­

Sedarlah!

December 25, 2009

Assalamualaikum w.b.t

Aku perlu cerita benda ni. aku terpandang seorang hamba ALLAH di sebuah stesen minyak yang dirahsiakan sedang memakai topi yang kaler merah yang santa klaus pakai itu. Oh memang hamba ALLAH itu Melayu dan confirm beragama Islam.

Sedihnya melihat keadaan itu. Okey, sebagai seorang yang bergelar muslim dan muslimah kita diHARAMkan menyambut perayaan beragama. Again, HARAM. kalau hukumnya HARAM, sah-sah berdosa. Astaghfirullahalazim. Ampunkan dosa-dosa kami Ya ALLAH.

Eh saya pakai je pun. Saya tak sambut pun Hari Natal ni. Halo, kamu wish Hepy Krismas pun tak boleh, apatah lagi pakai pakaian mereka. Sedarlah wahai muslim dan muslimat sekalian. Bukan berkhutbah atau berceramah. Juga bukan nak bagitau yang ilmuku penuh di dada. Tidak sama sekali! Mengingati sesama ummat dan berpesan-pesan pada kebaikan.

Cubalah rujuk kepada ustaz atau ustazah atau sesiapa yang arif pasal hukum hakam agama ni. Kalau kita menyambut perayaan seperti Tahun Baru Cina tak mengapa sebab ianya adalah perayaan budaya. Tapi kenalah ada had dan betul caranya.

26 Disember 2004. Tarikh keramat untuk sekalian ummat di muka bumi. Semua dah tahu. ALLAH dah menegur kita. Ya kita hanya manusia biasa yang sering alpa dan leka. Kekhilafan sering terjadi di setiap jati diri dan sanubari. Tapi percayalah Islam The Only Way Of life.

Marilah kita bermuhasabah diri. Perbaiki diri dari sehari ke sehari. Tak guna kita meninggi diri kerna kita milik ILLAHI. Hanya iman dan takwa penyemai segalanya. Bukan harta, pangkat dan kemewahan yang kau ada. Menasihati insan kerdil ini terlebih dahulu.

Pesan Nabi - " Sampaikan Walaupun Satu Ayat ". Wallahu' alam.

Wassalam ~


Bukti kebesaran dan kekuasaan ALLAH. Subhanallah. ALLAH Maha Besar. ( Gambar sebelum Tsunami berlaku )

You Might Also Like

21 Comments

  1. yg penting aku tak sambut...duk umah diam2 saja..=p

    ReplyDelete
  2. good info...sy pn br tau,yg wish pn tak boleh,ilmu tak byk atau sentiasa alpa dan lupa.tq

    ReplyDelete
  3. Hari Natal bagi aku tak da makna apa2 pun..setakat menyanyi lagu jingle bell saja

    ReplyDelete
  4. sy sedar pun bila ada dalam soalan exam haritu bila disuroh pilih mana kategori yg haram.sy pilih mngucapkan hri natal.

    ReplyDelete
  5. nursarah87 --> bagus la klau mcm tu :)

    ReplyDelete
  6. AkU --> kena fikir, nilai & cuba perbaiki diri. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  7. sue --> mengingatkan diri yg jahil ini sama :)

    ReplyDelete
  8. [z@ck] --> eh lagu twinkle twinkle little star ada kena mengena x? huhu ~

    ReplyDelete
  9. izzahfarhana --> owh bagus2! *thumbs up* exam apakah itu?

    ReplyDelete
  10. terima kaseh atas ingatan...=))

    nape perayaan budaya boleh kite raikan tapi perayaan agama tak boleh???

    ReplyDelete
  11. reen_sofee --> perayaan budaya melibatkan perayaan bangsa seperti Tahun Baru Cina lansung tak ada kaitan dengan agama yang menjurus kita melakukan sesuatu yang ditegah agama. tetapi perayaan beragama sah-sah salah di sisi agama. Ulama memperakui. perayaan agama menentang hukum dan sekaligus menentang ALLAH.
    ini hanya pandangan dek cetek akal fikiran saya melalui pembacaan dan pembelajaran. sila rujuk kepada yang lebih arif tentang ni. wallau'alam ~

    ReplyDelete
  12. hmm tu lah.
    ramai yg buat mcm tu. ada yang siap g umah member yg smbt krismes dan bg hadiah. kalau ditegur kang masalah gak. ssh nak cakap

    ReplyDelete
  13. sangat sangat menginsafkan, dengan dendangan lagu kat playlist tu. bagus. teruskan menulis macam ni :')

    ReplyDelete
  14. Fiffy Syafiqa Hazirah --> ramai buat macam tu sebab tak tahu ( jahil ). tapi kita kena cari jawapan untuk mengetahui kebenaran. wallahualam ~

    ReplyDelete
  15. daya othman --> insyaALLAH. hanya melakukan sesuatu untuk manfaat bersama :-)

    ReplyDelete
  16. Skdr perkongsian ilmu..try bukak niE..lg menguatkan fakta di atas :

    http://saifulislam.com/?p=924#more-924

    ReplyDelete
  17. assalammualaikum hami, akak baru tau yg wish pada sahabat yg beragama kristian itu haram hukumnya...tq so much infonya..

    --Dg. Siti--

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe