­

[Entri Penghargaan] : Terima Kasih Sudi Baca Blog Yang Jarang Update Ini

April 11, 2011


Assalamualaikum w.b.t



Berkali-kali aku bukak ruangan 'New Post' ini dan berkali-kali juga terhenti tiada noktah. Terbengkalai tiada sisa. Dibiarkan pudar dan malap dan sejurusnya hilang. Idea masih bertahan di minda. Cuma komited terhadap kerja lain terlebih dahulu perlu diisi. Maka, tiada madahan disisipkan. Redha.

Utamakan yang mana perlu diutamakan.

Itulah yang cuba dilakukan. Minggu-minggu sibuk di penghujung semester masih belum berlalu pergi. Banyak perkara kena selenggara. Selaras dengan kewajiban dan tuntutan. Nama pun pelajar kan? Biasalah. Semua manusia yang bernama pelajar sedang melalui hari-hari sukar. Aku turut tidak terkecuali. Hari-hari sukar untuk bertemu kesenangan di hadapan. InsyaAllah.

Tapi tak baik kalau biar orang terus menanti. Eh ada ke yang menanti akan kehadiran entri terbaru aku? Apa? Takdak pun? Err, okey aku perasan. Terima kasih sebab beritahu perkara sebenar.

Cukup. Ini mungkin entri pendek sahaja. Mencuri-curi update pada selang masa. Tiada apa sangat mahu dicerita dalam entri ini. Cuma, semasa aku sedang mengoogle untuk mencari bahan Final Year Project aku, aku sempat mengoogle tentang 'Blog Hami Asraff'. Saja gatai tangan.

Rupa-rupanya ada perkara yang aku taktau sebelum ni. Ish ish ish *geleng kepala*

Apakah? Mari mari terus ushar di bawah. Ada blogger yang menulis mengenaiku. Memang kebanyakkannya aku taktau. Mereka tak maklumkan kepada aku. Ada jugak yang diberitahu dulu. Jom lihat satu persatu.


http://www.dauspozi.com

Ingat Hijau, Ingat Daus dan Daun (tambahan). Blogger termuda yang pernah aku kenali dalam dunia maya ni. 16 tahun. Memang muda lagi. Tengkiu la sudi meletakkan senarai 5 blog yang paling dilawati 2011. Dia kata mak dia suka baca blog aku. Eh?! Klik la banner dia tu kalau nak tau.



http://www.edrienahazelina.com



Aku rasa gadis yang bernama Edriena Hazelina ni buat review blog dah lama dah. Terima kasih untuk anda. Serius hargai. Tahu ianya adalah ayat conventional. Tapi itulah perkataan yang sesuai. (klik banner untuk ke blog beliau)








Segalanya Tentang Budak Perempuan Bernama Popolita. Nama blog beliau. Yang ni terharu kuasa 8. Oh pasal makan malam tu memang plan kawan dia. Gua hanya cuba menurut perintah je. Makan malam pedia pulak ni? Nak tau kliklah banner blog beliau di atas tu. Terima kasih banyak-banyak :)



http://bungalullaby.blogspot.com


Blog Fatin Syahira atau bungalullaby. Preview blog jugak. Tanpa dipinta. Eh! Tapi tu la. Mengreview blog gua yang banyak cacat cela. Terima kasih jugaklah. Terharu lagi. Orang Kedah jugak noh. (klik banner untuk ke blog beliau)




http://nooneknowzz.blogspot.com/


No One Knowzz. Yes I'm the one don't know yang kamu tulis ini pasal diriku. Ayoyo! Tak layak kot. Yang best sempat update dalam kelas lagi. Hebat! Klik banner nak tau pedia dia tulis. Terima kasih.



http://www.bubbles182.com

Okey yang ni memang aku baru tau. Hasil bantuan Encik Google yang disayangi. Siap ada ranking lagi. Hahaha. Dari pandangan mata beliau barangkali. Pasal Imam Muda tu tak sempat nak pergi. Hehehe. Ranking apakah dan Imam Muda? Klik banner dia la apa lagi kalau nak tau.



http://duniakucikgu.blogspot.com


Blog seorang cikgu. Confirm. Dari url blog beliau pun dah dapat tau. Beliau beritahu aku di kamar inbox facebookku. Haish, memang nak kata apa lagi kan? Samalah macam di atas semua. Terharu dan terima kasih. Suka lagu sentimental 'Ketika Cinta Bertasbih' dalam blog kamu :) (klik banner untuk ke blog beliau)

Itu yang aku dapat dari enjin carian. Tak tahu ungkapan apa yang lebih sesuai daripada terima kasih untuk menggambarkan betapa terharunya aku. Terharu sebab masih ada yang sudi bertandang walaupun aku seorang yang amat jarang update kini. Hampir 2 minggu jugaklah selang masa di antaranya.

Tidak pulak mahu riak atau berbangga. Cuma mahu berkongsi rasa dengan anda semua. Pembaca yang budiman. Mari terus berkarya. Mari terus sampaikan ilmu yang ada. Mari terus sumbangkan idea dan buah fikiran. InsyaAllah moga ada keberkatan dan manfaat bersama.

Wassalam.

Hami Asraff:
1. Selagi hayat dikandung badan, perjuangan mesti diteruskan.
2. Kehidupan adalah seperti mana yang kita tentukan. Keluar dan carilah kehidupan itu.


You Might Also Like

33 Comments

  1. Assalamualaikum bro.. Thanks sebab sudi tulis entry penghargaan ni.. haha.. Actually, umur aku 17 tahun.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  2. chaiyok chaiyok...kualiti lebih penting drpd kuantiti.

    ReplyDelete
  3. @Dauspozi:

    Waalaikummussalam. Eh tahun ni ambil SPM rupanya :)

    ReplyDelete
  4. smoga..hasilkan..entry blog2..yg bst dan brmanfaat..yee...nice one!!

    ReplyDelete
  5. smoga..hasilkan..entry blog2..yg bst dan brmanfaat..yee...nice one!!

    ReplyDelete
  6. smoga..hasilkan..entry blog2..yg bst dan brmanfaat..yee...nice one!!

    ReplyDelete
  7. keep on writing saudara hami asraff!=)

    ReplyDelete
  8. Situasi yang sama yang dialami oleh saya dan begitu juga buat semua yang punya blog terutama mereka yang dah ada pengunjung tetap. Rasa seperti ada tugasan yang belum selesai.

    All the best Hami..

    ReplyDelete
  9. Bukan quantiti, tapi quality..ye dik, utamakan apa yang lebih perlu..:)

    ReplyDelete
  10. menanti dgn sabar bila agaknya blog ini akan berseri kembali...
    menanti dgn sabar akan entri yg penuh kritis dan kualiti...
    untuk blog yg mantap kualiti..
    akan ku terus sabar menanti...
    heh...

    ReplyDelete
  11. waaa...housemate saya termasuk dlm senarai!

    ReplyDelete
  12. @lylaROCKprincess:

    Amboi berpuitis di situ. Oh terima kasih dengan kata-kata anda. Buatku rasa bahagia dan sangat hargai. Memang rindu akan segala titipan.

    ReplyDelete
  13. thanks atas entry penghargaan ni.. terharu rase~ =D

    ReplyDelete
  14. Hami Asraff, ayat awak memang lengkap dan saya suka. Sebab tu saya abadikan di dalam blog saya. Awak tak marah kan. Alah, ayat, ini adalah blog peribadi tu...

    ReplyDelete
  15. adesss macam mana boleh kantoi ni??

    ReplyDelete
  16. jarang update tak apa... asalkan penulisan yang lepas yg anda tinggalkan buat pembaca blog tak terasa yang anda tak update... boleh lagi baca entry yg lepas2..

    anda memang terbaik. dan terima kasih sangat2 ya.. :)

    ReplyDelete
  17. salam =) thanx bro! keep blogging. *erm. mmg skrg kebz-ian melanda*

    nnt cuti sem lepak aneka la noh. hehe :D

    ReplyDelete
  18. @GreenAppleKu.com:

    Hehehe. InsyaAllah, boleh je. Cuma macam 'kenal' ayat tu. Itu je :)

    ReplyDelete
  19. @amirah:

    Hahaha. Terer tak kawe mengkantaoikan anda? :D

    ReplyDelete
  20. @♥..cik_mas..♥:

    Amboi tak terbaik pun. Ramai lagi manusia yang terbaik.

    ReplyDelete
  21. teruskan blogging sambil berdakwah!

    ReplyDelete
  22. duit kalau kit akongsi, sorang dapt sikit je, tapi kalau ilmu dikongsi, makin banyak jadinya. so, keep it up!

    ReplyDelete
  23. Tq, Hami, saya dah letak nama awak sebagai pengasasnya. Nice knowing you. :)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe