­

Ujian Dan Manusia Ibarat Satu

March 29, 2011



Assalamualaikum w.b.t


Entah apa yang bergelodak di hati sekarang ni. Fikiran menerawang jauh. Sejauh alam. Kenangan pula singgah di sini. Di layar memori. Di setiap lipatan relung masa. Terjebak dan terus terbenam di sudut dalam minda. Digam kuat. Memang tidak mampu melepaskan diri.

Keluhan demi keluhan dilepas. Aku tahu keluhan tidak mampu mengubah apa-apa. Mungkin meredakan sedikit ketegangan yang dirasa. Tetapi kadangkala langsung tidak membantu mana. Lebih kepada perlakuan spontan dalam merencana agenda.

Masih cuba berdiri gagah. Mempaling wajah pada mereka. Mereka terus mentertawa. Itu hak mereka. Ketawalah sepuasnya. Mungkin sampai masanya, keadaan kembali reda. Aku akan tunggu masa itu. Dan pada masa itu giliran aku ketawa. Ah, mungkin hanya menguntum sebuah senyuman mesra. 

Aku tak berjanji. Manusia mana berpegang pada janji. Tapi ada. Sesungguhnya aku tabik kepada manusia sebegitu. Tulus, luhur dalam mengotakan janji. Tetapi aku langsung tak rasa kagum pada manusia yang begitu bersemangat menabur janji-janji manis. Kalau sudah tahu kesudahannya, nescaya ia akan menjadi janji-janji pahit. Sepahit palitan di hati. Dapat rasa bukan?

Masa itu akan datang. Sabarlah hati. Sabarlah diri. Kenapa harus bimbang? Kita kan ada ALLAH? Lupakah yang ALLAH yang sedang menguji kamu sekarang ni? Lupakah yang perancangan ALLAH adalah paling sempurna? Lupakah keadilan itu milik ALLAH?

Jika engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti DIA akan damaikan hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tetapi itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA.


Sabar. Redha. Tabah. 3 perkara penting yang ada dalam diri dan menjadi aku kuat. Lagu di bawah sentiasa beri kekuatan padaku untuk terus melangkah.


Pernah post lagu ini dalam entri ini

Wassalam.

Hami Asraff:

1. Sibuk dengan Final Year Project. Masa makin suntuk.
2. Tahniah kepada sahabat, Nur Azreezan, you are such a good presenter :)



You Might Also Like

21 Comments

  1. Assalamualaikum w.b.t...

    Saya tertarik dengan entri ini... Tersentuh hati ini... Sememangnya kita yang bernama manusia takkan pernah dapat lari daripada ujian... Bersabarlah...

    ReplyDelete
  2. nak wish kt sini...tahniah juga kepada a.azreezan..good presenter..ahhaa..


    thanks for this post.yaa..all the best fo final sem,final year exam..haha...smile, think positive..

    ReplyDelete
  3. so motivation for me yg sangat gundah gulana hatinya..thanks...sangat suka

    ReplyDelete
  4. hidup mmg begini, bersabarlah...

    ReplyDelete
  5. Ujian adalah tarbiah dari Allah buat hambanya agar sentiasa bersyukur dan redha. Mungkin kadang-kadang diri terleka dalam mengejar kejayaan dunia. Mintalah padaNya agar diberi ketenangan jiwa kerana hanya Dia mengetahui segala perkara yang tidak kita ketahui.

    *Good luck on your FYP. Makesure semua draft ada backup sebab favourite food virus is FYP!

    ReplyDelete
  6. yerp...betul tu.dgn sabar n tabah kita pasti dpt hadapi dugaan dlm hidup..kerana tu Allah suka menguji hamba2 NYA.

    ReplyDelete
  7. (",)
    Sapekah Enchek Nur Azreezan itu.. :)

    Huhu..aku tidak terimpi lak Puan leh cakap macam tu,

    Dah membuat kan diorang2 ni jealous..kot :)

    Apa pun sokongan daripada ko dan semua :)

    Huhu, aku nyer FYP pun sedang merangkak dan bertatih ni..x_x

    But believe, whatever condition happen to us, pasti dapat siapkan.

    Maybe kaedah nya yang mencabar dan tercabar :)

    It's like, put our life at the edge of cliff.

    ReplyDelete
  8. kdg2 ujian tu nak membersihkan dosa2 lalu kite dan kdg2 keluhan tu membuat kite jadi org yg xbersyukur...

    ReplyDelete
  9. cabaranlah yang akan mendewasakan manusia..

    ReplyDelete
  10. "Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tetapi itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA."


    tersentuh dengan ayat tu..manusia sering alpa bila senang kan?bila susah baru teringat pada DIA..hmm..T_T

    ReplyDelete
  11. Saya raser minggu saya pun x brapa nak menyerlah untuk saya...thanks for this entry...

    ReplyDelete
  12. i'm ur fan wahai hamiasyraf. sangat suka baca bait2 kata hasil penulisan kamu. betul2 tersentuh... terima kasih kongsikan ilmu kamu kepada rakan-rakan blogger :)

    ReplyDelete
  13. khas untuk kamu~

    http://duniakucikgu.blogspot.com/2011/04/hami-asyraf-imam-muda-asyraf-dan-dr.html

    ReplyDelete
  14. salam...entry yg mmbuat saya berfikir...terima kasih...=)
    hmmm smakin meningkat usia semakin bnyk ujian yg kita tmpuhi dan smestinya ujian itu brtindak sbg guru yg trbaik dalam hidup ini...untuk saya, saya sngt2 brterima kasih diatas kata2 perangsang dan semangat yang insan disekeliling saya pinjamkn...dan terima kasih Tuhan kerana mmberi ujian buat diri saya untuk saya lebih mnghargai hidup ini...buat saudara Hami Asraf, semoga sntiasa sihat untuk terus menulis dan brkongsi pndapat dan cerita disini...=)

    ReplyDelete
  15. Bro, Tuhan itu Maha Segala. Hati kau kena jentik, kena henyak, jiwa kau kena perah, tapi kau harus nikmati rasa itu, sebab bila kau dah berada dalam zon selesa, kau akan lupa kemanisan sakit itu ;)

    ReplyDelete
  16. TQ share entry ni...Allah tu Maha Adil kan...=)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe