Thursday, December 24, 2009

penang vs shah alam

assalamualaikum w.b.t

selamat malam semua. selalunya selamat malam diucap untuk mengakhiri sesuatu perbualan ataupun pengakhiran sesuatu penganjuran, tetapi aku mengucapkan pada mukadimah perbicaraan. ( skemanya ayat ku ini ).

hari minggu yang lepas aku telah mengunjung bumi penang yang telah lama aku tinggalkan. rindu nan membara apabila terpandang sebuah bangunan yang tersergam indah di pinggir kota permatang pauh ( kotakah? wallahu'alam ). sejurus terpandang bangunan yang tersergam indah tadi, terus aku di hanyut oleh khayalan-khayalan lalu. aku seperti di bawa oleh relung masa dan terus membawaku yang separa sedar ini ke tahun yang tidak berapa jauh dari tahun ini. 2003. di sini lah bermula episod perjalanan seorang insan yang bernama HAMI ASRAFF

inilah bangunan yang dimaksudkan. uitm penang di hatiku. 2003 adalah saksi segala-galanya. saksi apakah? dengan ini aku akan membongkarkan kisah yang berlaku di uitm penang ini. biar mereka di luar sana tahu. biar semua tahu. biar satu dunia tahu! hahaha ~ sungguh tidak sabar diriku!

bermula dengan minggu orientasi. seminggu orientasi yang diperuntukkan terlalu panjang dirasakan. akhirnya tiba hari terakhir orientasi. ya hari yang dinanti-nantikan. hari itu kami semua di arah beratur panjang. aku masih tidak tahu apa yang bakal berlaku di hadapan. tapi debaran makin terasa. hanya seorang lagi di hadapan ku, pastu aku. oh tidak! aku sudah nampak apa yang bakal berlaku. aku cuba nak melarikan diri. tapi makhluk di depanku terlalu pantas menghalang percubaan melarikan diri. beliau sempat senyum sinis terhadapku. tidak! aku tak rela.

' kasi licin kepala '. rambut yang ku semai dan bajai selama 18 tahun ( 2003 ) telah diragut oleh makhluk bermisai itu. setelah selesai upacara tersebut aku cuba berlalu pergi dan secara tiba-tiba, " eh adik nak pergi mana tu? dah bayar belum? ". eh aku salah dengar ke? " banyak chantek, kasi licin kepala tanpa keizinan aku, nak kena bayar pula? " kata-kataku hanya dalam hati. aku menghulurkan not rm5 dan meninggalkan tempat itu dengan hati yang pasrah. aku redha dengan ketentuan Ilahi ( feeling gila! )

maka bermulalah episod rekrut-rekrut ala-ala tentera berjuang di medan kampus. kalau terlihat botak-botak nun jauh di hadapan tak lain dan tak bukan budak-budak junior la tu. oh seksa jua nak tunggu rambutku ini panjang. tapi aku cuba mengrilekskan diri. ala, macam aku sorang je kepala botak. kau pun botak cakap banyak. saham budak lelaki junior agak merudum ketika itu. bursa saham aku terefek jugak sedikit sebanyak.

oh aku tak nak pergi kelas pada hari isnin pukul 2 petang. aku tak nak pergi! jangan paksa aku! kelas ustaz syukri, eh shukri. entah yang mana satu betul. siapa yang pernah menuntut ilmu di menara gading ni pasti akan mengenali siapakah ustaz syukri @ shukri. the famous lecture! why? i can't tell why. tapi dia pernah berkata pada kami semua. begini kata-kata beliau " cikgu hampa semua tu pembohong, depa kata ada gading kat menara. pi cari tengok! kalau jumpa bawak tunjuk kat saya! " terngiang-ngiang lagi dalam saraf modula oblongata aku. itulah ustaz syukri @ shukri.

2006. pengakhiran perjalanan aku di bumi penang buat sementara waktu. 2007 - 2008 aku mencari sesuap nasi sebelum meneruskan perjalanan dan perjuangan aku. 2008 - sekarang bumi shah alam menjadi tempat persinggahan aku. jauh berbeza dengan penang. ( memang pun, nama pun dah lain. adei ~ ) manusia terlalu ramai di sini. persaingan terlalu sengit. persekitaran jauh berbeza. too crowded. oh alangkah tidak menyukai dengan keadaan ini.

cabaran diteruskan jua walaupun mengalami sindrom tak suka akan percambahan penduduk dan percambahan fahaman politik ( rasanya tak la ada kena mengena sangat ). di bawah inilah fakulti aku ditangkap pada waktu senja nan berlabuh. fakulti kejuruteraan. kat twin tower ni tersedia fakulti mekanikal, awam, kimia dan fakulti aku iaitu elektrik.


sedang meneruskan perjuangan menuntut ilmu kejuruteraan elektrik atau bahasa pasarnya 'kejuruteraan karen'. tinggal kurang dari dua tahun untuk menghabiskan sisa baki perjuangan. doakan aku ya kalian.

kalau ditanya penang atau shah alam menjadi pilihan, dengan sepantas supersonik aku menjawab penang lagi best! bukan bermakna shah alam tak best langsung. ada juga kebestannya. biasala semua manusia tidak sama, sedangkan lidah lagi tergigit ( hoho ~ langsung tiada kaitan )

biar pun dimana anda berada, tuntutlah ilmu dengan sepenuh jiwa. jangan lepaskan peluang yang ada. teruskan usaha untuk terus melangkah tanpa rasa jemu. ada sinar yang pasti menuju di pengakhiran destinasi. diseru semangat ini untuk empunya diri terlebih dahulu dan dirasakan untuk para pembaca ambillah serba sedikit ( slow slow jangan berebut! )

begitulah di mana kita pijak akan berbekas. berbekas itulah yang akan terus terpalit di hati dan di layar kenangan. semoga kita sukses! apa pun yang berlaku, uitm di hatiku! :-) ( tema uitm )

wassalam ~


27 comments:

'AQILAH said...

uitm melaka tetap di hati.. weweww~~

hami asraff said...

hehe ~ musti tempat sendiri menjadi pilihan d hati! :)

nursarah87 said...

tak pernah melawat mana2 uitm..

nak lawat kamu di s.a boleh?..=p

hami asraff said...

nursarah87 --> haha ~ nnt hntr surat kat fakulti sy. usulkan lawatn anda itu!

sue said...

hoho..uitm di hatiku,tetap di hatiku.ekeke..uitm kelantan yg terbaikkk..haha.rindunyer..wlupun ku berpaling tadah,namun uitm byk jasanyer,akan ku sumbangkan sgala keringatku pd uitm nnti,wait and see.hehehe...

AkU said...

Penang will always b in my heart...

hami asraff said...

sue --> kamu berpaling tadah? apakah tadah yg tlah kamu berpaling itu? huhu ~ musti msg2 akan cuba mengpertahankan uitm mereka ( ceh, mcm la uitm mereka. adei ~ )

hami asraff said...

AkU --> orang penangkah anda?

AkU said...

yup..yup..
tpi de kt kl skang..T_T

Penawar said...

eee...eehhhh...rmai org utara rpanya kt cni ekk???

hami asraff said...

Penawar --> tu la pasai, tetiba ramai pulak kan. penawar pun orang utara jugak ka? :-)

Penawar said...

haah...sy org penang....dlu sllu gk llu uitm kat perda 2....t'ingn nk msk...tp lst2 rzki kt tmpt laen... ;)

hami asraff said...

Penawar --> oh bila2 lalau lagi masuk ja. the pakcik guard kat situ sempoi2! dun worry! dulu la. la ni tatau gena ;-)

zackque said...

i'm from uitm penang too... dh lama sgt tggl... 2005 i left penang... ustaz shukri??? nk dgr citer lg best??? the very best memories is what he did with one of my friends... terrible... can't describe that...

zackque said...

i'm from uitm penang too... dh lama sgt tggl... 2005 i left penang... ustaz shukri??? nk dgr citer lg best??? the very best memories is what he did with one of my friends... terrible... can't describe that...

hami asraff said...

zackque --> nak nak.. cerita la kat sini. biar suma org tahu. hihi ~

...antikapel... said...

uitm ttp dihatiku....hanya setia pada uitm shah alam...huhu...me from accountancy....same tmpt rupenye belajar....tapi paling best kat uitm ni ada DATARAN FAUZIAH.....my name....hehe

hami asraff said...

antikapel --> oh uitm shah alam juga ek. dataran fauziah kat mana ya?

tiKa_AkiTa said...

uitm p.pauh eyh?? dkt ar ngn umah saye.. ~ngeee~
tp thun 2003 sy bru 15thun,,,

thiya said...

pernah jgk menuntut ilmu dgn ustaz shukri... beliau mmg sempoi terlampau best... hehe... mmg suke.. tp xlame lpas tu...die dah tukar g usm kot xsalah... pape pon ustaz shukri sgt bez.. lecturer2 kt uitm penang terbaik..uitm penang is da best... uitm di hatiku.. =)

shafiq razelan said...

bravo bro... aku rindukukan bumbung kuning!!! air terjun...

Anonymous said...

uitm penang d hatiku.. walaupon follower secara maya kat sini, but sy tetap nk cakap.. uitm penang mmg best!! and sekarang lg best.. semua da ada.. da lengkap serba serbi.. plg best libry fully cermin, dr atas tanah... tp syg, sy dah final sem ni.. x sempat merasa libry kaca.. akan ketemu jua shah alam or puncak alam nnt.. =)

Anonymous said...

haha, sy rasa sume akan pilih uitm cawangan masing2 kan? sy pon same, sbb bnyk perbezaan nya(currently kt shah alam)..kalo kt cawangan tuh, hmpir sume student uitm tuh kte kenal regardless of what course yg dorg amik..sampai kan org yg xberkaitan dgn kte,bleh jd bahan cerita kt bilik(gossip hehe)..sape kapel ngn sape, sape penah gaduh ngn sape, sape yg kne ngn pakcik guard kaw2 arituh..sume cerita tersebar dgn pantasnya..kalo skrg nih(shah alam,kenal kwn2 1 fac je..kdg2 1 fac pon xberapa nak cam..xbes kan?

Amin said...

Penang mmg best, makn pun murah..huhu

Anonymous said...

saya baru semester 1 kat uitm penang ni. skrg uitm penang dah banyak bangunan baru. kat bertam pun dah ada kampus baru untuk budak2 farmasi dan sains kesihatan. kolej pun dah bertambah banyak.. uitm penang terbaik ! :))

Anonymous said...

ahaha...ak bdak uitm penang....dok kat kolej bru..heheh.....dulu zamrod...uitm penang meme beh ah...student dah ramai la skrang...beribu riban tp xleh lwan s.a lgi la..uhuhu...ak meme nak plan pi uitm shah alam....sambong degree...mintak2 la dpt...eletrik kos susah..dah mcam loop dah.haha...apappon nak struggle untuk kejayaan to s.a..degree wait for me..:D...insyallah..terbaik entri ni!

Anonymous said...

ustaz shukri tu pernah kantoi dengan aku skali pastu bleh plak dia halau aku dari klas.