete(Hamba Allah)
al-fatihah
ReplyDeletesalam..takziah ya asraf..smoga arwah d cucuri rahmat dan tergolong dalam golongan org beriman..amin..
ReplyDelete....... Semua milik Allah ... kita hanya meminjam dan suatu saat bila sudah saatnya ... akan kita kembalikan juga ... ke Maha Pencipta Allah SWT
ReplyDeletetakziah...sedih T_T baca teringatkan ayah sendiri,
ReplyDeleteal-fatihah
ReplyDeletesetiap yang hidup pasti akan menghadap ILAHI bila tiba masanya. al-Fatihah
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletebsabar dgn apa yg telah di tentukan olehNya...mungkin ada hikmah disebalik semua ini...semua yg hidup pasti merasa mati...cuma kita tak tahu dalam bentuk macam mana kematian kita...hope hami n family tabah menghadapi semuanya...bnyak2 berdoa untuk arwah ayah hami...moga doa anak yg soleh smpai kepadanya...al-fatihah
salam, saya mmbaca ini tatkala ulangtahun kematian ayah saya kunjung tiba (08082008-08082011)...berbaur perasaan....terasa berada di situasi itu...cumanya abang kedua saya yang sudah berbulan tidak sempat berjumpa arwah...dan dia pulang dari utara ke pahang hanya untuk melihat sekujur tubuh...
ReplyDeletesmoga sdara Hami tabah...lebih2 lagi di awal2 pemergiannya...semoga Allah merahmati roh Allahyarham dan mengampunkan dosa-dosanya...
http://adilahisharudin.blogspot.com/search/label/tentang%20abah
kisah kehilangan arwah ayah kita sama...sya juga x sempat mengiringi pemergian arwah ayh sya krn sya berada d universiti...ayh sya juga x pernah sakit iaitu sakit yg serius..pemergiannya suatu yg sgt mengejutkn...tabahknlah hati dan jlnkn tgjwb kita sbg seorg anak..:p
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)