Video Yang Sangat Menyentuh Kalbu. Tengok 80 Kali Pun Tak Jemu.
March 16, 2011Assalamualaikum w.b.t
Jumpa lagi kita di waktu dan hari yang telah-telah bukan hari yang sama. Kegiatan untuk mengupdate blog kian hambar. Hambar sehingga aku membiarkan Blog Hami Asraff ini terdampar. Begitu sahaja. Tanpa belas kasihan. Ah, manusia makin tidak kasihan kepada manusia lain. Okey itu cerita lain.
Mahu berkongsi sesuatu lagi dengan anda. Biasalah aku apabila kesukaran untuk melelapkan mata dihabiskan dengan aktiviti merayap-rayap ke laman sesawang yang kian meningkat namanya di persada arus keinternetan. Iaitu Youtube. Err, semua orang tahu. Maka aku mendapat malu.
Video ni aku dah ushar lama dah. Tapi saja dok peram dalam genggaman. Memang aku tengok 80 kali aku langsung tak rasa jemu. Serius. (tapi tak cukup 80 kali lagi rasanya). Yang pastinya memang buat aku terhiba dengan sendiri. Mari mari ushar video di bawah. Kalau ada orang yang pernah ushar tu buat-buat seperti belum pernah ushar okey.
MasyaAllah memang tersangat 'speechless'. Intonasi dan gaya penyampaiannya yang sangat meruntun jiwa. Sangat menusuk kalbu. Memang kena sangatlah dengan nama program Sentuhan Qalbu. Program sebegini sangat sangat perlu wajib diteruskan. Tapi aku ni jarang tengok Telebisyen. Tengok telebisyen dekat Youtube je la.
Antara butir-butir sajak di atas yang paling menarik minat aku :
Tolong bayangkan siapa ikonmu Tuan Puan,
Siapa ikon anak-anakmu selama ini Tuan Puan,
Siapa idola saudara-saudara anak-anakmu saat ini,
Lihatlah bagaimana anak-anak kita yang sudah
melupakan Baginda Nabi Muhammad,
Mereka lalai kepada Baginda Nabi Muhammad,
Mereka tak ada lagi rasa cinta kepada Baginda Nabi Muhammad,
Mereka bangga dengan ikon artis-artis mereka,
Mereka bangga dengan pemain bola sepak yang mereka banggakan,
Tolong katakan Tuan Puan,
Sudah berapa lama kita lalai hidup di dunia ini,
Sudah berapa lama kita tidak mendidik anak-anak kita,
Untuk mencintai baginda Nabi Muhammad SAW.
Terpana dan terkesima. Semua yang diperkatakan adalah betul sama sekali. Semuanya. MasyaAllah mari kita sedar hakikat yang penting ni. Sangat bahaya sekiranya kita mengangkat manusia lain sebagai idola kita. Mari terus awasi siapa idola kita dan anak-anak kita. Ops! Anak-anak hampa. (Yang sudah ada anak la)
Cepat ulang 80 kali video atas ni!
Itu saja buat masa ni. Memang banyak mahu dikongsi. Tapi masa membatasi. InsyaAllah akan terus mengisi ruangan ini. Dan terus ingatkan diri sendiri.
Wassalam.
Hami Asraff:
1. Malam ni ada kelas ganti.
2. Masa makin hari makin suntuk.
28 Comments
sgt menyentuh hati
ReplyDeleteVID SGT KEJAM,
http://aleen26.blogspot.com/2011/03/farm-to-fridge-truth-behind-meat.html
assalamualaikum...
ReplyDeletesaya masih ingat lagi pasal video tu..cukup menyentuuh kalbu...ikon kita sbnrnya rasulullah..tiada yang lebih baik lagi dari rasulullah..sebelum ni ikon saya bukan rasulullah..bila tengok halaqah, baru sedar siapa ikon kita sebenarnya... tepat sekali rasulullah adalah ikon kita...
dah tengok video ni masa sy pergi kem belia. mmg semua yg tengok nangis2. sedih sangat.
ReplyDeletebetapa kita selalu melupakan ikon kita yg paling utama, sdgkan senang2 sj kita agung2kan org lain.
@[cucu Hj Hassan]:
ReplyDeleteEh anda video kejam pulak. Baik nanti akan terjah.
@madihah:
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Yup tiada ikon selain dari Nabi Muhammad SAW. Yang kebanyakkan orang terlupa akan hakikat ini.
@::نور فيلزاتي:::
ReplyDeleteDunia akhir zaman. Memilih idola yang silap.
Assalam,
ReplyDeleteRasulullah s.a.w itu contoh teladan akhlak yg mulia. Bagi mereka yang hauskan progrem yg meresap jiwa dan lebih indah dari sentuhan qalbu ini rajin2lah mengikuti jemaah Qiamullail di mesjid2, especially malam ke 10 akhir Ramadhan. Sekadar menonton rasanya atau membaca masih ada kekurangannya. Andai anda berjemaah dan istiqamah di satu pertiga malam merayu pada Allah swt dan menyintai Rasul s.a.w. Masya allah sangat berkesan. Permisi.
@mamawana:
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Terima kasih atas saranan :)
assalamualaikum....
ReplyDeleteterima kasih saudara hami, terima kasih!! terima kasih sangat-sangat!! terima kasih atas ingatan ini..
video yang sangat hebat... video yang membuat sesiapa yang melihat rasa bersalah..bersalah pada diri sendiri.. betapa kita sekarang terlalu lalai dalam memandu iman dan jasad kita..
Subhanallah... moga perkongsian ini dapat menjadi saksi di saat perhitungan saudara hami..Insyaallah..amin
last month, saya mendengar satu ceramah tajuk I LOVE Rasulullah, sempena Maulidur Rasul. Kebetulan tahun ini, Maulidur Rasul jatuh sehari selepas Valentine day. Penceramah tersebut menyatakan mengapa umat islam harus mengambil St Valentine sebagai ikon cinta, padahal Rasulullah sendiri seorang yang pengasih & penyayang. e.g: Rasulullah s.a.w memberi makan kepada jiran baginda iaitu seorang yahudi buta. walaupun dimaki oleh si yahudi itu, Rasulullah still suap dia makan, padahal dia tak tahu yang orang yang suap dia makan itu Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Selepas kewafatannya, Saidina Abu Bakar telah pergi untuk Abu Bakar nak pergi ke rumah si buta tersebut, untuk menyuapkan si yahudi buta itu makan. Namun, si buta tu tahu beliau bukan orang yang selalu suap dirinya setiap hari. Kerana katanya, tangan orang itu lembut. cara suapannya juga sangat lembut. Bukan seperti suapan saidina Abu Bakar. Then Abu Bakar memberitahu sebenarnya, orang yang selalu suap kamu itu ialah Muhammad s.a.w dan dia telah wafat. Si buta terperanjat, menangis kerana selama ini dia kutuk Muhammad padahal Muhammad yang suapkan dia makan.
ReplyDeleteKita sebenarnya tak realise yang kita punya ikon yang sangat Agung. Baginda sendiri seorang yang pemurah, yang lemah lembut, yang bijak, yang sabar, yang adil.
Jom kita sama² jadikan Baginda ikon kita.. I LOVE Rasulullah.. insyaAllah.
saya suka tengok rancangan ni..kadang2 boleh buat menangis bila dengar..memang sangat baik untuk muhasabah diri..T_T
ReplyDeleteCinta pada Allah, cinta pada Rasul..
ReplyDeleteRealiti yang sukar diterima oleh kebanyakkan manusia sekarang.
@pengembara kecil:
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Sama-sama, sama-sama, sama-sama.
Mengingati diri sendiri dahulu. Yang sering terleka.
@3SYA:
ReplyDeleteAlhamdulillah saya pernah dengar cerita tu. Cerita yang sangat beri pengajaran.
@♥CIK SHA♥:
ReplyDeleteAlhamdulillah. Teruskanlah menonton :)
@GreenAppleKu.com:
ReplyDeleteSukar diterima kerana manusia sekarang ni lebih mencintai kemewahan. Mencintai pangkat. Mencintai dunia yang sementara.
Happy sgt hari ini, sebab Hami Asraff singgah komen kat blog picisan saya. Terima Kasih.
ReplyDeletea,aa say nagis tgk vid ni
ReplyDeletea good post hami..
ReplyDeleteterima kasih atas ingtan ini
Menarik..
ReplyDeleteterima kasih..moga dirahmati Allah
ReplyDeleteterima kasih..moga dirahmati Allah
ReplyDeletesalam
ReplyDeletememang pun menyentuh kalbu video ni
terus sebak hati ni :(
nice hami,,keep it up!
ReplyDeletesetiap kali tengok vedio ni pasti akan mengalir air mata...mmng manusia selalu lalai dgn siapa ikon yg mereka pilih...tq sbb upload video tu kt sini...=)
ReplyDeleteAstagfirullah...semoga Allah mengampunkan dosa2 aku.
ReplyDeleteYee...sepatutnya idola kita itu Nabi Muhammad s.a.w.
semoga aku dan sanak saudara ku tergolong di antara org yg beriman.
dah banyak kali tengok video ni. memang tersentuh hati.
ReplyDeletebaginda adalah ikon utama yang patut dicontohi.
dtg ke blog org femess.. sejuk hati ngn video ne.. insaf pun ade.
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)