­

Tanda-Tanda Saat Kematian

April 20, 2011



Assalamualaikum w.b.t

Mahu sambung Rentetan Pemergian Ayanda Tercinta untuk Part 2. Tapi mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca semua dan diri sendiri terlebih dahulu.


Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.


*******Bila Malaikat Mencabut Nyawa*******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dia telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masyk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W lagi :

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dan sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seseorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut orang orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata :

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila malaikat maut gagal mencabut roh orang mukmin dari arah kaku, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata :

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba menghampiri mata berkata mata :

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dar jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : "Roh itu menuju ke tujuh tempat :-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W : Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sumber : Di sini.

Moga ada pedoman bersama. Wassalam.

You Might Also Like

16 Comments

  1. teringat kat arwah atuk..
    masa hari2 terakhir arwah, atuk nak makan, saya suapkan...punya lah happy, ingatkan atuk dah sihat...
    rupa-rupanya, seminggu lepas tu atuk meninggal (T_T)

    ReplyDelete
  2. Ya SubhanaAllah.
    takutnye daku akan ari kematian.
    Ya Allah, lindungilah diri ini dari dicampakkan ke neraka mu Ya Allah.ak mohon....

    ReplyDelete
  3. 10q sbb sudi share....takut bila pk blk sbb ckp ke amalan..


    mohon share dan copy ayat penafian di bawah..backlink ke blog ni akn dibuat..

    ReplyDelete
  4. seronoknya mati dalam keadaan yang diredhai Allah.Aku berharap sangat aku akan berjumpa dengan-Nya dengan hati yang sesuci embun pagi...

    ReplyDelete
  5. Dik, salam takziah akak ucapkan..akak doakan semoga roh ayah adik ditempatkan di dalam golongan solihin..

    Sungguh, kehilangan orang yang menjadi penyebab kita melihat dunia adalah satu kesakitan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...Akak mengambil masa tiga tahun untuk menerima hakikat kehilangan ibu...

    Bersabar dan banyakkan berdoa....

    ReplyDelete
  6. salam takziah sahabat...tetiba rase sdh...smoga tabah dengan dugaan ini sahabat...rindu mak ayah...kdg2 kita x sedar dgn tanda2 kematian nie...

    ReplyDelete
  7. Hami, saya amat memahami apa yang awak rasakan. Terus tabah untuk menerima hakikat ini walaupun ianya tidak semudah yang di katakan. TABAH dan SABAR. Kita tahu setiap dari kita akan melalui saat perpisahan terakhir ini tapi realitinya rupa-rupanya lebih hebat dari jangkaan kita. Sedekahkan Yassin setiap kali rasa rindu menjelma kerana ia adalah penawar terbaik. Bagi diri saya, walaupun telah 3 tahun pemergian arwah suami yang meninggalkan saya dan 4 org anak yg masih kecil, sesekali apabila rindu itu hadir, bergenang juga air mata ini. ehm..

    ReplyDelete
  8. ya allah lindungilah diri ini dari azabmu :'(

    ReplyDelete
  9. tringat jgk kat arwah atuk..sebelum akhir hayat atuk mmg slalu mngidam makann..sempat jgk brjasa pd atuk..
    mse atuk smpai ke nafas trakhir tangan dia sejuk sgt2..sedih sbb x smpat mntak maaaf...masih terbau2 air mawar pada wajah atuk smasa ciuman terakhir kami berikn ntuknya..smoge roh atuk sentiasa dlm kalangan orang2 yg beriman..amin =)

    ReplyDelete
  10. kematian oorg trsyg adlh realiti yg menakutkan... ;(

    ReplyDelete
  11. hmm, masa arwah my dad meninggal. lagi 3 hari. memang boleh nampak start dari hujung jari kaki bergerak-gerak. hari kedua, peha pun bergerak sekali.makin kuat. masuk hari ketiga, bahu semua bergerak. ubun2 kepala kuar peluh banyak sangat. huhuhuhu.

    ikhlas kan saja pemergian ayah. Kita pun akan ikut jugak nanti.

    ReplyDelete
  12. terima kasih kerna berkongsi. ^_^

    ReplyDelete
  13. insaf..dan sedih bila memikrkan hayat kita ini cukupkah amal yang dilakukan.. terima kasih kongsikan semua ini.. :(


    sedap lagu di blog ini.. menitis juga air mata saya

    ReplyDelete
  14. Salam saudara Hami Asraff.., insyaAllah kamu akan bangun semula. Setiap yang hidup akan pergi jua, saya pernah alami tapi waktu cuti sem baru2 ni. Abah da kembali ke rahmatullah d mekah ketika sdg dalam haji dalam usia 50-an. Walau xdapat mlht bt kali terakhir tapi arwah tetap dalam hati. Saudara akan dapat laluinya jua.., insyaAllah.. Takziah bt sekeluarga awak. :)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe